Followers

Wednesday, July 20, 2011

KEGILAAN PEMBANGKANG, KELEMAHAN KERAJAAN DAN KEBEKUAN UMNO

KOMBINASI YANG MUNGKIN MENGGAGALKAN TRANSFORMASI DS NAJIB.

Umum hakikatnya agak kerap mendengar tentang transformasi menyeluruh yang diilhamkan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional.

Rakyat terbanyak barangkali sehingga sekarang gagal memahami makna transformasi, menghayati kesannya bahkan kakitangan kerajaan, anggota parti turut keliru dengan apa yang cuba dilakukan oleh pemimpin kita.

Ada tiga unsur pada pandangan saya menjadi penyumbang kepada kegagalan ini.

1. Kita memiliki barisan pembangkang paling buruk di dunia. Sehingga kini kita tidak pernah mendengar mana mana pemimpin pembangkang menegur kerajaan dan dalam masa yang sama memberikan cadangan yang membina.

Amalan pembangkang di Malaysia ialah mencari kelemahan kerajaan
terutama yang bersifat peribadi, menyebar fitnah, menghasut dan menyemai kebencian dalam kalangan rakyat.

Pembangkang bukan sekadar ghairah kepada kuasa tetapi sampai kepada tahap sanggup melihat negara bangsa runtuh jadi debu.

2. Kerajaan pula kelihatan ' terkontang kanting ' melakukan apa sahaja untuk rakyat. Barangkali transformasi negara hanya banyak didedahkan oleh Perdana Menteri sendiri.

Jabatan Kerajaan umumnya gagal berfungsi secara jelas menjayakan transformasi, menjelaskan kepada rakyat untuk difahami dan pentadbiran berjalan seperti biasa, seperti dulu dulu.

Sebagai contoh, jika transformasi berlaku dengan baik dan difahami rakyat terbanyak, tidak mungkin Bersih 2 baru baru ini berlaku. Dalam konteks ini yang ternyata telah gagal ialah terutamanya Menteri Dalam Negeri.

3. UMNO sebagai parti tunjang negara sama sekali ' tidak hidup' dalam semua perkara. Mendaftar pengundi baru gagal, menjaga pengundi lama juga kurang berkesan.

UMNO kelihatan ' tiada apa apa kuasa ' pun selain menjalankan persidangan cawangan dan bahagian. Pada tahun 60an dan 70an pemimpin UMNO akan sentiasa turun ke akar umbi menerangkan dasar dasar kerajaan. Kesannya ahli UMNO sentiasa berasa bangga menjadi ahli UMNO dan dalam masa yang sama mengasihi kerajaan.

Kemungkinan ada pandangan bahawa transformasi kerajaan ini lebih kepada ekonomi. Jika pun pandangan ini benar, transformasi atas apa matlamatpun akan mengubah keseluruhan sistem menjadi semakin baik.

Kita tidak berkuasa untuk mengubah ( perkara 1 ) tetapi kita mampu memperbaiki ( perkara 2 dan 3 ). Bahkan jika kita tidak bekerja keras menjayakannya, percayalah ia hanya akan jadi bahan baik yang terbuang.


3 comments:

berasiam said...

Sebahagian pemimpin UMNO pun berhadapan dengan pelbagai masalah peribadi, macam mana nak berjumpa rakyat dan menerangkan dasar2 kerajaan. Ahli UMNO pun tidak menerima mereka, inikan pula rakyat biasa yang tidak condong ke mana2 arah. UMNO kena bersihkan kepimpinan peringkat bahagiannya secara bersungguh2, barulah boleh dipulihkan gerak kerja UMNO dalam mendekati rakyat.

Anonymous said...

dankuala , ramai saya tengok salahkan KDN dan UMNO. Semua parti ada pemimpin lemah, pembangkan dan Barisan. Khusus MCA yang hidup segan, mati lagi tak mau.

Yang gagal dalam barisan kerajaan adalah organ komunikasi dan penerangan. Kementerian gagal berhubung dengan rakyat kerana pendekatan pegawai terlalu satu level- orang dan pemikiran kampung.
Organ kerajaan gagal mendekati pemikiran kelas muda,kelas pertengahan dan perkerja. Mereka gagal mencapai pemikiran dan usaha projek kerajaan yang berjaya dekat hati rakyat , terutama di bandar. KPKK Gagal sama sekali. Kita bukan nak salahkan menteri. Kalau pun ramai komplen kata menteri tak dengar nasihat, pegawai mesti berani , biar terpaksa di tukar kerja. Tak kan kena buang pun.

Bukan sedikit projek kerajaan yang berjaya tetapi adakah rtm contohnya menyelami semangat dan pemikiran disebalik projek projek ini . Jika dibandingkan negara lain pun tak ada projek dan program khusus ini. Kita bernasib baik dan patut menaikkan semangat bangga dari rakyat golongan muda.

Tapi pendekatan kementerian mencicirkan usaha PM sendiri. Kementerian komunikasi dan penerangan ini lebih pada fikiran cara lama , kekampungan dan hanya untuk mereka yang dah memang sokong kerajaan. Kegagalan ini jadi lebih nyata bila tindakan Bersih tidak menerima tindak balas spontan, cerdik . Dah tu tak ada pula damage kontrol bila Bersih gunakan tindkan polis untuk burukan nama PM, polis dna kerajaan. Tak ada analisis yang cerdik dan tajam . Laman web penerangan lagi tak boleh harap.

Tindakan RTM contoh nya lebih pada 'defend' dan ulang cakap PM, menjadikan orang tak minat dengar.
Yang jadi ketara kelemahan UMNO bila semua tunggu pm dan tpm.Masing masing tak ada idea ke? Kementerian penerangan dan komunikasi tak ada pemikiran yang mencabar Bersih dan anwar.

Kesian tengok, PM jugak kena buat damage kontrol esoknya. Dalam minggu itu PM agak nya tak boleh bernafas , semua dia kena buat.
Kalau semua tunggu PM ,macam ni memang UMNO akan lingkup. Umno lingkup BN lingkup.PM tolong buat rombakan kabinet secepat mungkin. PM perlu lebih ramai pemikiran muda masuk bantu yang dah ketinggalan. BN perlukan lebih ramai timbalan menteri muda yang tajam masuk gelanggang, terutama di KPKK dan KDN.

Aku Penyokong PM

dankuala.com said...

berasiam dan anon,

Terima kasih atas pandangan.