Followers

Sunday, November 21, 2010

ROSMAH MANGSA DENGKI KHIANAT

" KEKUATAN SUAMI SEBAHAGIANNYA KERANA ISTERI YANG MEMAHAMI"


KERANA BERPERANAN DENGAN BERKESAN

Tidak dinafikan betapa Rosmah Mansor, isteri kepada DS Najib Tun Razak adalah di antara bahan kritikan dan politik murahan pembangkang terutama PAS dan PKR.

Setiap pergerakan dan ucapan dianalisis untuk dicari kesilapan dan kekurangan. Kalau tiada kesilapan dibuat maka kesilapan akan diada adakan bagi memuaskan nafsu dengki dan dendam mereka.

Rosmah pada satu ketika pernah menyeru kepada anak anak supaya menjaga sendiri ibu bapa yang tua dan uzur. Elakkan daripada menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan.

Rosmah sangat kerap menyeru ibu bapa agar memberi perhatian khusus kepada anak anak yang sedang membesar agar potensi dan kebolehan anak anak dapat digilap semaksima mungkin.

Hari ini pula Rosmah menyarankan agar semua golongan termasuk yang masih bujang agar mempelajari dan menguasai pendidikan keibubapaan. Ini menurutnya kan memudahkan pasangan yang akan berumah tangga.

Semua contoh di atas tidak pernah mendapat ulasan PAS atau PKR. Mereka suka mencari keburukan dengan niat supaya reputasi Najib selaku PM turut terjejas.

Hari ini Harakahdaily memetik kenyataan Drs Khalil Idham Lim yang mengatakan bahawa Rosmah adalah pengacau kepada kerajan.

Drs Khalil adalah saudara baru. PAS gagal mentarbiahnya tentang sejarah Rasullullah. PAS hanya mentarbiah YB ini cara mencari kelemahan, mengkritik dan memburuk burukkan orang lain.

Jika YB Khalil terdidik tentu beliau maklum bahawa penyokong Rasullullah yang paling kuat adalah isteri isterinya. Sewaktu Nabi keliru, gementar dan cemas apabila menerima wahyu pertama, Siti Khadijahlah tempat Rasullullah bergantung.

Persoalannya :

1. ADAKAH SITI KHADIJAH BOLEH DIANGGAP PENGACAU APABILA MERUJUKKAN PERKARA INI KEPADA WARAQAH BIN NAUFAL UNTUK MENDAPATKAN PANDANGAN ?

2. ADAKAH SITI AISYAH JUGA PENGACAU APABILA MERIWAYATKAN HADIS, MENASIHATI SAHABAT DALAM BANYAK PERKARA ?

Atau Khalil sama seperti pemimpin PAS lain yang ingin menutup ruang kosong yang ditinggalkan oleh isteri masing masing ?

Haji Nik Aziz Nik Mat- Sekarang ini isterinya agak tua dan uzur. Tak upaya lagi bersama Nik Aziz melaksanakan tugas rasmi.Sewaktu Nik Aziz mula menjadi MB, isterinya bergelut menjaga 11 orang anak yang ketika itu meningkat remaja. Dia memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa


Haji Hadi Awang- Beliau mempunyai lebih daripada seorang isteri. Demi menjaga hati isteri isterinya dan barangkali ingin dilihat adil, maka Haji Hadi lebih selesa meninggalkan ke dua duanya sekali.

Anwar Ibrahim- Isteri beliau adalah Presiden parti yang tidak berkuasa. Sangat jarang mengeluarkan kenyataan melainkan dengan arahan dan perintah Anwar. Dikatakan agak sukar untuk menghadirkan Wan Azizah dan Azmin Ali dalam majlis yang sama.Wan Azizah selalunya gagal mengawal air muka pada masa masa begini.

Najib dan Rosmah sejak awal dikatakan belangkas. Jarang mereka tidak bersama. Rosmah berkesan sebagai isteri kerana Najib menghargainya.

Rosmah tidak sempurna. Sama seperti kita tetapi ia lebih bernasib baik berbanding isteri isteri tiga tokoh yang saya sebutkan tadi.Belajarlah menghargai.

5 comments:

Anonymous said...

jauh panggang dari api oooo. jgnlah merendahkan mertabat isteri2 nabi kerana mahu mempertahankan wanita pertama kamu itu.

bacalah sejarah, bacalah al quran sebelum mengeluarkan kenyataan menghina islam sebegini. isteri2 nabi menutup aurat, tidak menggalakkan maksiat dan mendidik anak2 mereka ke jalan Allah. isteri2 nabi menegakkan syiar islam dan syariah Allah.

apa persamaan yang dibawa oleh penaung IFF dan pelanggan botox yang tidak menutup aurat ini? apa sebabnya rosmah jd belangkas? kerana umum tahu dia merampas dan takut dirampas. jangan tutup sejarah.

Anonymous said...

mcm mana penulis boleh letakkan seorang yg secara terang penganjor islamic fashion yg terbukti gagal dlm menaikkan martabat islam dlm scoop fesyen... setaraf degn 1st lady bg ummah islam. layakkah? cukup dgn perbandingan tentang harta sudahlah... bagaimana rosmah yg hidup dlm kemewahan yg mnjadu hak rakyat, tapi adakah isteri rasulallah SAAW hidup mcm tu?

jgn tutup pintu hati kalau dah buta pandangan mata.

Anonymous said...

dalam sesetengah perkara rosmah memang memainkan peranan sebagai isteri pm umpama dr siti hasmah dulu dan tetapi sesetengahnya pula mendahului tugas menteri dan pm sendiri.ini perlu diperbetulkan kalau BN mahu kekal memerintah pada PRU 13 kerana pada masa yg sama DS Najib teleh beransur ansur dapat menaikan imej BN khususnya dimata rakyat dan jangan nanti usaha beliau jd sia2.

Anonymous said...

salam,

kalau orang smakan peranan isteri pm sama dgn peranan isteri2 Nabi nko orang marah2. tapi tok guru samakan perbuatan2nya dlm berpolitik dgn usaha2 Baginda Rsulullah SAW, tak ada siapa pun nak petikaikan? kononnya tok guru sama spt Rasulullah SAW nak meningkatkan syiar Islam tapi di halang. sedangkan Baginda Raulullah tidak pernah merasmikan kuil agama lain tapi tok guru buat mcm tu di tumpat!

aku katakan orang2 dikeliling rosmah dulu2 sebelum rosmah berjaya mendaptkan najib merupakan mrk yg mnegajar rosmah segala taktik & sanggup berbuat apa saja utk rosmah mendapatkan najib....
mrk sanggup membantu rosmah mendapatkan segala macam bomoh!!! mrk yg tua tp tidak berperanan mengajar sebaliknya...

Anonymous said...

salam..

bodoh la dia tue lau tak marah bila org samakn isteri najib dgn isteri2 nabi..da bodoh sngt ke apa yg tulis nie..

bagai lngit dan bumi la...

***isteri nabi membelnjakn hartnya utk jln islam..(bljr blik la sejarah)..bukn utk diri sendri..

xkn tak tau sejarh hidup Nabi kot...brpa harta Nabi ada...

lau najib tue orng bisa...rosmah nak ke kat najib tue, pk2 la..bnda simple pun xbleh nk pk..bodoh sngt ke apa..

keperibadian pun da jauh beza la bro.....hissshhh...bodoh la ko nie..

tolong bljr blik la pe pengorbanan isteri2 Nabi nie..malu kat orng la...lau ilmu islm tak bnyk tau..jgn nak memandai la..wat malu je...

lau asa pndai sngt..tolong hurai ciri2 pemimpin dlm islam...petnggungjwb dlm islam...pe peranan politik dlm islam...bila mana ada 2 parti, yg mna hrus diplih mngikut islam..pe hukum2nya..tolong hurai yg nie la bek sikit..wat kajian skit eyh...

da la tulis bnda2 bodoh cmnie.