Followers

Saturday, February 12, 2011

HAJI HADI SILAP TERUJA..

" SANGGUPKAH MEMPERTARUH MASA DEPAN MEREKA ?



KEJATUHAN MUBARAK DIANGGAP PETANDA BAIK.

Nampaknya pimpinan Pakatan Pembangkang terutama PAS tidak dapat menahan nafsu dan keghairahan dalam meraikan kejatuhan Hosni Mubarak.

Mereka pantas menyangka bahawa pemberontakan yang sama mungkin akan berlaku di Malaysia dan kerajaan UMNO/BN dengan sendirinya akan runtuh menyembah bumi.

Saya ingin mengingatkan bahawa pemberontakan yang berlaku di Tunisia dan Mesir bermula atas penderitaan rakyat. Mereka turun ke jalanan kerana mereka lapar dan kerajaan tidak membantu mereka.

Rakyat Mesir sekian lama terbiar tanpa pembelaan. Mereka tiada apa apa yang ingin dipertahankan. Seperti mereka pemimpin pemberontakan seperti tokoh Ikhwanul Muslimin juga hidup amat sederhana. Sebahagiannya menghabiskan apa yang ada untuk dakwah mereka.

Rakyat melihat teladan yang ditunjukkan. Mereka berkongsi penderitaan. Perjuangan mereka ialah perjuangan ' Mesir seluruhnya'.

Bagimana pula kita. Rakyat pernah bangkit suatu ketika dahulu.Kemudiannya rakyat undur ke belakang kerana mereka sedar tiada idealisme yang mereka perjuangkan. Mereka menjadi alat kepada cita cita Anwar Ibrahim.

Barangkali tidak semua rakyat kaya tetapi dapatkah dibuktikan bahawa begitu ramai rakyat papa kedana?

Pimpinan pembangkang yang mahu menggerakkan pemberontakan sendiri terdiri dari orang yang kaya raya. Anwar Ibrahim sewaktu dalam penjara sempat membina sebuah istana baru yang berharga puluhan juta ringgit. Melaratkan Anwar dan kaum keluarganya?

Dapatkah dinyatakan siapakah pimpinan pembangkang yang hidup susah ? Bahkan mereka sendiri kebanyakannya adalah jutawan.

Mungkin benar Hosni Mubarak tidak peduli kepada rakyat. Di Malaysia Kerajaan UMNO/BN menjaga rakyat sejak dar dalam kandungan hinggalah ke liang lahat. Berbaloikan bangkit memberontak?


7 comments:

Anonymous said...

Mungkin apa yang berlaku di Tunisia bolih berlaku di Pulau Pinang di sebabkan peniaga melayu disana di tindas olih pemerintahan rejim DAP?

dankuala.com said...

Anon,

Saya tidak fikir ia akan berlaku kerana hakikatnya Melayu Pulau Pinang tidak bersatu.Ada orang Melayu sendiri menyokong penindasan rejim DAP

budakbalun said...

hehehee..
Ini rupanya penyokong Husni Mubaraq ala Malaysia...
opss cawangan Malaysia..

wakakakaka!

dankuala.com said...

Selamat datang sunsnake@budak balun

budakbalun said...

kuala..
tq2... hehehe

sayang bangsa said...

amat malang kalau berlaku kejadian seperti ini di negara tercinta ini. dan amat bodoh lah mereka yg mengimpikan untuk itu terjadi disini. seperti yg ditulis oleh tuan rumah, tiada apa yg kurang, dari dalam perut ibu lagi kerajaan dan berhabis menjaga dan memastikan bayi yg lahir itu diberi cukup zat dan vitamin, malah melahirkan nya pun percuma (paling2 pun RM10.00 je..), .lain lah kalau ada yg nak pergi bersalin ke hospital mewah. itu jawab sendiri lah kan..
usah la begitu, ada tadika kemas pulak utk siapkan anak2 ini dgn dunia persekolah diperingkat awal. ada bantuan makanan rakyat termiskin lagi, buku percuma, bantuan biasiswa, uniform sekolah dan cmm2 lagi.

pokok nya tak habis lah bantuan kerajaan hingga ke menara gading, yg jeliknya, ada yg buta hati tergamak mengkhanati kerajaan dgn menyokong pembangkang bila udah hidup senang. mmgd dasar tak kenang budi...tuiii!!! hangin betul aku...hanginnnn...satu badan mengenangkan sikap umat Islam Melayu Malaysia yg memilih untuk menzalimi saudara mereka dari hidup aman daman dan bersatu padu..entah lah...

dankuala.com said...

Sayang bangsa,

Malangnya mereka diasuh supaya tidak berfikir. Berfikir dan menganalisis hanya bagi orang seperti saudara sahaja.