Followers

Monday, May 30, 2011

BERMULA DENGAN BENJOLAN KECIL !



AKHIRNYA MEMBAWA MAUT ...

Inilah yang dikatakan oleh kebayakan wanita. Ia dapat dikesan apabila secara tiba tiba satu benjolan kecil ditemui di buah dada atau di bawah ketiak.

Ia tidak mendatangkan sebarang rasa sakit. Ia juga tidak menjejaskan kegiatan harian. Apabila pemeriksaan perubatan dibuat, barulah diketahui bahawa wanita ini mengidap kanser atau barah payudara.

Lebih malang apabila doktor mengesahkan ia sudah berada di tahap ketiga yang implikasinya buah dada tersebut terpaksa dipotong.

Ini kesan apabila kita tidak memandang serius dan mengambil tindakan segera terhadap sesuatu petanda yang ditunjukkan kepada kita.

Inilah yang sedang melanda kerajaan sekarang. Semalam TNB telah menaikkan tarif. Dalam masa yang sama harga barang melonjak tanpa sekatan.

Pemimpin kerajaan tidak bimbang nampaknya kerana riuh rendah dan keluh kesah rakyat ' hanya benjolan kecil '. Rakyat tidak cenderung bangkit memberontak!

Menteri masih tersenyum membuat pengumuman. Harga di negara jiran menghalalkan tindakan TNB dan peniaga yang lain. Menteri tidak perlu berfikir selain menaikkan harga.

Ini barangkali berbeza dengan kerajaan di zaman Dr Mahathir dahulu di mana para Menteri ' pecah kepala ' memikirkan cara menjaga rakyat.

Saya melihat ini adalah petanda barah. Saya mula ' berburuk sangka'. Adakah Menteri ini antara yang dijangka akan bersama Anwar Ibrahim jika ' 16 SEPTEMBER ' menjadi kenyataan.

Saya mula berasa seakan akan dalam senyum tawa ada Menteri sedang
memperolokkan DS Najib. Apa yang berlaku sangat mudah ditelah.

PRU 13 semakin hampir. Rakyat semakin resah...



2 comments:

Kasim Awang said...

Saya cadang kita semua kempen supaya PERKASA didaftarkan sebagai parti politik lepas tu kita seru semua orang-orang Melayu undi perkasa. Biarkan Najib dan barisan kabinetnya jatuh. Masalah sekarang kita tiada parti altenatif yang boleh ganti UMNO. Harapkan PAS jauh sekali la. Jika PERKASA ada dalam kabinet, saya rasa mereka faham kesusahan rakyat. Saya pun dah meluat dengan Najib sebab dia tadbir negara secara koporat (dengan mengambil Idris Jala sebagai .....). Najib sepatutnya ada jiwa rakyat. Yang saya nampak Najib ada jiwa berniaga.

ALahaI sI LunCAi said...

AKU TAK FIKIR ADA KEPERLUAN MENGUBAH KERAJAAN. BENAR , KALAU PAS, PKR ATAU DAP PERINTAH KEADAAN AKAN LEBIH TERUK LAGI.

KEPERLUAN SEKARANG IALAH SEMUA MENTERI KENA BIJAK DAN DAPATKAN NASIHAT YANG BETUL.

AKHIRNYA MENTERI DAPAT BANTU DS NAJIB MERASAI DENYUT NADI RAKYAT.

MASALAHNYA, MENTERI TAK BERUPAYA BERFIKIR KAEDAH LAIN SELAIN NAI HARGA...NAIK HARGA..