Followers

Sunday, January 16, 2011

PRK TENANG- PETANDA KEJAYAAN 1 MALAYSIA

" AGAK RADIKAL TAPI CHUA DIKATAKAN IKHLAS TERHADAP BN"


ALLAH BERSAMA DENGAN ORANG YANG BENAR

BEBERAPA HARI SAYA TIDAK MENULIS. SAYA TERLIBAT DENGAN SATU PROGRAM YANG TIDAK MEMBOLEHKAN SAYA MENULIS.

SEKARANG NI RUPA RUPANYA PAKATAN PEMBANGKANG SEDANG DILANDA GELOMBANG KERUNTUHAN YANG DAHSYAT. SAMBUTAN DAN PERANCANGAN MEREKA DI TENANG TIDAK MENJADI.

ANWAR YANG SELANG SEMALAM TURUN KE TENANG BERCERAMAH GAGAL MEMAKSA POLIS MENANGKAPNYA. ANWAR MELANGGAR PERATURAN PILIHANRAYA DENGAN BERCERAMAH SEBELUM PENAMAAN CALON. SUDAH PASTI TANPA PERMIT KERANA PERMIT MEMANG PERMIT TAK BOLEH DIKELUARKAN.

ANWAR BERHARAP PIHAK POLIS AKAN MENANGKAPNYA UNTUK DUA TUJUAN

1. SIMPATI KEPADA PAKATAN AKAN MELIMPAH RUAH. CALON PAS AKAN MENANG KERANA SIMPATI INI.

2. ANWAR AKAN DITANGKAP DAN DILOKAP. INI HARAPANNYA. JIKA ANWAR DITANGKAP, PERBICARAAN YANG SEPATUTNYA BERLANGSUNG ESOK AKAN TERTANGGUH LAGI.

HARAPAN ANWAR TIDAK KESAMPAIAN. SAMBUTAN DI TENANG AMAT DINGIN. PENYOKONG PAKATAN DARI LUAR KAWASAN TERPAKSA DIIMPORT BAGI MENAMPAKKAN SOKONGAN.

MANAKALA SAYA DIBERITAHU MOMENTUM SOKONGAN TERHADAP BARISAN NASIONAL SEDANG MEMUNCAK. CHUA SOI LEK DAN ANAKNYA AMAT KERAP TURUN BERTEMU MASYARAKAT CINA.

MAZLAN ALIMAN DAN ANAK TIDAK DITERIMA. MAZLAN DIKATAKAN BAPAK PENIPU KERANA KELUARGANYA MASA DI FELDA.

JIKA BENAR PENEROKA MENDERITA, MAKA DERHAKALAH MAZLAN MEMBIARKAN KELUARGANYA DI LEMBAH PENDERITAAN.

AURA NAJIB DIKATAKAN SANGAT KUAT DI TENANG. KEBETULAN RAKYAT SANGAT MENGHARGAI SIKAP DAN PENDEKATAN NAJIB.

SAYA YAKIN BN AKAN MENAMBAH MAJORITI . SAYA YAKIN BN AKAN MENANG BESAR. TENANG ADALAH MEDAN MENGUJI , ADAKAH 1 MALAYSIA BENAR BENAR DI TERIMA.


No comments: