Followers

Friday, December 10, 2010

SANGAT PENTING UNTUK UMNO BANGKIT BERJIHAD

"HAKIKATNYA NAJIB SEHINGGA KINI MASIH ' BERSENDIRIAN ' "


PRU 13 SANGAT PENTING BAGI MENYELAMATKAN AGAMA, BANGSA
DAN TANAHAIR.

Saya tidak berhasrat untuk prejudis, jauh sekali daripada memperlekeh usaha yang UMNO lakukan. Tetapi saya dapati tidak wujud ' RASA CEMAS DAN GHAIRAH ' dalam kalangan pimpinan dan ahli UMNO untuk menghadapi PRU 13.

Saya menjangkakan Perhimpunan Agung UMNO yang baru lalu akan jadi turning point kepada gerakerja yang tersusun dan berterusan ke arah mendaftar pengundi baru dan dalam masa yang sama menjaga pengundi setia.

Ia tidak berlaku. Sebaliknya pimpinan UMNO yang mengepalai Kerajaan BN saya dapati agak terkebelakang dan kehilangan fokus. Pimpinan UMNO menunggu sebarang kenyataan pimpinan pembangkang untuk diulas dan diberi reaksi.

Atau pimpinan UMNO menunggu titah Tuanku untuk disokong. Maaf saya rasa seakan akan pimpinan UMNO berasa selamat dengan adanya Raja Raja yang secara prinsipnya bersama kita.

Pemuda dan Puteri ' HILANG BUNYI '. Saya tidak tahu apakah Khairy Jamaludin masih berada dalam negara atau sedang bercuti di mana mana. Exco Pemuda menumpang program NGO yang hakikatnya tidak menambah undi.

Kalau kita bertanya Shafie Afdal, selepas ucapan ' merangsang' di Perhimpunan Agung , berapakah pengundi baru yang berjaya didaftarkan, saya yakin beliau tidak dapat menjawabnya.

KITA AKAN MENANG. YAKINLAH, ALLAH AKAN BERIKAN KITA KEMENANGAN DENGAN SYARAT KITA BERSUNGGUH SUNGGUH BERUSAHA MENCAPAINYA.

Malunya kita kepada anak cucu jika kita gagal. Gagal bermaksud menyerahkan negara bangsa bertuah ini kepada ' golongan sesat dan menyesatkan '.

Gagal bermaksud ' meletakkan nasib anak cucu di tangan petualang yang amat merbahaya'.

Gagal bermaksud, kita telah menolak rahmat ALLAH yang secara tersiratnya ALLAH amanahkan kepada kita.

Jika kita berpeluang bercakap, kita ingin katakan kepada pimpinan UMNO khasnya, bangkitlah, bangkit demi agama, bangsa dan tanahair. Bangkitlah kerana bangkit sekali ini adalah JIHAD YANG NYATA.




No comments: