Followers

Thursday, December 30, 2010

MAKA 2010 PUN BERLABUH

MARI MELIHAT KE DALAM DIRI

Hakikat betapa ' hambanya ' kita di sisi Tuhan terbukti untuk kesekian kalinya. Sekali lagi kita terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak sedetikpun masa dapat kita pertahankan.

Setahun lagi pergi meninggalkan kita dengan segala peristiwa yang pastinya meninggalkan bekas di hati kita. Baik buruk, suka duka, bahagia derita, segalanya ada makna untuk kita pelajari.

Mari kita habiskan sepanjang hari ini untuk melihat dan menilai diri. Terima kenyataan bahawa akhirnya kita hanya diri kita. Ya diri kita sendiri.

Mari kita depani pula 2011 dengan yakin dan berani. Mari kita berazam dan berniat. Kita akan teruskan makna ' kewujudan ' kita sebagai pejuang yang diutus untuk menghapuskan petualang.
SELAMAT TAHUN BARU 2011.

1 comment:

Cg Pian said...

mohon link kan blog saya. tq