Followers

Thursday, November 11, 2010

KING LIM KIT SIANG MAHU UM DIKENAKAN TINDAKAN

SENYUMAN YANG MENGANDUNGI RACUN BERBISA.
" HISHAMUDDIN , BANGUNLAH MEMBELA TANAHAIR ATAU REDHALAH MELIHAT ANAK CUCU MENJADI KORBAN "


KERANA UTUSAN MAHU RAKYAT INGAT KEKEJAMAN KOMUNIS

Saya konsisten, pasti dan yakin jika kerajaan KHASNYA Kementerian Dalam Negeri tidak bertegas, ancaman komunis akan kembali marak membara di negara kita.

Saya telah menulis banyak kali di dalam blog ini betapa kita sedang berhadapan dengan musuh yang jauh lebih bahaya daripada DADAH iaitu FAHAM KOMUNISME.

Masalah terbesar kita ialah, kita menghalang komunis tetapi kita membenarkan ' kumpulan ' yang memperjuangkan idealisme ini bergerak sebebas bebasnya.

Semalam LIM KIT Siang telah menyelar Utusan Malaysia kerana mahu 13 MEI diingat sebagai Hari Perpaduan. Kit Siang dengan segera menuduh Utusan ' CUBA MENANAM KEBENCIAN '.

13 MEI ialah hari yang sangat bersejarah. Pergaduhan kaum terbesar telah berlaku di negara kita kerana HASUTAN DAN PROVOKASI YANG DIMULAKAN OLEH AGEN KUMUNIS ( Rujuk Buku Tulisan Tunku Abdul Rahman Putra ).

13 MEI menjadi bukti bahawa komunis tidak hanya berada di dalam hutan. Komunis berada bersama kita.

13 MEI mendidik kita bahawa komunis tidak hanya menggunakan senapang, bom dan pistol tetapi komunis menyelusup masuk ke dalam jiwa dan pemikiran kita.

Lim Kit Siang tidak mahu kita mengenang 13 MEI kerana apabila kita mengenang 13 MEI kita akan membenci komunis. LIM KIT SIANG dan konco konconya berusaha membawa CHIN PENG balik ke Malaysia.

Lim Kit Siang mengiktiraf perjuangan komunis dalam menuntut kemerdekaan. Sewaktu PAKATAN yang diketuai DAP memerintah Perak mereka dengan segera menghadiahkan hak milik tanah selama 999 tahun kepada anak cucu komunis atau penyokong mereka.

Kementerian Dalam Negeri melalui Menterinya WAJIB menyiasat perkembangan ini. DAP telah tampilkan taring beracun yang selama ini disembunyikan.

Hishamuddin WAJIB bertindak atau rakyat nanti akan menyalahkan HISHAMUDDIN kerana lambat bertindak sehingga tanah tercinta ini terlepas ke tangan KOMUNIS YANG SATU KETIKA PERNAH MEMBUNUH DATUK NENEK KITA.

No comments: