Followers

Tuesday, October 19, 2010

SELEPAS BAJET 2011


MAHFUZ HANYA DAPAT " SELUAR DALAM "

Semalam ( Isnin ) Anwar Ibrahim berbahas di Parlimen. Membahaskan bajet 2011. Sebelum itu selepas Perdana Menteri membentangkan Bajet 2011 , pemimpin pembangkang secara konsesus heboh mengatakan bajet ini adalah bajet PRU 13.

Nampak sangat jelas betapa ghairah dan bernafsunya pemimpin pembangkang dengan pilihanraya. Betapa ghairahnya mereka untuk berkuasa sehingga apa sahaja yang berlaku dianggap sebagai petanda pilihanraya. Atau mungkin juga mereka takut kerana terlalu banyak masalah yang belum mampu mereka tangani.

Inilah malangnya rakyat Malaysia. Kita tidak mendapat pembangkang yang jujur dan berkesan. Kita mendapat pembangkang yang hanya pandai membangkang.

Dalam pada mereka mengatakan bajet ini ialah rasuah pilihanraya, mereka dalam masa yang sama Anwar semalam menjanjikan bonus jika mereka dapat memerintah. Tidakkah ini rasuah ?

Mahfuz Omar pula mengatakan bajet ini adalah bajet seluar dalam. Terlalu banyak yang dibentangkan oleh PM, dan ianya pasti boleh dibahaskan. Tetapi ' seluar dalam' sahaja fokus Mahfuz Omar.

Inilah cara berfikir Mahfuz yang merupakan Naib Presiden PAS. Inilah mentaliti pemimpin Parti Islam.

Cuepacs masih mendesak bonus dua bulan gaji kepada kakitangan kerajaan sehingga PM terpaksa memberikan penjelasan secara terbuka. Tidak mustahil ketiadaan bonus ini akan mengakibatkan kerajaan hilang sokongan.

Inilah realitinya. Di atas segala galanya kita dapat melihat kerajaan yang ditunjangi UMNO wajib berubah. Menjadi lebih berani. Menjadi lebih nekad.
Contohi Singapura. Kadangkala kelihatan zalim tetapi kezaliman itu membolehkan PAP terus bertahan tanpa cabaran.

Atau kerajaan memilih untuk lebih toleran dan menanti masa untuk tumbang.Persoalannya, selepas itu apa akan berlaku?

No comments: