Followers

Friday, November 19, 2010

UMNO AKAN MENANG BESAR DI PERAK

" NIZAR JAMALUDDIN MEMPUNYAI MASALAH PSIKOLOGI YANG SERIUS KERANA MENAFIKAN AYAT AYAT ALLAH "



BERGANTUNG KEPADA SIKAP PIMPINAN UMNO SENDIRI

" FIRMAN ALLAH : KATAKANLAH, WAHAI TUHAN YANG MEMPUNYAI KERAJAAN, ENGKAU ( ALLAH ) BERIKAN KERAJAAN KEPADA SESIAPA YANG ENGKAU KEHENDAKI DAN ENGKAU AKAN CABUTKAN KERAJAAN DARIPADA TANGAN ORANG YANG ENGKAU KEHENDAKI .." Ali Imran- 26

Inilah ayat yang Nizar Jamaluddin bacakah dalam DUN Perak sewaktu mula menjadi kerajaan. Memang benar. Tiada satupun yang disebut di dalam Al Quran tidak benar atau tersasar.

Takbur, ri'a, dan mempersendakan Al Quran dengan sokongan dan pertolongan DAP telah menyaksikan Kerajaan Pakatan tumbang dalam keadaan yang amat hina.

Kerajaan telah ALLAH kembalikan kepada UMNO/BN dengan cara yang tidak dapat diduga oleh sesiapapun. Semua orang kemudiannya membina pelbagai andaian namun hakikatnya mari kita kembali kepada peringatan yang ALLAH telah berikan.

Saya percaya dengan prestasi tinggi pimpinan Dr Zambri, UMNO/BN akan dapat mengekalkan kerajaan yang ada tetapi ada beberapa cabaran yang perlu segera diatasi.

1. UMNO mesti berfikir bahawa Kerajaan yang terbina sekarang tidak dibina dengan kekuatan UMNO sebaliknya benar benar ALLAH takdirkan melalui 3 orang ADUN yang keluar daripada Pakatan dan menjadi ADUN bebas.

2. UMNO mesti menyelesaikan masalah dalaman di setiap bahagian yang berlarutan sekian lama. Hampir tiada Bahagian benar benar aman daripada krisis kepimpinan.

3. UMNO perlu menggerakkan jentera pilihanraya seakan akan pilihanraya akan diadakan dalam masa terdekat.Daftarkan pengundi baru dan kenalpasti status pengundi lama.Pastikan pengundi UMNO sebelum ini akan kekal mengundi UMNO/BN

4. UMNO perlu ada budaya ' berpada pada '. Pimpinan UMNO di cawangan dan bahagian perlu memahami isyarat daripada akar umbi. Perubahan bermaksud, pimpinan juga harus sedia mengubah diri.

5. UMNO perlu menyedari bahawa pimpinan yang menang di bahagian bukan petanda penerimaan pengundi secara keseluruhannya. Ada pimpinan UMNO bekerja kuat untuk menang di bahagian tetapi tidak begitu ghairah membantu UMNO memenangi pilihanraya.

6. UMNO wajib mempunyai pemikiran dan sikap bahawa bukan
' aku 'orang terbaik untuk diangkat menjadi calon. Sebaliknya ada orang lain yang lebih layak.

7. UMNO wajib menerima siapa sahaja yang ' ditentukan 'oleh pucuk pimpinan dan berusaha memenangkannya dalam pilihanraya.

8. UMNO perlu 'menggerakkan 'jentera pilihanraya secara kolektif di peringkat cawangan dan bahagian. Elakkan perasaan 'bimbang' melihat kesungguhan orang lain menganjurkan pelbagai program

9. UMNO mesti melihat semua aktiviti dan program adalah aktiviti bersama. Usah ada kecenderungan untuk melaksanakan program secara berpetak. Akhirnya UMNO akan dilihat sebagai tidak solid.

10. UMNO mesti mengelakkan daripada berharap parti lawan bermasalah. Yang nyata ( sebagai contoh )masalah dalaman DAP tidak pernah menjejaskan undi terhadap mereka.

Saya yakin UMNO akan menang. Melainkan ahli dan pimpinan UMNO memang mahu melihat UMNO/BN tumbang sekali lagi.

No comments: