Followers

Saturday, April 9, 2011

NURUL IZZAH DAH MANGLI !

MEMBESAR DALAM DERITA.

Jika dibuat pertandingan , barangkali Nurul Izzah boleh dinobatkan sebagai salah seorang tokoh politik muda paling terkenal di negara kita. ' Terkenal' tidak semestinya baik dan betul.

Ramai yang mengatakan Nurul Izzah seorang yang tabah. Anak
kepada Anwar Ibrahim dan Wan Azizah ini dikatakan cukup wibawa dan berkebolehan.

Saya berpandangan Nurul Izzah adalah anak yang membesar dalam derita. Beliau bukan tabah ataupun sabar sebaliknya Nurul Izzah telah mangli dengan segala derita yang ditempuhinya.

Sewaktu membesar dan remaja Nurul Izzah telah menghadapi cabaran yang jarang dialami orang lain. Dari puncak singgahsana,
karenah dan sikap luar biasa ayahnya telah merentap mereka
turun secara mendadak.

Kemudian ayahnya memaksa mereka mengharungi bara api yang diciptanya sendiri. Selain mengalami derita , Nurul Izzah melihat
luka yang dalam di hati ibu dan adik adiknya.

kita akhirnya dapat melihat, Nurul Izzah sudah tidak lagi berasa
apa apa dengan setiap perkembangan terkini ayahnya.

Saya sempat melihat sidang media Wan Azizah sebagai menjawab
berkaitan skandal seks terbaru Anwar Ibrahim. Nurul Izzah kelihatan ceria menjawab soalan wartawan.

Saya yakin dan percaya, jika Nurul Izzah tidak dibantu, beliau akan terus berkembang dan tidak mustahil bertukar menjadi
keras dan kejam...



Wednesday, April 6, 2011

TEMPUR TANPA SENJATA !!

NASIB BAIK ADA VIDEO SEKS ANWAR IBRAHIM...


Semalam adalah hari penamaan calon bagi PRN Negeri Sarawak. Bilangan calon yang ramai menjadikan PRN ini antara yang paling meriah.

Saya berpandangan BN mempunyai peluang jauh lebih baik berbanding Pakatan Pembangkang. Sejarah pentadbiran BN tidak boleh diubah atau dialih.

Rakyat Sarawak sedar bahawa BN telah mencuba sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

Pakatan turun tanpa sebarang senjata. Tiada apa yang dapat mereka persembahkan. Menyertai PRN Sarawak adalah satu kesilapan besar bagi
Pakatan.

Rakan rakan di Sarawak menyatakan Pakatan turun tidak sepakat. Masing masing membawa diri sendiri. PKR yang mengharapkan isu video seks Anwar menghadirkan simpati nampaknya melakukan kesilapan luar biasa.

Orang Sarawak tidak selesa dengan politik hasut dan benci. Sarawak adalah antara negeri paling pelbagai dan unik. Sangat berbeza tetapi sama. Mereka hidup harmonis dan bahagia.

Pendekatan mesra dan tulen DS Najib dikatakan sangat disenangi rakyat Sarawak. Begitu juga Muhyiddin.

Seorang rakan menghubungi dan memberitahu saya " Pakatan turun tanpa senjata dan disambut antara senjata tercanggih di dunia "



DANGKALNYA CALON TIMBALAN PRESIDEN

" TAHAP MAHFUZ OMAR "


MAHFUZ BUKTIKAN KERENDAHAN TAHAP PEMIKIRANNYA

Saya sebenarnya memang tidak begitu menghormati Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS berbanding dengan Naib Presiden yang lain.

Banyak kenyataan beliau yang menggambarkan betapa rendahnya tahap pe
mikirannya walaupun beliau acapkali cuba bertindak seperti bijaksana.

Saya mendengar ada kawasan PAS akan mencalonkan Mahfuz sebagai Timbalan Presiden PAS pada Muktamar akan datang.

Barangkali inilah faktor yang menyebabkan Mahfuz agak ghairah mengeluarkan kenyataan yang sebenarnya memakan diri dan pastinya akan
mengeruhkan lagi hubungan antara Pakatan.

Mahfuz membesar besarkan isu adik Taib Mahmud diletakkan sebagai salah seorang calon Pilihanraya Sarawak. Katanya ini adalah amalan kronisme yang
amat dibenci rakyat dan meminta rakyat menolak BN kerana amalan ini.

Barangkali Mahfuz tidak sempat berfikir bahawa DAP dan PKR yang merupakan sekutu PAS dalam Pakatan adalah antara parti yang paling kuat amalan kronismenya di dunia.

Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim masing masing telah mempersiapkan pewaris kepada perjuangan mereka. Tentunya mereka akan
terasa betapa Mahfuz sedang cuba mensabotaj mereka khasnya apabila PAS hanya diberikan 5 kerusi di Sarawak.

Inilah Mahfuz, yang merupakan salah seorang Naib Presiden PAS. Kalau beginilah Naib Presiden PAS kita boleh bayangkan betapa tidak mungkin
untuk kita harapkan PAS dapat memerintah negara melainkan kekal sebagai keldai tunggangan DAP.



Monday, April 4, 2011

API KESAL BERNYALA DI PARIT BUNTAR

" RASUAH POLITIK DI PARIT BUNTAR "


TIDAK SABAR PERBAIKI KESILAPAN..

Saya menghabiskan hujung minggu saya baru baru ini di Tanjung Piandang, sebuah kawasan dalam Parlimen Parit Buntar. DUN nya pula ialah Titi Serong.

Saya mengambil peluang memerhati dan mengkaji sikap penduduk yang rata rata terdiri daripada petani atau nelayan. Parit Buntar adalah kawasan yang sepenuhnya dikuasai Pakatan Pembangkang

Parlimen : Dr Mujahid Yusuf Rawa
Titi Serong : Khalil Idham Lim Abdullah
Kuala Kurau : Abdul Yunus Jamhari

Dapatan saya ialah hampir semua penduduk menyesal kerana membuat pilihan yang salah dalam PRU 12. Mereka terperangkap dengan pujukan agar mencuba untuk memberikan undi kepada pembangkang supaya Dewan Undangan Negeri mempunyai pembangkang yang kuat.

Bagi orang orang kampung mereka diminta untuk ' hanya mengurangkan undi' calon UMNO, kerana kononnya pengundi Cina tetap akan mengundi calon BN.

Perangkap Pakatan menjadi. Pengundi telah menyebabkan dua orang Wakil Rakyat ' terbaik dalam sejarah mereka' tumbang.

Mohd Sallih Mat Disa atau Cikgu Chop dan Abu Bakar Mat Ali terlalu baik untuk kalah.Pengundi tidak mengira bangsa terpegun, panik dan rasa bersalah.

Mereka silap perkiraan. Mereka tidak menyangka orang sebaik Cikgu Chop dan Abu Bakar boleh kalah. Mereka tidak terfikir orang yang bersama mereka semasa susah, semasa senang boleh tumbang.

Bukan hanya penyokong BN. Bahkan penyokong PAS juga terkejut. Begitu juga penyokong PKR. Mereka juga rasa kehilangan.

Sekarang pengundi Parit Buntar seakan sedang menjalani hukuman Mereka berasa resah gelisah. Dr Idham Lim
( Titi Serong ), Abdul Yunus Jamhari hampir tidak dapat ditemui.

Mereka mendengar dan membaca tentang Dr Idham di dalam Harakah tetapi mereka tidak dapat menemuinya untuk mengadu.

Abdul Yunus dikatakan seakan tidak yakin bahawa beliau adalah YB atau Wakil Rakyat.

Saya melihat pengundi sudah insaf. Memilih kerajaan bukan sesuatu yang boleh dicuba. Memilih pemimpin adalah amanah dan kewajipan.

Sekarang mereka sedang menunggu dengan sabar, masa untuk buat pembetulan..


Thursday, March 31, 2011

GERSANG!!

PAS MENUNGGU MASA GUGUR

Tidak berapa lama lagi PAS akan mengadakan Muktamar Agung Tahunannya. Suatu ketika, Presiden PAS pernah menghebahkan bahawa PAS tidak perlu menangguhkan pemilihan parti kerana ahli parti mempunyai disiplin yang tingi.

Bagaimanapun jangkaan Haji Hadi sebenarnya tidak menyeluruh. Bahang pemilihan PAS nampaknya mula mendatangkan kesan yang tidak baik kepada parti itu.

Benar , tidak nampak jelas ada keghairahan untuk mana mana pemimpin untuk merebut jawatan atau mungkin belum masanya. Tetapi yang jelas PAS seakan tidak berminat untuk menyertai pilihanraya Sarawak dan hanya redha menerima peruntukan kerusi yang sangat kecil.

Namun begitu saya beranggapan pemilihan PAS yang dibuat dalam keadaan semua orang bercakap tentang pilihanraya ke 13 adalah satu kesilapan besar.

Nampak sangat ketara PAS tidak mempunyai pemimpin yang benar benar berwibawa. Untuk jawatan Timbalan Presiden, PAS masih belum dapat menampilkan calon yang benar benar layak.

Ini dibuktikan bilamana sesiapa sahaja boleh menawarkan diri untuk jawatan no 2 tersebut. Mohd Sabu yang dikatakan calon kegemaran dilihat sebagai seorang yang pernah ditangkap berkhalwat isteri orang.

Sebaik sahaja nama Mohd Sabu disebut, wujud kegelisahan dalam kalangan pemimpin PAS khasnya yang berpendidikan tinggi sehingga menyebabkan dua orang tokoh yang sebenarnya tidak begitu berminat turut menawarkan diri iaitu Dr Mujahid dan Ustaz Azizan.

Saya percaya selepas ini akan ada lagi tokoh lain menawarkan diri termasuk bagi menandingi jawatan Presiden parti.

PAS menghadapi persiapan PRU 13 dengan wibawa yang tercalar. PAS tiada tokoh yang benar benar layak untuk ditawarkan kepada rakyat.

Rakyat termasuk ahli PAS sendiri sebenarnya dalam delima untuk menamakan ' seseorang' untuk memimpin PAS kerana mereka hakikatnya ketandusan pemimpin.





Wednesday, March 30, 2011

SYABAS MAN !! KAMI AMAT BERBANGGA..

" GAMBAR HIASAN "


KHAIRUL AZMAN IBRAHIM HARUMKAN NAMA NEGARA.

Beliau bukan artis yang terkenal seperti Anuar Zain atau Datuk Siti Norhaliza.
Beliau bukan bintang sukan seperti Datuk Lee Chong Wei atau Shafee Sali.
Tetapi beliau adalah anak Melayu yang hari ini sedang mengharumkan nama negara.

Bertuahlah ibu yang mengandung dan melahirkannya. Bersyukurlah bapa yang bertungkus lumus membesar dan memberikannya pendidikan. Banggalah anak bangsa kerana memilikinya.

Beliau ialah DR KHAIRUL AZMAN IBRAHIM, pakar forensik yang telah melakukan bedah siasat ke atas mayat Teoh Beng Hock dalam keadaan tekanan yang sangat tinggi daripada keluarga TBH dan parti pembangkang.

Tekanan ditambah lagi oleh pakar Thailand Dr Pornthip Rojanasunan yang mempunyai pandangan berbeza. Saya percaya Dr Khairul Azman bertugas dengan meletakkan ALLAH di hadapannya.

Sebab itu Dr Khairul Azman tidak goyah dan konsisten dalam analisisnya.

Ditakdirkan ALLAH, semalam dan hari ini hasil kerja Dr Khairul Azman diiktiraf oleh Pakar Forensik Kelas Dunia, Prof Dr Peter Vanezis yang bersetuju dan mengiktiraf bahawa ' pandangan profesional' Dr Khairul Azman jauh lebih tepat daripada analisis Dr Pornthip.

Usah dipedulikan pandangan keluarga TBH dan Pakatan Pembangkang. Bukan kebenaran yang mereka mahukan. Teruskan kecemerlangan Dr, kami Umat Melayu Islam amat berbangga..


Monday, March 28, 2011

MENGAPA SOLAT HAJAT ?

" BENARKAH MEREKA MENYERAH ?"


MEMBUKTIKAN KERENDAHAN DIRI.

Kita Umat Islam selalu diperingatkan bahawa pada bila bila masa kita adalah hamba ALLAH yang tidak berdaya. Pada bila bila masa kita perlu merendah diri dan menyerah kepadanya.

Tujuan Solat Hajat antara lain ialah apabila kita mahukan sesuatu yang amat kita ingini atau kita mahu menolak sesuatu yang kita bimbangi. Dan lebih penting daripada itu ialah kita wajib melatih diri melakukan penyerahan mutlak kepada ALLAH SWT.

Salah satu adab hamba kepada PENCIPTANYA ialah selepas melakukan
penyerahan, maka redha dan yakinlah akan pertolonganNYA. Apa jua yang berlaku selepas itu, mesti mempunyai hikmah yang tersendiri.

Inilah kerisauan saya. Malam tadi 10 ribu orang diberitakan hadir Majlis Solat Hajat Perdana Anjuran Pakatan Pembangkang di Stadium Malawati termasuk Lim Kit Siang.

Malangnya selepas Solat Hajat, pemimpin Pakatan Pembangkang telah menyampaikan ceramah yang provokatif dan mengandungi unsur menyubur
kebencian yang sangat tinggi.

Unsur penyerahan yang sepatutnya berlaku sebenarnya tidak berlaku. Solat
Hajat hanya perlakuan palsu yang dibuat sebagai membuktikan Anwar tidak
bersalah.

Jika dakwah dikatakan asas ' hubungan dengan DAP', maka saya berpandangan bahawa dakwah ini telah gagal sama sekali. Bahkan saya
berasa bimbang apa yang berlaku menyebabkan orang semakin jauh daripada Islam.