Followers

Wednesday, March 17, 2010

Begitulah, Tuhan Menunjukkan...

Semalam 17 Mac 2010 Sidang Parlimen bermula. Seperti diduga wakil bebas telah meletupkan dewan yang mulia. Saya yakin rakyat tak terkejutpun dengan pendedahan tu.Semua kita tahu. Hari ini letupan itu jadi berita utama akhbar.
Semua ini petunjuk dari Tuhan. Selama mana gerombolan penipu ni nak membohongi rakyat. Dia boleh tipu semua orang tapi bukan pada semua masa. Semalam bekas panglima Anwar Ibrahim dalam satu majlis mendedahkan bahawa Karpal Singh, dalam bulan Oktober 2007 telah bangkitkan isu laporan polis di Parlimen. Apa lagi, liwatlah. Dia kata Anwar tak bermoral, tak layak jadi pemimpin. Hari ini Karpal Singh jadi ketua peguambela Anwar.( Karpal Singh ialah Pengerusi DAP )

Haji Hadi satu masa dulu tampil dengan fatwa Hadi. Kesannya, ramai orang bertaubat kerana termakan sembelihan orang UMNO. Banyak pasangan nikah semula kerana telah dinikahkan oleh jurunikah UMNO. Ramai orang berasa sangat malu sebab tiba tiba jadi anak haram, hasil pernikahan tak sah. Hadi kafirkan UMNO kerana berkawan dengan MCA dan MIC. Sekarang Hadi jadi sahabat Kit Siang. Malu alah kerana undi peluk Kit Siang untuk siaran akhbar. ( Hadi Awang ialah Presiden PAS, walaupun tak ada kuasa )

Anwar Iberahim memanglah. Semua tahu, bila bukak mulut yang keluar adalah penipuan. Bukan dia saja. Satu keluarga dopaksa jadi penipu. Tanya Wan Azizah. Tengok wajahnya. Tak bahagia tapi terpaksa tunjuk kasih pada Anwar. Percayalah. Kalau boleh lari, dah lama Wan Azizah cabut. Tapi apa nak buat. Dia dah kena takluk.Bapak dia dah larang. Jangan kahwin dengan Anwar, dia nak juga. ( Anwar Ibrahim adalah Penasihat PKR )

Saudara, kenapa saya sebut benda ni. Tiga tokoh ni adalah pemimpin pakatan pembangkang. Kalau kita biarkan mereka menguasai kerajaan dan negara, tunggulah kehancuran sebuah tamadun. Nak bina negara bukan mudah. Jadi janganlah kita pulak menghancurkannya hanya kerana tidak mahu berfikir.

1 comment:

Lintau Perak said...

Bila Tan Sri Lee Lam Thye bercakap benar dan memperjuangkan kebenaran, akhirnya dia dihalau keluar dari DAP.

Beberapa hari yang lalu Zahrain dan Zulkifli Nordin juga telah mula bercakap benar. Mereka kini dimusuhi oleh PKR, Pas dan DAP.

Roslan Kassim, Ezam, Zaid Mat Arif, Hamdan Taha, Lokman Nor Adam dan banyak lagi, pernah menjadi hero yang disanjung dalam PKR kerana mereka bercakap bohong menghentam kerajaan. Kini semua mereka dimusuhi, dimaki, dihina dan banyak lagi gelaran mengaibkan.

Jelaslah kepada kita bahawa Gerombolan PKR, Pas yang memartabatkan DAP sebvagai imam mereka adalah musuh kepada kebenaran.

Mereka tidak mampu membawa dan menghayati kebenaran. Kerana itu mereka bergerombolan untuk memesongkan kebenaran dengan apa cara sekalipun.

Marilah kita terus berpegang kepada aqidah islami yang mengajar kita dengan kebenaran. Jangan contohi nik ajis yang telah mula taksub menjadi pengikut DAP yang memusihi kebenaran.

Islam ibu agama yang benar.
Melayu dan bumiputera itu adalah kejadian Allah yang benar.
BN itu adalah pakatan terbaik yanag benar.