Followers

Tuesday, November 30, 2010

NIZAR JAMALUDDIN SAKIT

' NIZAR DIKATAKAN MENGHADAPI MASALAH PSIKOLOGI APABILA KERAP MELAKUKAN PERKARA LUAR BIASA BAGI MENARIK PERHATIAN'


DIANGGAP KAKU DI DALAM DEWAN

Bagi pemerhati yang memerhati perjalanan hari pertama persidangan DUN Perak hari ini barangkali bersetuju dengan saya bahawa Nizar Jamaluddin telah berubah.

Beliau agak kaku dan pendiam di dalam dewan berbanding persidangan sebelum ini. Ada rakan mengatakan perubahan Nizar ini ialah sejak beliau terlibat dalam kemalangan jalanraya baru baru ini.

Ada juga pandangan yang mengatakan bahawa Nizar sendiri berasa kagum dan bimbang dengan bajet yang dibentangkan yang merangkumi hampir semua aspek kebajikan rakyat.

Saya lebih cenderung untuk bersetuju dengan andaian kedua kerana pada sidang media pada sebelah petang, Nizar yang tak dapat menahan diri telah melontarkan kebimbangannya.

1. Nizar menyatakan bahawa bajet ini adalah bajet pilihanraya apabila terdapat banyak unsur kebajikan telah diperlihatkan.

2. Nizar juga menuduh kerajaan membentangkan bajet yang seakan akan memujuk rakyat dengan gula gula.

Nizar bagaimanapun berjanji akan membentangkan bajet alternatif Pakatan Pembangkang tidak lama lagi.

Rakan rakan yang sama sama mengikuti perkembangan persidangan pada hari ini percaya pembangkang akan mengganggu persidangan esok hingga ke hari terakhir bagi mengelakkan pihak kerajaan dapat menerangkan pelbagai perancangan yang dibuat untuk rakyat Perak seluruhnya.

Sekiranya mereka berjaya melakukan gangguan, maka harapan mereka rakyat akan keliru dan ini memudahkan mereka untuk memutarbelitkan fakta di pentas pentas ceramah.

Bagaimanapun seorang pemerhati berpendapat bahawa rakyat kebanyakannya telah mengetahui niat buruk pembangkang dan pasti akan menghukum mereka pada PRU 13 nanti.


2 comments:

Bingai @ Bangang said...

Semalam masa aku tengok berita nampak Nizar mengiringi ADUN yang digantung dari dewan keluar. pehal? tunjuk protes atau memang tak reti nak bersidang?

Cari alasan ke?

usin said...

nasib baikla sinizar ni jd mb perak sekejap je. kalau lama amat bahaya kpd rakyat perak. bukan apa, kalau penyakit sawannya datang masa persidangan dun, tak ke haru. oleh kerana dia ada penyakit sawan, maka dia sesuai jd ketua pembangkang di dun perak. agaknya la...