Followers

Friday, December 24, 2010

UMNO AKAN MENANG DI TENANG

" KITA AKAN MENANG KERANA KITA MEMANG TELAH DITAKDIRKAN BEGITU "



BAHKAN UMNO AKAN MENANG BESAR DALAM PRU 13

INI HUKUM PSIKOLOGI. KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN.APA YANG AKAN KITA CAPAI BERGANTUNG KEPADA APA YANG KITA FIKIR, APA YANG SERING KITA GAMBARKAN DALAM MINDA KITA.

PEMIKIRAN INI , GAMBARAN INI AKAN MENJADI TENAGA YANG KUAT YANG MERANGSANG KITA UNTUK MELAKUKAN PELBAGAI TINDAKAN YANG MEMBOLEHKAN KITA MENCAPAI APA YANG KITA IMPIKAN.

JACK COLLIS DALAM BUKUNYA ' YES YOU CAN- BUKU TERJEMAHAN PASTINYA ANDA BOLEH ' MENJELASKAN BAGAIMANA KEUPAYAAN
MEMBINA GAMBARAN INI MEMBANTU BEGITU RAMAI ORANG UNTUK BERJAYA.

SEBELUM BUKU INI TERBIT, TUN MAHATHIR SEJAK TAHUN 70AN TELAH MULA MELAKUKAN PRAKTIS INI MELALUI PENULISAN DAN UCAPAN BELIAU.

INILAH YANG INGIN SAYA SAMPAIKAN KHASNYA KEPADA PEMIMPIN DAN AHLI UMNO. MARI KITA BERFIKIR DAN GAMBARKAN KEMENANGAN. KITA PERNAH MENANG BESAR DAN KITA AKAN MENANG BESAR LAGI SELEPAS INI.

TETAPI JACK COLLIS JUGA PEMIKIRAN DAN GAMBARAN SAHAJA TIDAK PERNAH MENGHASILKAN APA APA. INILAH JUGA PERINGATAN SAYA KEPADA PIMPINAN DAN AHLI UMNO.

1. UMNO MESTI MELAKUKAN HEAD COUNT MULAI SEKARANG.PERTEMUAN BERSEMUKA WAJIB DILAKUKAN DENGAN SETIAP PENGUNDI. SETIAP PENGUNDI MESTI TELAH DITEMUI OLEH SEKURANG KURANG KETUA SETIAP LOKALITI.

2. SELESAIKAN MASALAH MASALAH RAKYAT SEPERTI YANG DIJANJIKAN SEMASA PRU 12. MENYELESAIKAN MASALAH TERMASUK ' MENDENGAR DAN BERASA EMPATI' TERHADAP MEREKA .

3. GERAKKAN SEMUA JENTERA YANG ADA KE PERINGKAT MAKSIMUM. KECENDERUNGAN UNTUK MENGAGAK/ MENJANGKA
DAN MEMBUAT RUMUSAN BERASASKAN JANGKAAN MESTI DIELAKKAN.

4. SELESAIKAN MASALAH DALAMAN PARTI. MASALAH DALAMAN ADALAH FAKTOR PALING BESAR MENGAKIBATKAN KEKALAHAN.

5. ELAKKAN PROGRAM BESAR YANG MEMBAZIR DAN TIDAK MEM
BANTU. BERI TUMPUAN KEPADA TINDAKAN TINDAKAN TERUS
KEPADA PENGUNDI.

6. GERAKKAN PEMUDA DAN PUTERI MULAI SEKARANG. SEHINGGA KINI PEMUDA DAN PUTERI MASIH TIDAK BERBUAT APA APA. JELAJAH ONE MALAYSIA KEPADA SAYA SEBENARNYA AMAT TIDAK CERDIK.

7. HINDARI SEGERA PERLAKUAN YANG MEMBUAT PENGUNDI RASA ' GETIK DAN MENYAMPAH '. CARAGAYA DAN PENDEKATAN SEBENARNYA MEMAINKAN PERANAN DALAM MENCAPAI MATLAMAT.

8. LATIH DAN BANTU JENTERA SEHINGGA MEREKA FAHAM DAN MAHIR. PERNAH BERLAKU, JENTERA PENGANGKUT PENGUNDI HANYA BEKERJA SEHINGGA JAM 12 TGH. MASA MEMBAWA PENGUNDI ADALAH MASA YANG AMAT BERHARGA.

KITA AKAN MENANG BESAR. MENANG ADALAH KEWAJIPAN BAGI KITA. SEKIRANYA KITA KALAH, KITA SEBENARNYA TELAH REDHA DENGAN KESESATAN YANG DIBAWA OLEH PEMBANGKANG.



Thursday, December 23, 2010

BERSYUKURLAH RAKYAT TENANG

" PENDEKATAN DAN CARANYA SEAKAN KOMUNIS ?"



TERPILIH MENOLAK ANCAMAN KOMUNISME

SAYA TIDAK PERNAH MERAGUI KENYATAAN ALLAHYARHAM TAN SERI GHAZALI SHAFEI BAHAWA SALAH SATU PENDEKATAN KOMUNIS IALAH MENGAMBIL KONFLIK, KRISIS DAN PERMASALAHAN RAKYAT UNTUK DIPERBESAR, DIKETENGAHKAN DENGAN TUJUAN LAHIR KEBENCIAN, KEMARAHAN DAN PENENTANGAN TERHADAP PEMERINTAH SAH YANG DIPILIH OLEH RAKYAT MELALUI PILIHANRAYA.

TETAPI YANG MEMBIMBANGKAN SAYA IALAH PENDEKATAN INILAH YANG DIGUNAKAN OLEH PAKATAN PEMBANGKANG DALAM USAHA MEREKA UNTUK MEMENANGI PILIHANRAYA.

MEREKA MENCIPTA PERISTIWA ATAU MENGAITKAN PERISTIWA SEDIA ADA UNTUK TUJUAN MENYUBURKAN PRASANGKA DAN KEBENCIAN TERHADAP UMNO/ BN WALAUPUN IA SAMA SEKALI TIDAK BERKAITAN.

SEBAGAI CONTOH, KEMATIAN TEOH BENG HOCK DAN A KUGAN.KENAIKAN HARGA BARANG JUGA DIJADIKAN SEBAGAI SEBAB SEDANGKAN HAKIKATNYA KENAIKAN INI BANYAK BERPUNCA DARIPADA KEGHAIRAHAN PENIAGA.

AKHIR AKHIR INI MEREKA MASUK KE RANCANGAN FELDA. DI FELDA SUNGAI TENGI DAN FELDA SUNGAI BUAYA, DAP BUAT PERTAMA KALI DAPAT MASUK DENGAN BANTUAN EXCO PAS PUSAT, MAZLAN ALIMAN.

MEMANG TIDAK DAPAT DINAFIKAN ADA KELEMAHAN DI MANA MANA AKIBAT PENGURUSAN SESUATU TANAH RANCANGAN YANG KURANG BERKESAN. KELEMAHAN INILAH YANG DIJADIKAN ALAT UNTUK DIKAITKAN DENGAN ' KEZALIMAN ' KERAJAAN UMNO/BN.

SEWAKTU DI FELDA SUNGAI TENGI, SAYA MENDENGAR CERAMAH LIM KIT SIANG YANG TIADA LAIN YANG DITEKANKAN SELAIN ' MARI KITA BUNUH UMNO KERANA UMNO BANYAK BUAYA '.

ITULAH SEBENARNYA MATLAMAT DAN HAJATNYA. ITULAH MATLAMATNYA.

SEBAB ITU SAYA BERPANDANGAN, TIGA RANCANGAN FELDA DI DUN TENANG AKAN MENJADI FOKUS MEREKA. FELDA TENANG, FELDA CHEMPELAK DAN FELDA CHEMPELAK BARAT.

SAYA MELIHAT BAHAWA MASANYA TELAH SAMPAI UNTUK SELURUH PENYOKONG DAN PECINTA KEAMANAN UNTUK BANGKIT MENYATAKAN PENDIRIAN.

INI BUKAN LAGI PERSOALAN MENANG KALAH PILIHANRAYA TETAPI LEBIH DARIPADA ITU, INI ADALAH MASA YANG PALING SESUAI DAN TEPAT UNTUK KITA MENOLAK PIHAK YANG MENJADIKAN KOMUNISME SEBAGAI ASAS PERJUANGAN MEREKA.

KITA BUKAN LAGI MENGUNDI UNTUK MENOLAK PAS YANG MUNGKIN MENJADI CALON, TETAPI KITA MENGUNDI UNTUK MENGINSAFKAN MEREKA DIJADIKAN KUDA OLEH PENDUKUNG KOMUNISME.

MENGUNDILAH DENGAN AZAM DAN NIAT UNTUK MENJAGA AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR TERCINTA.





MARTABAT KAKITANGAN AWAM TERANGKAT

" TIDAK TERGUGAT " - HJ OMAR OSMAN


KEPIMPINAN BERWIBAWA MENGEKALKAN JAWATAN

Omar Osman sekali lagi memenangi jawatan Presiden CUEPACS dalam persaingan berat sebelah semalam. Kemenangan ini memberi makna cukup besar kerana komitmen terus terang Omar untuk jatuh bangun bersama kerajaan.

" Kita akan terus setia menyokong kepimpinan DS Najib dan bersedia untuk jatuh bangun bersamanya ",kata Omar semalam.

" Apa saja di bawah pemerintahan Perdana Menteri, jatuh atau bangun, kita akan tetap bersama beliau bagi memastikan negara ini menjadi maju pada tahun 2020 dan berpendapatan tinggi ".

Ucapan Omar yang berupa ikrar kesetiaan kepada Kerajaan DS Najib mendapat sokongan dan tepukan gemuruh para perwakilan yang dianggarkan melebihi 2000 orang.

Mengapa perkara ini menjadi bahan penulisan saya ?

Apa yang berlaku sebenarnya secara automatik menolak janji Pakatan Pembangkang yang sengaja diedar dan dihebahkan sebelum persidangan CUEPACS bagi tujuan melihat maklumbalas.

Jelas, Omar dan rakan rakannya tidak terperangkap dalam jaring janji Pakatan sebaliknya tambah berani menyatakan pendirian.

Kepada saya ia adalah petanda betapa kakitangan awam walaupun sebahagian daripada permintaan mereka tidak dipenuhi tetap memahami situasi ekonomi semasa dan sanggup menerima sekadar kemampuan kerajaan

TAHNIAH OMAR, SYABAS KAKITANGAN KERAJAAN


Wednesday, December 22, 2010

WARGA PENDIDIK RASA TERHINA

" CUBAAN PAKATAN MERASUAH GURU MEMAKAN DIRI "


PAKATAN PEMBANGKANG CUBA MERASUAH GURU

Saya menerima panggilan dari seorang rakan sekampung yang agak
tidak berjumpa semalam. Rakan saya ialah seorang guru yang telah berkhidmat hampir 30 tahun dengan pelbagai pengalaman di pelbagai tempat.

Beliau bermula sebagai seorang guru Sek Rendah yang menyambung pelajaran semasa berkhidmat dan sekarang bertugas di sebuah Sekolah Menengah di Selangor.

Dia menghubungi saya hanya untuk melahirkan RASA TERSINGGUNG DAN TERHINA DENGAN SALAH SATU JANJI PAKATAN PEMBANGKANG BARU BARU INI. MENURUT BELIAU JANJI UNTUK MENAIKKAN GAJI GURU SEBANYAK 500 RINGGIT SEBAIK SAHAJA MEMERINTAH MENGGAMBARKAN BETAPA RENDAHNYA ' NILAI DAN MARUAH' WARGA PENDIDIK DI MATA PEMBANGKANG.

HASIL PERBUALAN SAYA DENGAN BELIAU MENDATANGKAN BEBERAPA DAPATAN YANG INGIN SAYA KONGSIKAN

1. Bukan semua guru mendidik semata mata kerana gaji atau pendapatan. Guru kebanyakannya berkhidmat kerana kasih kepada anak bangsa.

2. Walaupun tidak kaya, kebanyakan guru hidup selesa dan bersyukur dengan tahap kehidupan sekarang

3. Guru berkhidmat dengan ' hati dan roh '. Pembangunan manusia tidak akan berlaku jika guru tidak ikhlas

4. Guru bersyukur dengan kemudahan untuk menyambung pelajaran bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan

5. Guru bukan golongan yang boleh ' DIGULA GULAKAN ' dengan janji material kerana sampai ke satu peringkat umur, guru lebih fokus kepada mencari keredhaan ALLAH.

Pandangan rakan saya bahawa Pakatan ' memilih guru untuk digoda atas beberapa sebab :-

1. Guru merupakan kakitangan kerajaan yang paling ramai

2. Guru dari sudut sejarahnya memang merupakan golongan yang rela bekorban dan berjuang

3. Guru amat rapat dengan masyarakat dan umumnya mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi

Bagaimanapun rakan saya menegaskan, berdasarkan pengalaman beliau sendiri beliau yakin warga guru tidak akan terperangkap dengan janji ini. Menurut beliau ada perkara yang tidak disedari oleh ramai orang iaitu kebanyakan anak guru berjaya dalam hidup.

Kebanyakan anak guru berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading, sebahagiannya kerana ' keikhlasan guru ' mendidik.

Akhirnya rakan ini menegaskan bahawa nampaknya ada kecenderungan baru pihak tertentu untuk memaksa sokongan
orang ramai tetapi dalam masa yang sama menghina dan merendahkan maruah rakyat.

Perbualan ini mengingatkan saya kepada ramai guru saya, memang benar ada di antara mereka mendidik, mengajar dengan sepenuh jiwa raga mereka.

Nampaknya silap besar Pakatan Pembangkang. Umpan yang mereka lontarkan menjadi racun kepada mereka sendiri.

JANJI SERATUS HARI BUKAN PERISTIWA BIASA

" INSYAALLAH ANAK CUCU AKAN MENZIARAHI KUBURAN KITA DENGAN RASA SYUKUR DAN BANGGA "



IA ADALAH PERMULAAN SATU PERJUANGAN YANG AGUNG

Selepas Konvensyen Pakatan 2 di Pulau Pinang baru baru ini, Pakatan Pembangkang telah melahirkan satu dokumen yang merupakan ' janji mereka jika berjaya memerintah negara '.

Saya amat yakin bahawa apa yang berlaku adalah sesuatu yang amat hebat, sama prinsipnya apabila Peristiwa Tsunami melanda Acheh pada tahun 2004.

Apabila sebuah masjid kekal utuh di tengah tengah keruntuhan segalanya, maka ada ulamak yang mengaitkannya dengan peringatan ALLAH bahawa setelah manusia kehilangan segalanya, percayalah ada ISLAM sebagai penyelamat.

Saya fikir bahawa di tengah tengah kerisauan umat Melayu Islam tentang serangan pelbagai sudut yang cuba menghancurkan satu satunya negara Islam moden di dunia ini, sekali lagi ALLAH turunkan petanda bahawa kita kena kembali kepadaNya untuk menyelamatkan diri.

Mari kita merujuk kepada Al Quran Surah Al Baqarah 204-205,

" Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikan kepada ALLAH ( atas kebenaran ) isi hatinya, padahal ia adalah penentang
( Islam ) paling kuat. Dan apabila ia berpaling ( daripada kamu ),ia berjalan di muka bumi untuk merosakkannya, ia merosakkan tanaman dan binatang ternakan, dan ALLAH tidak menyukai kebinasaan. ( Ibarat orang yang berusaha menggoncang iman orang mukmin dan selalu mengadakan kekacauan dan huru hara)

Mari kita perhatikan pula peringatan ALLAH melalui Surah Al An'am - 112

" Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap tiap Nabi itu musuh, iaitu dari kalangan syaitan syaitan ( dari jenis manusia dan jin ),
sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain akan perkataan ( janji janji ) yang indah indah untuk menipu umat Islam. Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak berjaya mempengaruhi. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka janjikan adalah palsu belaka.

Saya yakin apa yang berlaku sekarang bukan sekadar persoalan menang kalah pilihanraya, sebaliknya jauh lebih besar daripada itu ialah adanya percubaan untuk meruntuhkan satu sistem hidup masyarakat Malaysia yang amat unik dan istimewa.

Umum menyedari betapa tersusunnya apa yang berlaku, satu persatu seakan akan pergerakan buah catur yang dimainkan oleh pakar yang terbilang.

Percayalah. Walaupun kelihatan amat sukar, ini adalah anugerah ALLAH kepada kita untuk bangkit berjuang dan berjihad. Seperti Rasullullah dan para sahabat. Seperti datuk nenek kita yang berjuang menuntut kemerdekaan.

Ayuh mari kita bangun. Kita bangkit mempertahankan maruah dan martabat agama, bangsa dan tanahair tercinta. Ditakdirkan kita mati dalam perjuangan ini insyaallah, ALLAH akan letakkan kita di kalangan orang orang yang ALLAH kasihi.




Tuesday, December 21, 2010

BERKAT SOKONG TOK GURU

" MENDAPAT MAKLUMAT SALAH TAN SRI, MUNGKIN MENGUNDANG PADAH ".


SENANG NAIK PANGKAT

Inilah isu yang sedang hangat diperkatakan oleh kalangan warga pendidik di Perak. Saya pernah menulis sebelum ini betapa salah satu strategi Pakatan Pembangkang ialah menguasai Jabatan Jabatan Kerajaan yang penting.

Salah satu Jabatan yang amat rapat dengan rakyat ialah Jabatan Pelajaran. Jika sebelum ini ada ' persepsi ' yang meluas mengatakan bahawa JPN,PPD dikuasai pembangkang, kini persepsi ini semakin menular berikutan kenaikan pangkat warga guru baru baru ini.

Ada suara yang menimbulkan bahawa ' GURU YANG BERJAWATAN GURU KANAN DG 32 TIBA TIBA MELOMPAT KE JAWATAN GURU BESAR DG 34. SEDANGKAN RAMAI PENOLONG KANAN SENIOR MASIH KEKAL DI TEMPAT LAMA.

GURU INI PULA DIKETAHUI UMUM SEBAGAI PENGGERAK AKTIF PAKATAN KHASNYA SEWAKTU PILIHANRAYA.

MANAKALA GURU YANG MENYOKONG KUAT KERAJAAN TIDAK BERGERAK WALAUPUN TELAH BELASAN TAHUN MENJADI PENOLONG KANAN DI SEKOLAH ' A '.

Inilah perbualannya. Inilah persepsinya. Maka usahlah kita hairan jika ada ramai guru, RAMAI GURU menyokong pembangkang.
Menyokong pembangkang secara jelas memungkinkan peluang lebih baik untuk kenaikan pangkat.

Saya percaya perkara ini adalah barah. Orang tidak akan protes secara terbuka kerana risikonya banyak. Nampaknya lebih sukar menjadi penyokong kerajaan berbanding menyokong pembangkang.

Benarkah perkara ini berlaku ? Turunlah bertemu rakyat. Amalkan pendekatan DS Najib sewaktu menjadi Menteri Pendidikan. Dekati guru dan fahami penyokong kita.

Kita ada sedikit masa lagi, namun saya ingin mengingatkan bahawa ada cakap cakap di bawah bahawa KALAU NAK CEPAT NAIK PANGKAT, SOKONGLAH TOK GURU..BERKAT..



Monday, December 20, 2010

UMNO JAYAKAN KONVENSYEN PAKATAN 2

" SESEORANG MESTI DILANTIK UNTUK FOKUS KEPADA
JENTERA PILIHANRAYA "


GHAIRAH YANG MELEKAKAN

Saya pada awalnya seperti kebanyakan sahabat lain percaya Konvensyen Pakatan 2 telah gagal mencapai matlamatnya. Kepercayaan ini bersandar kepada fakta bahawa komponen Pakatan mempunyai dasar yang amat jauh berbeza di samping sejarah masalalu yang menggambarkan keretakan mereka.

Anggapan saya agak berubah hari ini apabila melihat reaksi pimpinan dan ahli UMNO, pimpinan NGO dan yang lainnya. Saya mendapati ada kecenderungan di pihak UMNO/BN untuk beranggapan bahawa rakyat akan terpengaruh dengan apa yang disiarkan oleh media arus perdana.

Saya pula mempunyai pandangan berbeza.

1. Ahli dan penyokong pembangkang akan mengabaikan apa jua yang dilaporkan oleh media arus perdana dan menganggap apa jua yang terpapar adalah palsu.

2. Ahli dan penyokong kerajaan pula akan menerima paparan media arus perdana secara bulat dan mengukuhkan kepercayaan mereka terhadap bahaya Pakatan

Kerisauan saya ialah :-

1. Jentera UMNO akan berhenti bekerja atau tidak akan mulakan kerja kerana yakin pengundi membuat keputusan berdasarkan media semata mata.

2. Pimpinan UMNO/BN merasakan telah cukup maklumat yang didedahkan oleh media dan mengambil keputusan untuk tidak merangka program komprehensif bagi menawan pengundi.

3. Pimpinan dan jentera Pakatan pula secara senyap mendaftarkan pengundi baru dan terus memindahkan pengundi lama dengan tujuan memenangi lebih banyak kerusi.

4. Muslimat PAS terus terusan menjalankan ziarah dari rumah ke rumah bagi menawan hati pengundi dan menjalin hubungan baik dengan mereka.

Cadangan :

Sebarang berita yang didedahkan oleh media adalah aksesori dan kemungkinan memberi sedikit kelebihan kepada UMNO/BN. Tetapi saya jangkakan keputusan PRU 13 banyak bergantung kepada

1. Pengundi yang mengundi kali pertama dan memilih parti yang mendaftarkan mereka jika parti ini berjaya menjalin hubungan berterusan sehinggalah PRU 13.

2. Pengundi yang paling kerap didatangi oleh jentera parti yang bertanding dan dilibatkan dalam program program kepartian.

Kesimpulannya ialah sekali lagi kita perlu menerima kenyataan bahawa jentera pilihanraya mesti bermula sekarang dan jangan berhenti sehingga PRU 13.

Jika kita tidak sanggup bersusah payah sekali ini saya jangka kita akan berdepan keputusan yang mungkin mengecewakan kita.