Followers

Thursday, February 18, 2010

Sejarah Berulang

Sekali lagi rakyat disogokkan dengan perbicaraan lawak jenaka oleh pelawak kelas rendah. Bukan semua orang tahu undang undang. Tapi saya tahu dan ramai orang tahu bahawa Anwar Ibrahim tidak akan dibela. Karpal nak tanya Saiful pun tak berani. Dia akan kaitkan macam macam benda yang tiada kaitan dengan pembelaan.

Mula mula utusan. Kemudian hakim. Lepastu bawak pulak pakar luar. Tangguh lagi. Percayalah lepas ni Karpal akan salahkan kondominium tempat liwat berlaku.
Dalam masa yang sama Zulkifli Nordin, Nik Aziz, Lim Guan Eng akan keluar macam macam kenyataan gila punya untuk alih tumpuan masyarakat.

Ini semua kita boleh terima. Dah tahudah memang mereka kaki putar. Tapi janganlah jatuhkan martabat agama kerana nak selamatkan diri. Jangan beli Islam dengan harga rendah. Sembahyang, bertahlil di kawasan mahkamah yang dah pasti tidak suci adalah penghinaan yang tak dapat diterima. Orang lain akhirnya akan kata, tengoklah Islam, bodoh, buat apa membazir buar masjid dan surau. Mana manapun boleh sembahyang.

Natijah paling besar nantinya ialah orang akan kata bahawa sebenarnya ALLAH tak mampu buat apa apapun. Dah sembahyang, dah takbir, dah tahlil tapi Anwar tetap juga nak cabut. Lebih bahaya kalau Anwar disabitkan. Tolonglah tok tok guru, jangan kerana politik agama jadi korban

No comments: