Followers

Sunday, October 24, 2010

UMNO JUGA KENA MENGUASAI KERAJAAN

PEGAWAI KERAJAAN SABOTAJ UMNO PRU 12

Saya dan seluruh rakyat berasa bangga dengan azam dan iltizam pemimpin dan ahli UMNO untuk melakukan perubahan. Tentunya kita berasa bangga apabila menyedari bahawa selepas ini pemimpin UMNO akan pergi kepada rakyat, merasai denyut nadinya, membantu mengatasi kesukaran kesukarannya.

Pesanan Presiden, UMNO mesti menyatakan apa yang kita lakukan. Dasar kerajaan adalah dasar yang ditunjangi UMNO. Bagaimanapun ada di antara dasar kerajaan yang tidak disedari oleh rakyat kerana pegawai kerajaan tidak pernah menyatakannya.

Biasiswa sebenarnya masih lagi diberikan oleh kerajaan. Jutaan pelajar di luar bandar masih menikmati biasiswa. Satu ketika ada bantuan pakaian seragam unit berunifom diberikan. Tetapi pernahkah Ketua Pengarah Pelajaran mengarahkan pengetua sekolah mengumumkannya?

Selain itu Jabatan Kebajikan Masyarakat mengeluarkan jutaan ringgit sebulan sebagai bantuan kepada fakir miskin, ini juga tidak pernah menjadi bahan berita.

Satu perkara yang sedang berlaku sekarang yang mungkin tidak diketahui oleh pihak pemerintah ialah kenaikan harga barang yang berleluasa. Pegawai ' penguatkuasa' sama ada sengaja atau tidak telah me,biarkan perkara ini berlaku. Malangnya kerajaan dituduh menaikkan harga barangan.

Harga ikan dan sayur sayuran naik melambung. Muslimat PAS mengatakan kenaikan ini adalah kerana Menteri memaksa penggunaan kotak biru ( Menteri dikatakan memiliki kilang kotak ini ).

Orang orang kampung tidak betah membicara dasar kerajaan atau perlakuan liwat Anwar Ibrahim tetapi sangat terkesan dengan perkara yang mereka alami sehari hari.

Kesimpulannya, berubahlah sebagai sebuah parti dan dalam masa yang sama jangan malu untuk menguasai kerajaan yang kita menjadi tunjangnya.

No comments: