Followers

Monday, May 9, 2011

HEBATNYA PERSIDANGAN...

" ADA BANYAK RUANG UNTUK UMNO BERBAKTI "


HEBATKAH UMNO SEBENARNYA...

Sekarang ini Bahagian Bahagian UMNO seluruh Malaysia telah memulakan persidangan. Seperti biasa UMNO Bahagian akan cuba sedaya upaya untuk menurunkan pemimpin tertinggi Pusat untuk merasmikan persidangan.

Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi akan turun ke Bahagian yang bersidang, menyemarakkan semangat ahli UMNO.

Persoalannya, adakah ahli UMNO berada pada kedudukan yang cukup bersedia untuk menghadapi PRU 13 ?

Saya tidak fikir begitu keadaannya jika kita melihat secara mendalam program, aktiviti yang UMNO jalankan di peringkat akar umbi.

Pemerhatian saya di beberapa bahagian di Perak mendapati aktiviti UMNO hanyalah bermesyuarat. UMNO masih gagal menjadi fenomena seperti satu masa dahulu.

Pendaftaran pengundi baru termasuk dalam kalangan ahli UMNO sebenarnya berada pada tahap melepaskan batuk di tangga.

UMNO sebaliknya ghairah dengan isu. Mengharapkan agar pembangkang bermasalah dan mengharapkan agar dengan masalah itu rakyat menolak pembangkang.

Lebih bahaya daripada itu, saya dapati ada usaha UMNO memberikan kesan BURUK LEBIH BANYAK DARIPADA KESAN BAIKNYA.

Sebagai contoh YAYASAN BINA UPAYA. YAYASAN INI TELAH MELAKUKAN BANYAK PERKARA TERMASUK MEMBAIK PULIH RUMAH FAKIR MISKIN.

MALANGNYA TIADA PEMANTAUAN MENYEBABKAN 'KONTRAKTOR
TERPILIH' MENGUTAMAKAN KEUNTUNGAN MAKSIMA SEHINGGA
PUMULIHAN YANG DIHARAPKAN BERLAKU TIDAK BERLAKU.

Sebaliknya usaha ini menjadi bahan politik PAS dan PKR.

Oleh yang demikian saya ingin menyarankan agar apa sahaja yang UMNO lakukan mestilah dilakukan dengan serius dan penuh tanggungjawab.

Amat malang jika wang yang dibelanjakan untuk kebaikan rakyat akhirnya memberi kesan buruk kepada parti.


Saturday, May 7, 2011

ZENTRUM : ORANG BUTA YANG MENILAI GAJAH

SANGAT BAIK MENJADI PENASIHAT PAKATAN !

Semua kita tahu tentang kisah beberapa orang buta yang menilai bentuk gajah. Sehingga akhirnya masing masing mempunyai pandangan tersendiri tentang haiwan tersebut dan bercanggah
pendapat tentangnya.

Demiianlah Zentrum sebuah badan yang dikepalai oleh Dr Abu Hassan Hasbullah, seorang ahli akademik yang juga penyokong kuat Pakatan Pembangkang.

Sewaktu menilai suasana politik di Perak, Dr Abu Hassan Hasbullah telah
mengingatkan bahawa ' KEMARAHAN RAKYAT ' tidak lagi boleh
diharapkan membantu Pakatan di Perak. Kenyataan ini sebenarnya kenyataan KOMUNIS. Hanya komunis yang menggunakan kemarahan dan konflik untuk memperkuatkan cengkamannya.

Saya tidak bercadang untuk mengulas dari sudut ini. Saya cuma
ingin menyatakan bahawa politik Malaysia tidak hanya boleh dianalisis secara akademik. Politik Malaysia ialah politik cawangan dan bahagian, kampung dan bandar.

Ini kejayaan UMNO. UMNO wajib terus menjayakan kaedah 'menyerap ke dalam kampung dan bandar ' untuk kekal relevan sampai bila bila.

Atas asas ini saya tidak percaya 'video seks Anwar, kebangangan PAS dan komunisme DAP' akan beri kesan besar kepada keputusan PRU 13 di Perak.

Sebaliknya keberkesanan jentera UMNO, kerapatan UMNO dengan rakyat, budi bahasa UMNO dengan orang kampung, empati UMNO terhadap orang susah, jiwa besar UMNO melayan anak muda jauh lebih penting untuk pastikan UMNO kekal relevan.

Saya melihat satu saja cara untuk menang besar. Contohi Najib di Pusat, turuti Dr Zambri di negeri. Kita tak perlu melantik mana mana konsultan untuk bantu kita. TAK PERLU.

Biarkan Dr Hasbullah dengan teorinya. Dia mungkin pemikir tapi dia bukan gurkha atau pencacai parti. Biar dia berikan nasihat kepada Pakatan, kita terjun berpencak di lapangan.

Jika UMNO boleh turun dan letakkan parti di hadapan, yakinlah kita akan cipta kejayaan gemilang dalam PRU 13. Persoalannya ialah adakah UMNO bersedia ?

Rakyat tidak pernah marah kepada UMNO dan kerajaan. Rakyat terkilan dengan
sikap sebahagian kecil aktivis parti ini. Saya yakin UMNO sendiri menyedarinya dan tiada masalah untuk memperbaiki keadaan.


2 Comments

Anonymous Anonymous said...

saya amat setuju dengan pendapat anda. Bukan isu moral menjadi penentu kejayaan tetapi pendekatan orang2 umno dengan rakyat yang menjadi wadah untuk dinilai. Insya Allah keikhlasan pemimpin2 BN kini , akan membuahkan kejayaan besar dalam pru ke 13 nnt.

May 5, 2011 9:24 PM

Anonymous Anonymous said...

Anon,


Sehubungan itu, eloklah diminimakan program penerangan berkaitan liwat dan seks Anwar. Orang kampung malas nak dengar.

Banyakkan program kebajikan. Temui orang tua, gauli anak muda.

Sedaya upaya penuhi harapan rakyat...

Mengadakan program ceramah besar dan bombastik ni kerja pembangkang,jangan tiru mereka.

May 5, 2011 11:16 PM

Delete

Wednesday, May 4, 2011

ABANG TUNGGAK KOMUNIS DAP DAN IDHAM LIM SEGURU...

" PENDEKATAN KELUARGA LIM !! "


GUNA RASUAH AGAMA HADAPI PRU 13...

Mulai semalam heboh 1 Malaysia kerana pengumuman Kerajaan Pulau Pinang untuk menaikkan elaun Pegawai Masjid di seluruh Pulau Pinang.

Media Pakatan mengambil peluang untuk membesar besarkan berita ini dengan ' menjulang ' Lim Guan Eng ke puncak sambil membenam UMNO/BN ke dasar yang paling hina.

Satu ketika PAS Parit Buntar telah heboh apabila Idham Lim ,
ADUN Titi Serong telah ' menyumbang ' bangku simen yang terca
tat namanya kepada semua surau dan masjid dalam DUN Titi Serong.

Nampaknya Idham Lim dan Lim Guan Eng sama sama menggunakan rasuah agama untuk menawan pengundi menjelang PRU 13. Saya
percaya pengikut PAS tidak akan menganggap ' anugerah' ini adalah rasuah sebaliknya ia adalah kerana kecintaan mereka terhadap Islam.

Bagaimanapun tentunya kita ingin mengingatkan bahawa Lim Guan Eng dapat naikkan elaun dan Idham Lim boleh sumbangkan kerusi
kerana KERAJAAN UMNO /BN TELAH BANGUNKAN BEGITU BANYAK MASJID DAN SURAU.

Mana mungkin pegawai masjid di Pulau Pinang dapat SEDIKIT KENAIKAN JIKA TIADA MASJID DAN SURAU? JIKA MENYUMBANG BANGKU KE MASJID DIANGGAP SEBAGAI KECINTAAN KEPADA ISLAM , TENTU
UMNO/BN JAUH LEBIH MENCINTAI AGAMA INI KERANA TELAH MENDIRIKAN MASJID DAN SURAU.

KITA INGIN BERTANYA KEPADA RAKYAT PULAU PINANG, SETELAH LEBIH 3 TAHUN MENTADBIR, BERAPAKAH MASJID TELAH LIMGUAN ENG BANGUNKAN ?


Tuesday, May 3, 2011

DS NAJIB PERANGKAP AMERIKA !

SETELAH KETIADAAN OSAMA.

Sangat seronok Haji Nik Aziz apabila DS Najib mengatakan bahawa beliau berharap dunia akan lebih aman tanpa Osama Laden.

Nik Aziz seakan mendapat peluru untuk menembak DS Najib.Maka para blogger upahan Pakatan dengan segera pula membesarkan sindiran Nik Aziz terhadap DS Najib.

Hakikatnya :-

1. Osama telah menyebabkan Amerika berpeluang menyerang banyak negara Islam dan memusnahkannya. Osama sentiasa memberitahu di mana dia berada, untuk menghalalkan Amerika menggugurkan bom dan membunuh orang awam

2. Tidak ada sebuah negara Islam pun mampu menyekat Amerika daripada terus mengganas dan membunuh hanya kerana mereka tidak tahu ' benar atau tidak Osama wujud "

3. Jika Osamalah paksi keganasan yang Amerika katakan, maka paksi itu telah tiada. Islam telah bebas dari sebarang unsur keganasan.

Inilah beza DS Najib dan Nik Aziz. Seorang mahu dilihat lebih Islam manakala seorang yang lain mahu selamatkan Islam.


Monday, May 2, 2011

PAS BUKAK PINTU, HINDRAF KENCING !

" MANGSA SERANGAN KOMUNIS "


SERANGAN TERHADAP INSTITUSI AGAMA BERTERUSAN.

Saya tidak terkejut apabila ada pembaca mengatakan Mufti bodoh, penyamun atau meletakkan sebarang label yang lain. Saya juga tidak terkejut jika pasti penuduh itu adalah pengikut atau pendukung Hindraf.

Dari sudut kerajaan saya dapati adalah sesuatu yang luarbiasa apabila pertubuhan haram seperti Hindraf dapat bergerak secara bebas. Mereka mengeluarkan pelbagai kenyataan yang sangat sensitif dan boleh mencetuskan huru hara dan menjejaskan keselamatan negara.

Saya dan barangkali ada orang lain juga berpandangan bahawa sebenarnya kerajaan hanya berani bertindak terhadap segolongan masyarakat dan amat takut kepada segolongan yang lain. Ini menyebabkan ada persepsi bahawa kerajaan mengamalkan penguatkuasaan terpilih.

Dari sudut yang lain, saya dapati kenyataan Hindraf menghina Mufti adalah sesuatu yang halal kerana ia dimulakan oleh PAS.
Serangan PAS terhadap Harussani sebenarnya sudah melepasi tahap yang sepatutnya.

PAS barangkali tidak sedar betapa sikap terhadap sebilangan ahli agama yang berbeza aliran dengan mereka telah membolehkan 'serangan terhadap institusi agama Islam' berlaku secara berleluasa.

Serangan terhadap Institusi Islam, Institusi Raja dan beberapa institusi lain yang rapat dengan orang Melayu sebenarnya adalah serangan khusus terhadap Perlembagaan Negara.

Mereka berjaya kerana sokongan PAS. Sekiranya serangan ini berterusan, maka bersedialah dengan kemungkinan kita akan menjadi generasi merubah Perlembagaan dan meletakkan Islam, Umat Melayu di bawah tapak kaki kafir harbi yang gigih berusaha.



SYARAT SAH UNTUK MENANG PEMILIHAN PAS


BENCI UMNO KE TAHAP MAKSIMUM !

Tidak lama lagi Muktamar PAS akan berlangsung. Antara kebanggaan PAS ialah mereka meneruskan pemilihan walaupun politik negara dalam mood menghadapi Pilihanraya Umum 13.

Saya menjangkakan akan ada kejutan pada Pemilihan kali ini.

1. Peratusan besar perwakilan adalah ahli baru PAS. Mereka menyertai PAS selepas era Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO. Sebahagian daripada mereka adalah bekas ahli UMNO yang keluar bersama Anwar.

2. PAS kawasan juga akan dikuasai oleh orang orang Anwar yang kebanyakannya mempunyai kedudukan ekonomi yang baik.

3. Penghakisan akan berlaku terhadap golongan agama yang dari mula menyertai PAS atas asas agama.

4. Golongan penyokong Anwar akan menguasai PAS kecuali Presiden sebagai ' tanda hormat'. Itupun ita akan menyaksikan Haji Hadi dikecam hebat dalam muktamar.

5. Islam akan gugur sebagai keutamaan PAS sebaliknya muktamar akan digegarkan dengan suara benci kepada UMNO dan kasih kepada DAP.

Akhirnya saya berandaian bahawa jika seseorang mahu menang dalam pertandingan semasa Muktamar ini, beliau mestilah menunjukkan kebencian meluap luap kepada UMNO.

Jika ia kelihatan ' sederhana' maka kita akan saksikan calon ini pasti tumbang. Sehubungan ini juga, saya dapat pastikan bahawa PRU 13 akan menyaksikan PAS mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarah !


Saturday, April 30, 2011

LEE KUAN YEW PENYOKONG UMNO TEGAR !


YAKIN ANWAR PELIWAT.

Satu ketika pada penghujung tahun 2010, dunia telah dikejutkan dengan pendedahan oleh Wilileaks yang berpangkalan di Australia.

Pelbagai perkara ' sangat sulit' telah didedahkan oleh Wikileaks yang melibatkan ramai tokoh dan banya peristiwa di dunia khasnya di Asia Tenggara.

Salah satu daripadanya ialah kenyataan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew bahawa " Anwar Ibrahim terlibat dalam skandal seks dan perisikan Singapura mempunyai maklumat teknikal berkaitan dengannya ".

Saya tidak fikir LKY mengeluarkan kenyataan ini dengan tujuan untuk membuktikan UMNO betul. Bahkan hakikatnya bukan UMNO yang menyebabkan Anwar didakwa.

Anwar didakwa setelah Saiful membuat laporan polis.

Kebimbangan saya ialah,

1. LKY mahu membuktikan betapa perisikan Singapura sangat cekap sehingga apa sahaja maklumat akan dapat mereka perolehi.

2. LKY cuba tunjukkan bahawa mereka memang mengekori Anwar dan mungkin orang lain juga untuk diperangkap dan Anwar telah masuk dalam perangkap itu.

3. Anwar mungkin sahaja menjadi ' mangsa peras ugut' anasir luar jika beliau gagal memenuhi keinginan mereka. Misalnya dalam konteks Singapura- memperbaharui perjanjian air dengan kadar yang luar biasa.

Berkaitan dengan itu juga tentu kita WAJIB bertanya bagaimana aksi seks Anwar Ibrahim dapat dirakam dengan kemudahan bertaraf dunia ? Mungkin kah ini juga perangkap Singapura?