Followers

Monday, March 7, 2011

PAS DAN DAP AKAN BERPISAH AKHIRNYA.



Selepas beberapa PRK , umum menyedari bahawa Pakatan Pembangkang bukanlah sebuah pakatan dalam erti kata yang sebenarnya.

PAS dan DAP sebenarnya tidak pernah mencapai kata sepakat. Manakala PKR tidak pernah bermakna selain Anwar Ibrahim.

Ramai juga menganggap PAS dan DAP berbeza daripada sudut ideologi. Ini adalah pandangan yang tidak tepat kerana hakikatnya PAS tidak pernah mempunyai sebarang ideologi.

Saya yakin DAP bosan dengan PAS yang menjanjikan banyak perkara tetapi tidak pernah membuktikan apa apa. Tugasan utama PAS ialah memecahkan undi Melayu, ternyata tidak berjaya dilakukannya.

Kecenderungan PAS merangsang rakyat bangkit memberontak sebenarnya sangat mengecewakan DAP. Jika ini berlaku DAP paling terkesan kerana sudah pasti kegiatan ekonomi akan terjejas dengan teruk.

Dalam masa yang sama DAP masih teringat peristiwa 13 MEI 1969 yang menyaksikan Kerajaan BN akhirnya menyusun strategi yang menambahkan kekuatan orang Melayu.

Sikap Nik Aziz akhir akhir ini juga memeningkan DAP. Apa juga kenyataan Nik Aziz adalah liabiliti kepada pembangkang. Cakap Nik Aziz sebenarnya merugikan bukan sahaja DAP tetapi juga PAS sendiri.

Konflik terbaru berkaitan judi juga sebenarnya memberi implikasi besar terhadap Pakatan. Nik Aziz terperangkap dalam keinginan memenangi hati Umat Islam dan menjaga hati DAP.

Kesimpulannya, saya berpandangan DAP dan PAS akan berpecah sebelum PRU 13.





1 comment:

wira merah said...

Cuba cerita pihak mana yang menyebabkan judi dibenarkan di Malaysia. Kalau DAP dan MCA sokong judi wa tak heran tapi kalau TPM pun sokong apa hal. Hari tu jadi imam masa PRK, sekarang jadi apa. Tak apa Melayu mudah lupa, masa nak ngundi jadilah alim lagi.