Followers

Saturday, April 16, 2011

KOMUNIS TAMPAKKAN BELANG !! AWAS NAJIB !!

ALLAH BERIKAN PETUNJUK...

Mari kita bersyukur. Doa dan permohonan kita ALLAH makbulkan.
Pilihanraya Negeri Sarawak telah memberikan petanda jelas mengenai beberapa perkara :-

1. Telah jelas pengundi Cina kini tidak lagi bersama BN.Sepenuhnya tiada kecuali.

2. Pengundi Cina kini tidak lagi bercakap dan berusaha untuk penguasaan ekonomi tetapi mereka sedang cuba menguasai politik.

3. Sesuatu yang bodoh dan silap jika Kerajaan BN terus memberikan pelbagai peruntukan kepada masyarakat Tionghua
dan mereka menganggap kerajaan BN hilang keberanian.

4. PAS dan PKR telah berjaya menjadi kuda yang gagah kepada DAP dan dibiarkan mati setelah matlamat DAP tercapai.

5. Orang Melayu dan Bumiputera tetap percaya BN adalah wadah terbaik perjuangan mereka dan mereka tetap setia.

6. Ini masa terbaik untuk PRU 13 dengan syarat kajian semula agihan kerusi dibuat. Abaikan MCA dan Gerakan yang ternyata telah gagal.

7. Rakyat hargai kepimpinan DS Najib dan yakin kepada dasar dasar yang diperkenalkannya.

8. Orang Melayu sedang tunggu semua peruntukan yang dijanjikan kepada masyarakat Cina ditarik balik .

9. Orang Melayu dan Bumiputera akan lari daripada UMNO/BN jika kerajaan terus tunduk kepada masyarakat Cina.

10. DAP kekal sebagai parti chauvinis yang sangat bahaya dan perlu dikalahkan..


Thursday, April 14, 2011

SELAIN MENGHASUT, KOMUNIS JUGA MENGHINA RAKYAT SARAWAK !

" MARI KITA TIPU BN !!"


MOHON PENGUNDI JATUHKAN HUKUMAN...

Beberapa jam sahaja lagi, rakyat Sarawak akan melaksanakan tanggungjawab besar mereka. Pilihanraya Negeri kali ini diakui berbeza dengan pilihanraya sebelum ini.

PRN yang akan berlangsung esok menyaksikan Pakatan Pembangkang telah menggunakan segala daya tenaga mereka untuk merobek,menjejas, dan menggugat kestabilan Sarawak yang selama ini dipertahankan.

Penganalisis sependapat bahawa BN akan berdepan tugas berat
membetulkan dan menyusun semula masyarakat yang sedikit sebanyak terguris dengan gerakerja Pakatan selama beberapa hari ini.

Pakatan tidak akan menang banyak kerusi. Kawasan Sarawak yang luas menyebabkan jentera Pakatan hanya bertumpu di bandar berbanding BN yang sememangnya sentiasa hampir dengan rakyat.

Namun benih dendam dan benci yang ditabur tidak dapat tidak meninggalkan bekas di hati sebahagian kecil rakyat yang terpedaya.

Selain daripada menghasut rakyat, Pakatan juga tanpa malu menghina pengundi Sarawak. Kempen Lim Kit Siang baru baru ini
menyinggung perasaan pengundi.

Lim Kit Siang diberitakan telah meminta pengundi untuk berlakon menyokong BN dengan tujuan mendapat pelbagai peruntukan tetapi mengundi DAP dalam PRN.

Lim Kit Siang berandaian bahawa pengundi Sarawak adalah golongan penipu dan pembohong. Kit Siang menganggap pengundi
Sarawak sebagai petualang yang bermuka muka.

Sebelum ini Haji Hadi menghina rakyat Sarawak sebagai tidak bertamadun manakala sekarang Kit Siang secara halus ingin mengajak rakyat Sarawak berbohong.

Kalau boleh saya menyeru, saya ingin mengajak pengundi Sarawak untuk sepenuhnya mengundi BN. Biar Pakatan belajar bahawa di Sarawak, kaedah komunis tidak akan diterima


SERANGAN KOMUNIS TERBANTUT !!

" KOMUNIS !!"


KEBENARAN TERJELMA...

Saya tetap dengan pendirian bahawa DAP adalah sebuah parti yang mendukung semangat dan pendekatan komunis. Tidak kira apa pun yang mereka ucapkan, banyak mana ayat Al Quran yang mereka hafal dan baca, jiwa dan perasaan mereka tak mungkin berubah.

Malangnya kerana tamakkan kuasa PAS dan PKR turut berkongsi dengan DAP. Natijahnya PAS dan PKR menjadi tidak lebih daripada anjing yang tugasnya menjaga tuan dan menyalak.

Saya teringat kepada ucapan Tan Seri Ghazali Shafie di Parlimen yang menyatakan bahawa salah satu kaedah komunis ialah bertindak atas konflik dan kesedihan serta kekecewaan seseorang atau mana mana kumpulan.

Contoh yang sangat jelas ialah apabila DAP memanipulasi secara melampau kematian Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik
Exco Selangor semasa sedang dalam siasatan SPRM.

Siasatan pihak berkuasa ditolak mentah mentah dengan alasan
berat sebelah. Mereka mendesak ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang akhirnya mereka tolak juga.

Matlamat DAP sama seperti matlamat komunis. Maksimakan prasangka dan kebencian terhadap kerajaan. Mereka berusaha dan mereka semakin gagal.

Terkini Inkues yang ditubuhkan menemui dapatan baru yang sangat mengejutkan. DAP RASUAH SAKSI UNTUK BERBOHONG. HARI INI MUHD SHAFIE ABDULLAH TELAH BERJAYA MEMBONGKAR KONSPIRASI JIJIK DAP. MENGGUNAKAN MAYAT UNTUK MENDAPATKAN KUASA.

KELUARGA BENG HOCK SEPATUTNYA MENDENGAR KETERANGAN T SIVANESAN SEMALAM. MAYAT BENG HOCK DIBEDAH SIASAT SEBANYAK 2 KALI.MAYATNYA DIDERA DAN DIHINA.

DAP GUNAKAN T SIVANESAN, BENG HOCK DAN KELUARGANYA UNTUK JATUHKAN INSTITUSI KERAJAAN. HARI INI MEREKA TELAH MENERIMA HUKUMAN KECUALI MEREKA ORANG YANG TIADA MARUAH..



.


Tuesday, April 12, 2011

NASIB BAIK DS NAJIB...

" PANAS BARAN DAN PEMARAH "


TAK LAYAN CABARAN ANWAR..

Satu ketika saya pernah berfikir alangkah baiknya jika DS Najib menyahut seruan dan cabaran Anwar Ibrahim untuk berdebat.

Saya menyangka ia adalah platform terbaik untuk DS Najib menge
mukakan hujah dan penyokong Anwar tiada pilihan selain terpaksa mendengar, secara langsung.

Saya agak kecewa bilamana DS Najib memilih untuk menolak.
' Tidak perlu ', kata DS Najib.

Rupa rupanya DS Najib lebih mengenali Anwar. Beliau bukan seorang pendebat. Beliau hanya pemidato. Anwar sebenarnya
sama seperti Nik Aziz.

Anwar rupanya selesa menyerang tetapi akan bertugar ganas apabila gagal berhujah. Seperti Nik Aziz, Anwar terbukti seorang
yang panas baran.

Soalan mudah berkaitan JAM OMEGA yang ditimbulkan oleh Nik
Suryani Megat Deraman telah menjelaskan Anwar yang sebenarnya.

Bayangkan jika Anwar dibidas, disanggah oleh DS Najib di hadapan penyokongnya. Saya pasti Anwar tidak akan dapat mengatasi ketenangan DS Najib.

Tidak mungkin Anwar akan bertahan. Sebaliknya Anwar pasti akan mengaitkan segala macam perkara yang tidak berkaitan.

Syabas DS Najib. Sekarang saya dan rakyat pasti sudah mendapat
jawapan mengapa DS Najib menolak debat bersama Anwar.



PERTINGKAT KUALITI AHLI

SETELAH PARTI TERNYATA KUKUH.

Saya berpeluang menghadiri banyak mesyuarat UMNO Cawangan yang sebahagiannya telah selesai dan ada beberapa lagi yang akan berlangsung sepanjang hujung minggu ini.

Secara mudah saya dapati ada kecenderungan yang kuat untuk ahli parti meli
hat persediaan parti menghadapi PRU 13 yang mungkin berlaku pada bila bila masa.

Di Perak, ahli UMNO memang ghairah untuk menebus kesilapan pada PRU 12.
Ramai yang menyatakan azam dan komitmen untuk membetulkan keadaan.
Sangat besar kesan keputusan PRU 12 kepada ahli UMNO yang ketika itu agak
berlapang dada dan percaya ' PASTI' UMNO akan menang besar.

Kesimpulannya saya beranggapan UMNO berada pada tahap siap siaga dan
wisel boleh ditiup pada bila bila masa sahaja.

Namun begitu, saya percaya kualiti ahli dari sudut kepimpinan boleh dipertingkatkan. Keupayaan public speaking misalnya boleh ditambah melalui
latihan dan kursus yang sesuai.

Begitu juga dengan aspek pengurusan organisasi. Alangkah baiknya, setelah ahli mempunyai kesedaran dan komitmen tinggi, ahli dihadiahkan dengan
kemahiran tambahan agar parti UMNO kekal bahkan bertambah tinggi kualitinya.


Monday, April 11, 2011

NIK AZIZ CETUSKAN PANIK DI SARAWAK !

JENTERA PAKATAN KELAM KABUT.

Sejak beberapa PRK , Nik Aziz telah mencetuskan pelbagai isu yang jelas merugikan PAS dan Pakatan Pembangkang. Ada sahaja kenyataan Nik Aziz yang menyebabkan pengundi berasa kecewa dan marah.

Di Kerdau Nik Aziz mengatakan bahawa pengundi masih berada di zaman Jahiliah kecuali yang mengundi PAS. Ini menyebabkan Haji Hadi terpaksa
turun semula membetulkan kenyataan itu.

Inilah juga kebimbangan Jentera Pakatan di Sarawak apabila Nik Aziz membuat keputusan untuk hadir ke Sarawak. Kepelbagaian etnik dan kerencaman budaya di Sarawak membimbangkan mereka jika Nik Aziz bakal
tersilap cakap.

Bagaimanapun adalah difahamkan bahawa pergerakan Nik Aziz di Sarawak agak terbatas atas faktor keuzuran dan jarak antara satu tempat dengan tempat yang lain agak jauh.

Saya difahamkan Nik Aziz hanya menemui petugas PAS manakala ceramah umum hanya sekali dirangka untuk Nik Aziz. Saya juga diberitahu bahawa PAS telah mengaturkan program Nik Aziz di Semenanjung bagi meminimakan penglibatannya di Sarawak.

Cuma saya difahamkan juga bahawa sehingga kini, PAS dilihat tidak lebih daripada tukang sorak DAP di Bumi Kenyalang..


Saturday, April 9, 2011

NURUL IZZAH DAH MANGLI !

MEMBESAR DALAM DERITA.

Jika dibuat pertandingan , barangkali Nurul Izzah boleh dinobatkan sebagai salah seorang tokoh politik muda paling terkenal di negara kita. ' Terkenal' tidak semestinya baik dan betul.

Ramai yang mengatakan Nurul Izzah seorang yang tabah. Anak
kepada Anwar Ibrahim dan Wan Azizah ini dikatakan cukup wibawa dan berkebolehan.

Saya berpandangan Nurul Izzah adalah anak yang membesar dalam derita. Beliau bukan tabah ataupun sabar sebaliknya Nurul Izzah telah mangli dengan segala derita yang ditempuhinya.

Sewaktu membesar dan remaja Nurul Izzah telah menghadapi cabaran yang jarang dialami orang lain. Dari puncak singgahsana,
karenah dan sikap luar biasa ayahnya telah merentap mereka
turun secara mendadak.

Kemudian ayahnya memaksa mereka mengharungi bara api yang diciptanya sendiri. Selain mengalami derita , Nurul Izzah melihat
luka yang dalam di hati ibu dan adik adiknya.

kita akhirnya dapat melihat, Nurul Izzah sudah tidak lagi berasa
apa apa dengan setiap perkembangan terkini ayahnya.

Saya sempat melihat sidang media Wan Azizah sebagai menjawab
berkaitan skandal seks terbaru Anwar Ibrahim. Nurul Izzah kelihatan ceria menjawab soalan wartawan.

Saya yakin dan percaya, jika Nurul Izzah tidak dibantu, beliau akan terus berkembang dan tidak mustahil bertukar menjadi
keras dan kejam...