Followers

Thursday, October 21, 2010

POKOK TIDAK TUMBANG KERANA RANTING REPUT



ASAL AKAR DIBAJA DISIRAM

Semalam Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri menyampaikan uacapan dasar Presiden dalam Persidangan Agung UMNO. Beliau menegaskan bahawa kedudukan dan hak orang Melayu dilindungi sepenuhnya dan ' terkunci kemas' dalam Perlembagaan.

" Tidak ada apapun yang dapat mengubah walaupun setitik apa jua perkara yang selama ini termaktub dalam perlembagaan ", katanya lagi.

Kedua dua kenyataan ini dengan sendirinya menjawab segala persoalan yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak sebelum ini. Inilah perkara AKAR yang tidak boleh diganggu gugat.

Najib telah menampilkan ' real selfnya'. Orang yang berfikir bahawa Najib terdesak dan tidak ' cukup Melayunya' selama ini pasti mendapat pengesahan.

Oleh yang demikian, usahlah kita berbahas tentang perkara RANTING. Barangkali tidak perlu berhujah tentang Melayukah Mamak. Melayukah Malabari, Melayukah Mualaf. Sehebat mana pun kita berhujah ia tetap ' meranting' sifatnya.

POKOKnya dalam perlembagaan Melayu ialah seseorang yang beragama Islam, mengamalkan cara hidup Melayu dan berbahasa Melayu. Usahlah membuang masa membahaskan tafsiran , kerana kita tahu apa itu MELAYU.

Yang patut bahkan wajib kita bahaskan ialah, ke mana dan bagaimana Melayu selepas ini.

Kalaupun ada yang ingin mencari salah untuk ditegur, tegurlah Ketua Pemuda kerana gagal memberi makna kepada persidangan selain mengharapkan ' kepercayaan yang lebih tinggi '.

Tegurlah Wanita Umno kerana dalam keadaan sekarang mengugut untuk berpencak di puncak parti.

Usah mencari salah Najib kerana ' ranting'. Ranting yang reput tak akan merobohkan pokok. Tetapi akar yang diracun akan membunuh pokok yang rendang

No comments: