Followers

Wednesday, December 15, 2010

2000 HILANG KERJA





GUNTING DALAM LIPATAN MULA MENIKAM

Kuala Lumpur 13 Disember- Kementerian Pelajaran akan menyiasat dakwaan mengatakan terdapat kira kira 2000 orang pekerja rendah awam di sekolah sekolah seluruh negara tidak disambung kontrak perkhidmatan apabila ia tamat pada 31 Disember ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Fuad Zarkashi berkata Kementerian akan melakukan siasatan terperinci mengenai dakwaan CUEPACS itu bagi mempastikan keadilan pekerja tersebut terbela.

" Saya tidak boleh mengatakan perkara tersebut betul atau salah memandangkan pihak kementerian tidak dimaklumkan mengenai masalah tersebut".

Setelah membaca berita ini saya juga membuat semakan sambil meyakinkan hati saya bahawa tidak mungkin Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan 'sebegini dangkal' dalam keadaan Kerajaan UMNO/BN telah semakin berjaya memulihkan keyakinan rakyat.

Rasa hati saya sebenarnya SALAH. Sesuatu yang saya bimbangi telah berlaku. Kalau saya sebelum ini menulis tentang ' musuh dalam selimut' yang akan menjejaskan prestasi UMNO/BN, musuh tersebut telahpun menikam UMNO/BN dari belakang.

Di Perak, surat penamatan telahpun dikeluarkan. Bahkan pembangkang telahpun menjadikannya sebagai bahan kempen yang amat berkesan.

" Inilah BN, rakyat diabaikan, poket didahulukan, menjadi slogan baru mereka.

Mari kita melihat kepada situasi ini.

' Seorang pengawal keselamatan sekolah berumur 53 tahun. Telah berkhidmat selama lebih 20 tahun. Beliau mempunyai seorang isteri dan 3 anak yang layak mengundi. Beliau juga mempunyai pinjaman Bank Rakyat yang tempoh bayaran baliknya berbaki lagi 3 tahun.'

Apakah yang akan perayu undi UMNO/BN katakan kepadanya sewaktu merayu undi -

1. Anwar peliwat ?
2. PAS menyesatkan umat ?
3. DAP menganut fahaman komunis ?
4. UMNO/BN berkhidmat untuk rakyat ?

Segalanya tidak akan membawa makna kerana baginya UMNO/BN telah memasukkan pasir ke dalam periuk nasinya.

Berhentilah berkempen. Berhentilah bercakap tentang penderitaan rakyat jika kita sendiri sedang menambahkan derita mereka.

Inilah yang berlaku pada tahun 2008. Percayalah kepada saya. UMNO tidak menang kerana jutawan/hartawan yang mendapat faedah dari kemakmuran negara. UMNO/BN tidak menang kerana adanya cendekiawan di menara gading.

UMNO/BN menang kerana marhaen yang ada di ceruk kampung.UMNO/BN menang kerana perjuangannya membasmi kemiskinan.

UMNO/BN menang kerana menyelami resah gelisah rakyat.UMNO/BN menang kerana usahanya membangunkan manusia.

UMNO/BN menang kerana memahami makna sengsara dan bertungkus lumus membantu mengatasinya.

Jangan benarkan ada orang secara senyap dan licin mengganggu UMNO/BN melaksanakan kewajipan atau BERSEDIALAH UNTUK TUMBANG AKIBAT KECUAIAN SENDIRI.


No comments: