Followers

Wednesday, March 23, 2011

SEGALANYA TELAH SELESAI

" BINTANG YANG TAK PERNAH MALAP "


DEMIKIAN KEHENDAK ALLAH.

Malam ini media menyiarkan sidang media Datuk T yang terpaksa tampil setelah isu video seks Anwar Ibrahim semakin mencetuskan
pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak pula.

Yang menarik gabungan Datuk T ini merangkumi 3 pihak yang seakan saling melengkapi.
1. Rakan baik Anwar Ibrahim
2. Aktivis NGO
3. Bekas pemimpin kerajaan

Sudah tentu akan ada polemik baru hasil pendedahan ini. Bagaimanapun saya cenderung untuk menyeru semua pihak, blogger pro kerajaan, pimpinan parti UMNO/BN, pimpinan NGO untuk menganggap bahawa segalanya telah selesai.

Isu ini bukan lagi isu utama negara sebaliknya ia adalah isu peribadi Anwar Ibrahim. Ada banyak perkara harus dikedepankan.

Perbicaraan liwat Anwar sewajibnya diselesaikan secepat mungkin kerana ia mengambil terlalu banyak masa. Rakyat sudah
bosan dan ada ibu bapa menyembunyikan akhbar kerana sukar
menjawab soalan anak kecil berkaitan LIWAT.

Buletin Utama yang selalu menjadi tontonan keluarga kini tidak lagi ditonton bersama juga kerana isu ini.

Paling penting , perhatian sewajarnya dihalakan ke Sarawak. Rakan rakan kita sedang bertungkus lumus menjayakan tuntutan
demokrasi iaitu pilihanraya negeri.

Kerajaan wajib memenuhi segala tuntutan munasabah kerana mereka juga berhak mendapat apa yang pengundi Tenang, Merlimau dan Kerdau perolehi.

Hukum ' demokrasi ' ialah pemenang merupakan mereka yang mendapat undi terbanyak. Tidak kira apa isu yang timbul, sehebat mana pemidato,ia tetap tidak bermakna jika undi yang diperolehi kurang.

Saya mempunyai gerak rasa yang selalu betul. Saya rasa saudara kita di Sarawak ingin memberikan kemenangan besar kepada BN sebagai tanda kasih kepada Taib Mahmud yang dengan ikhlas mahu berundur.

Ingat lagi kejayaan besar BN dalam PRU 2004 ? Saya percaya pencapaian ketika itu sebahagiannya sebagai tanda kasih kepada Tun Mahathir.

Ini juga akan berlaku di Sarawak, insyaallah. Oleh yang demikian mari kita fokus. Mari kita kembali ke atas landasan. Kadangkala kita fikir kita benar tetapi sesekali kita tersasar. Kembalilah ke pangkal jalan..


1 comment:

Anonymous said...

Anwar hanya boleh dikalahkan melalui
pilihanraya. Jangan layan apa jua perkara yang timbul selain pilihanraya.

Anwar akan berdalih dan mecari helah.Akhirnya orang melayu yang akan malu.Semoga pengundi Sarawak buat keputusan yang betul.