Followers

Monday, March 28, 2011

MENGAPA SOLAT HAJAT ?

" BENARKAH MEREKA MENYERAH ?"


MEMBUKTIKAN KERENDAHAN DIRI.

Kita Umat Islam selalu diperingatkan bahawa pada bila bila masa kita adalah hamba ALLAH yang tidak berdaya. Pada bila bila masa kita perlu merendah diri dan menyerah kepadanya.

Tujuan Solat Hajat antara lain ialah apabila kita mahukan sesuatu yang amat kita ingini atau kita mahu menolak sesuatu yang kita bimbangi. Dan lebih penting daripada itu ialah kita wajib melatih diri melakukan penyerahan mutlak kepada ALLAH SWT.

Salah satu adab hamba kepada PENCIPTANYA ialah selepas melakukan
penyerahan, maka redha dan yakinlah akan pertolonganNYA. Apa jua yang berlaku selepas itu, mesti mempunyai hikmah yang tersendiri.

Inilah kerisauan saya. Malam tadi 10 ribu orang diberitakan hadir Majlis Solat Hajat Perdana Anjuran Pakatan Pembangkang di Stadium Malawati termasuk Lim Kit Siang.

Malangnya selepas Solat Hajat, pemimpin Pakatan Pembangkang telah menyampaikan ceramah yang provokatif dan mengandungi unsur menyubur
kebencian yang sangat tinggi.

Unsur penyerahan yang sepatutnya berlaku sebenarnya tidak berlaku. Solat
Hajat hanya perlakuan palsu yang dibuat sebagai membuktikan Anwar tidak
bersalah.

Jika dakwah dikatakan asas ' hubungan dengan DAP', maka saya berpandangan bahawa dakwah ini telah gagal sama sekali. Bahkan saya
berasa bimbang apa yang berlaku menyebabkan orang semakin jauh daripada Islam.


4 comments:

Anonymous said...

Maslahnya..rasanya mereka solat hajat... tetapi tak tahu apa sebenar hajat mereka...

Harun Samad said...

Nampak jer macam solat hajat...tapi sebenarnya solat politik..
Sbb itu aku keluar dari parti Pas mengarut ni...harap kengkawan yg lain ikut sama...Islam bukan alat politik..

dankuala.com said...

Syabas Harun Samad,

berani buat keputusan menegak kebenaran menghapus kebatilan.

Zek said...

Hajat PAS dan PKR ialah agar Anwar diselamatkan daripada perbuatan keji dan mungkarnya iaitu meliwat dan berzina yang telah dilakukannya.

Sepatutnya mereka memohon supaya Anwar bertaubat, menyerahkan DNAnya untuk diuji kesahihannya.

Oleh sebab mereka sudah memohon dan Allah Maha penyanyang dan Maha
Mengetahui, maka kebenaran akan dizahirkan juga Insya Allah.Kita tunggu.

Wahai orang2 PAS dan PKR hendaklah kamu semua redha dengan ketentuan ALLAH nanti walaupun ia tidak memihak kepada permintaan kamu semua. ALLAH TAHU PERANGAI ANWAR SEBENARNYA.