Followers

Wednesday, December 22, 2010

WARGA PENDIDIK RASA TERHINA

" CUBAAN PAKATAN MERASUAH GURU MEMAKAN DIRI "


PAKATAN PEMBANGKANG CUBA MERASUAH GURU

Saya menerima panggilan dari seorang rakan sekampung yang agak
tidak berjumpa semalam. Rakan saya ialah seorang guru yang telah berkhidmat hampir 30 tahun dengan pelbagai pengalaman di pelbagai tempat.

Beliau bermula sebagai seorang guru Sek Rendah yang menyambung pelajaran semasa berkhidmat dan sekarang bertugas di sebuah Sekolah Menengah di Selangor.

Dia menghubungi saya hanya untuk melahirkan RASA TERSINGGUNG DAN TERHINA DENGAN SALAH SATU JANJI PAKATAN PEMBANGKANG BARU BARU INI. MENURUT BELIAU JANJI UNTUK MENAIKKAN GAJI GURU SEBANYAK 500 RINGGIT SEBAIK SAHAJA MEMERINTAH MENGGAMBARKAN BETAPA RENDAHNYA ' NILAI DAN MARUAH' WARGA PENDIDIK DI MATA PEMBANGKANG.

HASIL PERBUALAN SAYA DENGAN BELIAU MENDATANGKAN BEBERAPA DAPATAN YANG INGIN SAYA KONGSIKAN

1. Bukan semua guru mendidik semata mata kerana gaji atau pendapatan. Guru kebanyakannya berkhidmat kerana kasih kepada anak bangsa.

2. Walaupun tidak kaya, kebanyakan guru hidup selesa dan bersyukur dengan tahap kehidupan sekarang

3. Guru berkhidmat dengan ' hati dan roh '. Pembangunan manusia tidak akan berlaku jika guru tidak ikhlas

4. Guru bersyukur dengan kemudahan untuk menyambung pelajaran bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan

5. Guru bukan golongan yang boleh ' DIGULA GULAKAN ' dengan janji material kerana sampai ke satu peringkat umur, guru lebih fokus kepada mencari keredhaan ALLAH.

Pandangan rakan saya bahawa Pakatan ' memilih guru untuk digoda atas beberapa sebab :-

1. Guru merupakan kakitangan kerajaan yang paling ramai

2. Guru dari sudut sejarahnya memang merupakan golongan yang rela bekorban dan berjuang

3. Guru amat rapat dengan masyarakat dan umumnya mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi

Bagaimanapun rakan saya menegaskan, berdasarkan pengalaman beliau sendiri beliau yakin warga guru tidak akan terperangkap dengan janji ini. Menurut beliau ada perkara yang tidak disedari oleh ramai orang iaitu kebanyakan anak guru berjaya dalam hidup.

Kebanyakan anak guru berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading, sebahagiannya kerana ' keikhlasan guru ' mendidik.

Akhirnya rakan ini menegaskan bahawa nampaknya ada kecenderungan baru pihak tertentu untuk memaksa sokongan
orang ramai tetapi dalam masa yang sama menghina dan merendahkan maruah rakyat.

Perbualan ini mengingatkan saya kepada ramai guru saya, memang benar ada di antara mereka mendidik, mengajar dengan sepenuh jiwa raga mereka.

Nampaknya silap besar Pakatan Pembangkang. Umpan yang mereka lontarkan menjadi racun kepada mereka sendiri.

3 comments:

Anonymous said...

di negara maju golongan guru di anggap golongan professional dan di beri pengiktirifan yang tinggi sebagai contoh di Jepun gaji permulaan seorang guru lebihkurang RM$12,000 sebulan dan pengetua/guru besar rata rata RM $40,000/ sebulan lebih tinggi dari gaji ketua jabatan kerajaan lain.Itu satu contoh negara maju.Kita ambil pula negara kuang maju seperti Indonesia,gaji guru dan pensyarah lebih tinggi dari gaji pejabat lagi dan boleh di golongkan dalam kumpulan middle class dalam negara mereka walaupun kecil jika dibandingkan dgn matawang kita.Saya masih ingat seorang menteri membandingkan kadar tol di Jepun yg berharga antara RM $70-$100/km dgn kita tanpa memaklumkan jumlah purata gaji yg orang jepun terima.Kalau nak tahu lebih lanjut tanyalah ex-student di Jepun berapa gaji budak penghantar surat khabar yg bekerja antara jam 5 hingga 9 pagi seblum ke kuliah jawapannya RM $4,000/ hingga RM 6,500/SEBULAN.jadi kita tidak perlu rasa terhina apabila ada orang cuba berjuang untuk kita.

Anonymous said...

Setuju dengan rakan blogger.

Anon December 22, 2010 7:57 PM;
Fuiyooo..masyuk la keje cikgu kat oversea tu..bleh tak link laman web yang ada nyatakan gaji cikgu kat negara2 yang ko sebut tu?

"Indonesia,gaji guru dan pensyarah lebih tinggi dari gaji pejabat lagi dan boleh di golongkan dalam kumpulan middle class dalam negara mereka walaupun kecil jika dibandingkan dgn matawang kita"

So, brp kecil gaji diorg? setau aku, disebabkan gaji kecik, cikgu2 Indonesia berhenti jd cikgu & lebih sanggup jd buruh binaan di M'sia.

Aku cadang lebih baik link yg bleh sume org tgk lifestyle/beza harga brg/beza cukai/beza apa sj yg melibatkan $ jepun vs M'sia? lg jelas utk tatapan semua membuat penilaian ;)

-Pendidik yang terhina-

Anonymous said...

kepada pendidik terhina...saya sarankan tuan mengikuti progrem pertukaran pelajar ke negeri Jepun yang di adakan setiap tahun sebanyak dua kali di mana murid murid akan berkesempatan tinggal di sana selama dua minggu lebih.Tuan bolih mengikuti program ini sebagai guru pengiring dan alami sendiri suasana/kehidupan guru serta lain lain maklumat yang Tuan perlukan.Saya juga sarankan TUAN selalulah baca siaran dari Kementerian/PPD di tempat Tuan dan JADILAH SEORANG GURU YANG BERPENGETAHUAN/BERMAKLUMAT.