Followers

Tuesday, November 30, 2010

NIZAR JAMALUDDIN SAKIT

' NIZAR DIKATAKAN MENGHADAPI MASALAH PSIKOLOGI APABILA KERAP MELAKUKAN PERKARA LUAR BIASA BAGI MENARIK PERHATIAN'


DIANGGAP KAKU DI DALAM DEWAN

Bagi pemerhati yang memerhati perjalanan hari pertama persidangan DUN Perak hari ini barangkali bersetuju dengan saya bahawa Nizar Jamaluddin telah berubah.

Beliau agak kaku dan pendiam di dalam dewan berbanding persidangan sebelum ini. Ada rakan mengatakan perubahan Nizar ini ialah sejak beliau terlibat dalam kemalangan jalanraya baru baru ini.

Ada juga pandangan yang mengatakan bahawa Nizar sendiri berasa kagum dan bimbang dengan bajet yang dibentangkan yang merangkumi hampir semua aspek kebajikan rakyat.

Saya lebih cenderung untuk bersetuju dengan andaian kedua kerana pada sidang media pada sebelah petang, Nizar yang tak dapat menahan diri telah melontarkan kebimbangannya.

1. Nizar menyatakan bahawa bajet ini adalah bajet pilihanraya apabila terdapat banyak unsur kebajikan telah diperlihatkan.

2. Nizar juga menuduh kerajaan membentangkan bajet yang seakan akan memujuk rakyat dengan gula gula.

Nizar bagaimanapun berjanji akan membentangkan bajet alternatif Pakatan Pembangkang tidak lama lagi.

Rakan rakan yang sama sama mengikuti perkembangan persidangan pada hari ini percaya pembangkang akan mengganggu persidangan esok hingga ke hari terakhir bagi mengelakkan pihak kerajaan dapat menerangkan pelbagai perancangan yang dibuat untuk rakyat Perak seluruhnya.

Sekiranya mereka berjaya melakukan gangguan, maka harapan mereka rakyat akan keliru dan ini memudahkan mereka untuk memutarbelitkan fakta di pentas pentas ceramah.

Bagaimanapun seorang pemerhati berpendapat bahawa rakyat kebanyakannya telah mengetahui niat buruk pembangkang dan pasti akan menghukum mereka pada PRU 13 nanti.


Monday, November 29, 2010

NIK AZIZ, LIM KIT SIANG DAN ANWAR IBRAHIM DALAM SAF YANG SAMA

" DEMIKIANLAH ALLAH MENENTUKAN, ALLAH MEMBERI HIDAYAH KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKI DAN MENARIK HIDAYAH DARIPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKI "

MEREKA MENDAHULUI CARTA MUSUH NEGARA

Selama ini khasnya sebelum PRU 12, ramai menyangka bahawa politik Malaysia adalah politik aman dan boleh dijadikan contoh teladan. Ramai menyangka bahawa politik Malaysia adalah politik pilihanraya yang hanya panas semasa musim pilihanraya sahaja.

Kerajaan dan rakyat ' selesa ' menjangkakan bahawa kita tiada lagi ancaman keselamatan seserius komunis. Kita yakin tidak mungkin akan berlaku lagi penjajahan dalam apa bentuk sekali pun.

Kerajaan telah melakukan kesilapan yang amat besar apabila salah dalam membuat jangkaan. Era pemerintahan Pak Lah adalah kemuncak kepada kesilapan kerajaan apabila membebaskan Anwar Ibrahim tanpa alasan yang kukuh.

Pak Lah telah mendapat nasihat yang salah ( saya yakin oleh penasihat yang berniat jahat )apabila membuat keputusan yang paling ' BAHAYA' dalam sejarah negara.

Membebaskan Anwar bukan sekadar ' seperti membebaskan anjing tersepit'. Anwar jauh lebih bahaya daripada anjing. Anjing hanya boleh menggigit seorang dalam satu masa, Anwar umpama racun yang dituang ke dalam loji minuman, membunuh secara serentak.

Kerajaan memahami Lim Kit Siang. Jiwa komunis Kit Siang tidak akan berubah. Ia telah sebati dan menjadi darah daging. Ia telah berakar umbi. Kit Siang adalah ancaman keselamatan negara yang jelas.

Tetapi pendirian jelasnya membolehkan kerajaan dan rakyat mengambil langkah berjaga jaga. Rakyat boleh memilih untuk tidak mendengar suaranya.

Paling bahaya sekarang ialah orang yang bertopengkan agama. Manusia akan kalah dengan agama. Manusia sejahat mana sekalipun tidak akan dapat menolak ' pesona agama'. Bahayanya ialah tidak ramai kita tahu ' benar salahnya' ayat yang dibaca. Kita tidak tahu ' benar salahnya' ayat ditafsir.

Ini bahaya Nik Aziz. Nik Aziz memahami agama. Malangnya kefahaman digunakan untuk menipu dan mengeliru. Kefahaman itu digunakan untuk jual beli politik kepartian sempit.

Rakyat keliru. Imej Nik Aziz ' telah berjaya dibina dengan cemerlang oleh pasukan khas yang dibentuk oleh PAS'. Nik Aziz diangkat begitu tinggi walaupun beliau hanyalah seorang ustaz biasa yang tidak layak digelar ulama.

Dunia Islam tidak mengenali Nik Aziz. Nik Aziz hanya ulamak PAS. Malang yang sangat besar ialah apabila NYATA SEKALI NIK AZIZ TIDAK TAKUT BERDOSA.SEAKAN AKAN NIK AZIZ TELAH DIBUTAKAN MATA HATINYA.

Kerajaan yang boleh bertindak. KERAJAAN BUKAN UMNO. Ini bukan lagi masa berhujah atau berdebat. Nik Aziz telah membawa ajaran sesat. Nik Aziz seperti Ayah Pin.

Kerajaan tidak boleh tersilap lagi. Padalah silap yang dilakukan oleh Pak Lah. Cukuplah, bertindaklah sekarang. Bertindaklah sebelum Umat Islam disesatkan lebih jauh lagi.

Sunday, November 28, 2010

KERANA DAP , NIK AZIZ PALSUKAN AL QURAN

INILAH YANG NIK AZIZ DAPAT DI TANAH SUCI MEKAH .



Kebimbangan saya akhirnya berlaku. Akan sampai satu masa akhirnya Nik Aziz akan menggadai agama demi mendapatkan sokongan daripada DAP.

ALLAH tidak makbulkan doa saya, bilamana nampaknya Nik Aziz tidak berubah setelah kembali dari Tanah Suci. Kelemahan saya barangkali bilamana Nik Aziz bertambah jauh tersasar.

Atau harapan saya yang kedua, Malaysiakini telah tersalah lapor. Kemungkinan wartawan Malaysiakini tersilap dengar atau tidak dapat memahami maksud sebenar Nik Aziz.

Tetapi sekiranya benar itu ucapan Nik Aziz semasa Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan, maka menjadi kewajipan kita umat Islam untuk bangkit nyatakan pendirian.

Kerajaan melalui JAKIM dan Majlis Fatwa WAJIB , KERANA ALLAH MEMPERTAHANKAN KESUCIAN AGAMA. TINDAKAN MESTI DIAMBIL APABILA PENYELEWENGAN DIBUAT SECARA TERANG TERANGAN OLEH NIK AZIZ.

BAYANGKAN BILAMANA NIK AZIZ MENYATAKAN BAHAWA ISLAM TIDAK PERNAH MENYEBUT BANGSA DAN KAUM KERANA DALAM ISLAM SEMUA MANUSIA ADALAH SAMA.

NIK AZIZ TELAH MENOLAK FIRMAN ALLAH

" WAHAI MANUSIA ( TERMASUK SEMUA BANGSA DAN AGAMA), SESUNGGUHNYA KAMI MENCIPTAKAN KAMU DARI SEORANG LELAKI DAN SEORANG PEREMPUAN DAN MENJADIKAN KAMU BERBANGSA BANGSA DAN BERSUKU SUKU, SUPAYA KAMU SALING KENAL MENGENAL.
SESUNGGUHNYA ORANG YANG PALING MULIA DI ANTARA KAMU IALAH ORANG YANG PALING BERTAQWA - AL HUJERAT

NIK AZIZ JUGA TELAH MENAFIKAN SABDA RASULULLAH-

" SEBAIK BAIK KAMU IALAH ORANG YANG MEMPERTAHANKAN SUKU DAN BANGSA, SELAGI TIDAK DALAM PERKARA YANG MENDATANGKAN DOSA" - HADIS RIWAYAT ABU DAUD.

NIK AZIZ TELAH SESAT. NIK AZIZ TELAH HANYUT DALAM PUJA PUJI PENGIKUT YANG TAKSUB DAN IKUT SAMA SESAT BERSAMANYA.



ANWAR TELANJANG DI KONGRES PKR

" BAGI ANWAR, KITA ORANG KAMPUNG ADALAH HAMBA YANG HINA "



BELANG SEBENAR TERSERLAH

Saya menyedari betapa bahayanya Anwar Ibrahim kepada agama, bangsa dan negara. Saya menyedari betapa ruginya umat Melayu mempunyai seseorang seperti Anwar Ibrahim

Saya menyedari betapa Anwar tidak pernah memperjuangkan apa apa selain dirinya.

Tapi saya SAMA SEKALI TIDAK MENYANGKA BETAPA HINANYA RAKYAT BAWAHAN KEPADA ANWAR. SAYA TIDAK MENYANGKA PENCUCI LONGKANG, PETANI, PESAWAH, NELAYAN, ORANG KAMPUNG ADALAH HAMBA DI MATA ANWAR.

UCAPAN ANWAR PADA HARI TERAKHIR KONGRES PKR MERUPAKAN PENGHINAAN YANGTIDAK DAPAT DITERIMA. APABILA ANWAR BERTANYA " TUAN KAH PENCUCI LONGKANG ?PENCUCI LONGKANG SENGAJA DISERONOKKAN OLEH UMNO KERANA DIKATAKAN TUAN MELALUI KETUANAN MELAYU "ITULAH YANG DIUCAPKAN OLEH ANWAR IBRAHIM DI HADAPAN UMAT MELAYU KHASNYA.

Benarlah bahawa apa yang dilaungkan selama ini adalah palsu dan retorik kosong. Perjuangan untuk golongan miskin melarat adalah tipu daya Anwar semata mata. Anwar menganggap rakyat bahawan adalah hamba.

Jika saya berpeluang melaung dan menjerit, saya ingin jeritkan ke seluruh negara, kepada umat Melayu khasnya , mari kita bangkit memberontak. Tumbangkan Anwar dan sekutunya yang memandang hina kepada kita.

Mari kembali mengangkat UMNO yang selama ini menjulang rakyat.

Kepada UMNO:- PENCUCI LONGKANG, PENYAPU SAMPAH,PENOREH GETAH,NELAYAN, PENANAM PADI DAN SEMUANYA ADALAH TUAN.

Rakyat bebas melaksanakan kehidupan seperti mana yang mereka inginkan.Rakyat berhak mendapat pendidikan, rakyat berhak mendapat rawatan, rakyat berhak mencapai impian.

Rakyat adalah tuan kepada UMNO khasnya umat Melayu. Jutaan anak Melayu di menara gading adalah anak marhaen daripada ceruk kampung dan desa.

Bukan sedikit pegawai Kumpulan A, usahawan berjaya, jutawan dan karyawan asalnya adalah darah keturunan Melayu kampung yang Anwar hina semalam.

Jangan berpatah hati kerana menjadi pencuci longkang. Jangan kecewa menjadi rakyat biasa. Kepada UMNO, bukan hanya Melayu bahkan rakyat AKAN SENTIASA MENJADI TUAN DI BUMI BERTUAH INI.

Kalau saya mampu menyeru, saya ingin berseru. Ayuh kita bangkit tumbangkan Anwar dan kuncu kuncunya yang dalam HATI DAN JIWA MEREKA TERPALIT ' NAFSU PENJAJAH'.





Saturday, November 27, 2010

KETUANAN MELAYU , APA MASALAHNYA ?

" PEJUANG MELAYU SEJATI "


SENTIASA MENJADI MODAL POLITIK DAP, PKR DAN PAS


Semalam sewaktu menyampaikan TEKS YANG DISEDIAKAN OLEH ANWAR IBRAHIM,Wan Azizah Presiden Boneka PKR telah mengumpan pengundi Cina dan India melalui jaminan untuk menghapuskan KONSEP KETUANAN MELAYU.

Selama lamanya Ketuanan Melayu akan menjadi modal politik mereka. Mereka menjangkakan -

1. Pengundi Cina dan India akan percaya kepada janji ini

2. Pengundi Cina dan India tidak tahu bahawa KETUANAN MELAYU DIJAMIN DALAM PERLEMBAGAAN. MANAKALA PERLEMBAGAAN HANYA BOLEH DIUBAH MELALUI UNDI 2/3 DI PARLIMEN.

3. Pengundi Cina dan India tidak tahu bahawa selepas mendapat kelulusan Parlimen , mereka perlu pula mendapat persetujuan Institusi Raja Raja Melayu.

Ada beberapa perkara yang benarnya tidak mereka jangkakan -

1. Dengan sedikit ' PEMBETULAN ' UMNO mampu memenangi PRU tanpa sokongan penuh pengundi Cina dan India.

2. Berjuta pengundi Melayu kini sedar betapa pentingnya konsep Ketuanan Melayu ini dipertahankan demi anak cucu dan ' keamanan sebenar ' negara.

3. Pengundi Cina dan India sangat bersyukur dengan kemakmuran negara sehingga mereka hakikatnya ' lebih kaya dan mewah ' berbanding orang Melayu walaupun telah puluhan tahun KETUANAN MELAYU TERLAKSANA.

Ketuanan Melayu ialah KEHENDAK ALLAH. Tiada negara dalam dunia " SEMAJMUK MALAYSIA ". Tiada. Malaysia satu satunya yang sebegini dan tidak cuba mengubah Cina dan India untuk menjadi Melayu.

Di Malaysia , CINA DAN INDIA BOLEH HIDUP DAN MATI SEBAGAIMANA YANG MEREKA KEHENDAKI. HIDUPLAH SEBAGAI CINA , MATI SEBAGAI CINA. TIADA MASALAH. HIDUPLAH SEBAGAI INDIA, MATI SEBAGAI INDIA.

MANAKALA JANGAN PULA MENGGANGGU ORANG MELAYU HIDUP DAN MATI SEBAGAI MELAYU. TERIMA PULA KENYATAAN BAHAWA SYARAT MELAYU MENGIKUT PERLEMBAGAAN IALAH MESTI BERAGAMA ISLAM DAN MENGAMALKAN BUDAYA HIDUP MELAYU.

AKHIRNYA MARI KITA HAYATI SABDA NABI " SEBAIK BAIK KAMU IALAH ORANG YANG MEMPERTAHANKAN SUKU DAN BANGSA, SELAGI TIDAK DALAM MELAKUKAN DOSA", HADIS RIWAYAT ABU DAUD.

Kepada pejuang pejuang Melayu, usah apologetik, kita di landasan yang benar.





Friday, November 26, 2010

HADI AWANG MUFLIS, BERTAUBATLAH

" BERTAUBATLAH HADI SEMENTARA PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA "


TIDAK LAYAK MENJADI PEMIMPIN MELAINKAN KEPADA PARTI YANG MENGGALAKKAN AHLINYA MENJADI MUFLIS JUGA

Sewaktu sedang bersama para sahabat, Rasullullah saw mengemukakan soalan,

" Adakah kamu tahu siapakah orang yang muflis ?" Lantas para sahabat menjawab," Orang muflis ialah orang yang tiada wang dan harta ".

Lalu Rasullullah bersabda lagi," Sesungguhnya orang yang muflis ialah orang yang datang di hari kiamat dengan sembahyang, puasa, zakat dan haji sedangkan dia pernah mencaci, menuduh, memakan harta, memukul dan menumpahkan darah. Dan dibahagikan pahala kebaikannya kepada orang yang menjadi mangsanya. Sekiranya tidak cukup, diambil pula dosa orang yang berkenaan untuk ditanggungnya, kemudian dia dihumban ke dalam neraka ".

Semalam saya bersembahyang Jumaat di sebuah masjid dalam daerah Kuala Kangsar. Khatib yang membaca khutbah ' terhenti dan tergamam' sewaktu membaca hadis ini.

Imam yang saya kenali sebagai aktivis PAS itu ternyata terkejut dengan hadis yang tidak pernah mereka sebut termasuk para ulamak PAS kerana hadis ini menempelak mereka.

Demikianlah kebesaran ALLAH. Islam sesuai untuk semua zaman sehingga kiamat. Demikianlah pula bahayanya jika kita cenderung memetik nas Al Quran dan hadis yang dilihat menguntungkan kita.

Saya menyeru diri saya dan Haji Hadi serta pemimpin PAS. Mari kita bertaubat. Terlalu banyak caci maki serta tuduhan yang PAS lemparkan.

Haji Hadi pernah ' menghalalkan darah orang UMNO'. Haji Hadi menghalalkan caci maki sebagai satu kaedah politik sempit mereka.

Berapa ramai pimpinan dan ahli PAS memaki hamun kerana galakkan Haji Hadi. Takutlah kepada ALLAH. Mari kita berdoa mudah mudahan amalan baik kita tidak menjadi sia sia.


Thursday, November 25, 2010

PESAKIT MAKIN TENAT

KEGAGALAN MENGESAN PENYAKIT AKAN MENDATANGKAN BAHAYA YANG LEBIH BESAR - Gambar hiasan


DOKTOR TERSILAP UBAT

Inilah perbandingan yang dibuat oleh seorang Ketua UMNO Cawangan sewakatu minum pagi dengannya awal pagi tadi. Saya agak terpegun dan sedikit sebanyak berkongsi pemikiran yang sama dengannya.

Beliau telah 34 tahun menjadi Ketua Cawangan. Barangkali salah seorang Ketua Cawangan paling lama di Perak. Pengalaman PRU 12 katanya amat melukakan hatinya.
Tetapi ada banyak pengajaran yang boleh dikutip hasil peristiwa malang itu.

Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah pandangan Ketua Cawangan ini. Pada pandangan beliau usaha ikhtiar yang UMNO lakukan sekarang memang baik tetapi ada lagi perkara penting yang diabaikan.

Beliau mendengar pelbagai mesyuarat, seminar dan kursus telah dilaksanakan. Tetapi kebanyakan kumpulan sasarannya ialah Ketua Penerangan dan JK Bahagian. Ketua Cawangan yang menjadi ' kunci kemenangan sebenar ' nampaknya agak terbiar dan terabai.

Beliau percaya, kebanyakan Ketua Cawangan UMNO di Perak berumur 50 tahun ke atas. Telah lama bergelumang dengan UMNO semasa susah dan senang. Katanya sekarang ini Ketua Cawangan berasa macam PEKERJA PARTI SEMATA MATA.

Dahulu pemimpin tertinggi melayan Ketua Cawangan SEBAGAI PEMIMPIN YANG BEKERJA UNTUK PARTI. SEKARANG KETUA CAWANGAN HANYA PEKERJA SEMATA MATA.

Ketua Cawangan ini juga berpendapat bahawa orang yang paling rapat dengan pengundi adalah Ketua Cawangan dan Ketua Wanita. Sesekali libatkan golongan ini dalam program yang KELIHATAN MENGHARGAI MEREKA.

Kalau adapun program, ialah program arahan kerja sahaja. Sewaktu zaman awal UMNO katanya, Ketua Cawangan pernah dibawa berkursus selama dua hari satu malam bersama Menteri Besar dan semua Wakil Rakyat.

Pada masa itu, Ketua Cawangan rasa amat berbesar hati dan bangga. Terasa macam benar benar berada dalam satu keluarga yang besar dan bahagia. Sekarang katanya, macam kerja pejabat. Jumpa bos untuk dapatkan arahan dan buat kerja yang diarahkan.

Akhirnya beliau mengingatkan jika sesuatu tidak dibuat, beliu yakin kejayaan sebenar tak akan tercapai.

Saya adalah pencatat. Terserahlah kepada yang berhak melaksanakan. Menang kalah kita pada PRU 13 sebenarnya bergantung kepada kita sendiri.