Followers

Sunday, February 13, 2011

PERTEMUAN 15 FEBRUARI 2011

BERIKAN AKU NYAWA.

Menteri Besar Selangor, Tan Seri Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar paling panas di Malaysia. Beliau adalah seorang pentadbir tulen bukan seorang politikus.

Bilamana beliau dipaksa mentadbir Selangor bagi pihak DAP, beliau menghadapi banyak masalah. Tekanan DAP, desakan rakyat dan asakan UMNO/BN sebenarnya tidak mampu dihadapi oleh Khalid.

Apabila mentadbir tanpa kebolehan, Khalid sebenarnya sedang berada di hujung hayat politiknya. Khalid tidak berupaya merancang untuk Selangor dan dalam masa yang sama gagal pula meneruskan perancangan kerajaan terdahulu.

Justeru, Khalid dan pasukannya pantas mengambil apa jua kesempatan yang ada sebagai talian hayat, mempastikan kelangsungan hidupnya.

Esok, 15 Feb 2011 akan berlangsung perjumpaan bersama pelajar yang baru pulang dari Mesir dan keluarga mereka. Kira kira 2000 anak Selangor telah dibawa pulang akibat kekacauan di Mesir.

Saya menjangkakan Khalid akan

1. Meyakinkan khalayak bahawa usaha kerajaan UMNO/BN membawa pulang pelajar adalah atas desakan Pakatan. Tanpa desakan Pakatan, pelajar ini akan terbiar.

2. Meyakinkan khalayak bahawa sebenarnya Kerajaan UMNO/BN mahu keluarga pelajar menanggung sendiri perbelanjaan pulang para pelajar. Kerana desakan pembangkang maka Kerajaan menanggungnya.

3. Meyakinkan khalayak bahawa bantuan Arab Saudi dan kepantasan pengurusan diplomatik adalah hasil campurtangan Pakatan khasnya Anwar Ibrahim. Tanpanya tak mungkin pelajar ini dapat dibawa pulang.

Banyak lagi yang akan disampaikan oleh Khalid termasuk komitmen Kerajaan Selangor membuka bilik gerakan. Khalid akan cuba sedaya upaya menafikan sumbangan kerajaan pusat.

Dalam masa yang sama Khalid akan buktikan sumbangan Kerajaan Negeri.
Kepada para pelajar dan keluarga yang akan hadir, dengarlah ucapan Khalid. Tetapi percayalah bahawa masalah tidak akan selesai hanya kerana kita pandai berpolitik.

2 comments:

sayang bangsa said...

maka nya tuan punya blog, jika kamu ada talian hayat langsung dgn pemerintah, sampaikan hasrat org2 mcm kami di akar umbi kepada kerajaan begini:

1- kerajaan mesti terus buka saluran pada pelajar yg pulang untuk berkomunikasi terus dgn pemerintah tanpa ada sebarang kerenah birokrasi menyempitkan laluan pelajar2 ini, sekaligus memberi mereka gambaran bahawa kerajaan mmg sentiasa mengutamankan kebajikan mereka berbanding pembangkang
2- sudah pasti kerajaan ada rekod pelajar2 yg pulang kelmarin. himpunkan mereka mengikut daerah atau negeri dan terus buat taklimat penerangan dan asak minda mereka supaya ttg hakikat usaha dan proses membawa mereka pulang, adalah 100% usaha kerajaan dibantu oleh badan2 korporat dan NGO tanpa ada sumbangan sedikit pun dari pembangkang.
3- bagi pelajar2 yg dikenal pasti berpotensi menyokong pembangkang, dekati mereka secara terus, dijemput kepajabat daerah terdekat atau terus kerumah mereka, dan beri penerangan ttg hal perancangan, usaha dan impian kerajaan melahirkan generasi celik ilmu agama tanpa menyimpang dari ajaran agama Islam yg sebenar.

ini lah yg termampu saya sumbangkan buat kali ini. jika ada rezeki di lain kali, saya akan menulis lagi. wasallam..

dankuala.com said...

Sayang bangsa,

Saya setuju dan insyaallah akan panjangkan perkara ( 1 & 3 ).

Perkara ( 2 ), saya juga percaya ada pandangan pembangkang yang telah membantu kerajaan melaksanakan program ini dan saya percaya rakyat Malaysia tidak kira pembangkang atau bukan telah sama sama berdoa untuk anak anak ini.