" DIKATAKAN PEMIMPIN MUDA YANG KARISMATIK "
MAMPUKAH KHAIRUL AZWAN MENYAHUT SERUAN ?
PERTAMANYA TAHNIAH KEPADA KHAIRUL AZWAN HARUN KERANA DILANTIK MENGEPALAI PERGERAKAN PEMUDA UMNO PERAK. TENTUNYA TIDAK BIJAK JIKA KITA BERUSAHA MENYELIDIK DAN MENGKAJI MENGAPA PERUBAHAN DIBUAT PADA KETIKA INI KERANA KITA SUDAH SEDIA MAKLUM BAHAWA INI ADALAH STRATEGI UNTUK MEMENANGI PRU 13.
PERAK ADALAH SALAH SEBUAH NEGERI YANG TUMBANG KESAN TSUNAMI PRU 12. KITA TELAH MERASA PANASNYA BERADA DI BAWAH PEMERINTAHAN DAP.
KITA TELAH TERLUKA MELIHAT ANAK KECIL DI TADIKA KEMAS TERPAKSA BELAJAR DI LAMAN DEWAN. KITA DUKACITA MELIHAT SURAU DAN MASJID DIKUNCI.
PENDEK KATA APA YANG DIRASAI OLEH ORANG MELAYU DI PULAU PINANG SEKARANG SEBAHAGIANNYA PERNAH KITA RASAI DAHULU.
INILAH CABARAN YANG MENANTI SAUDARA AZWAN. BARANGKALI AGAK WAJAR UNTUK DIBERI INGATAN BETAPA MEMENANGI PRU 13 DENGAN KEMENANGAN BESAR ADALAH TUGASAN HAKIKI SAUDARA AZWAN DAN RAKAN RAKAN PEMUDA.
CUMA JIKA SAYA BOLEH MEMBERI PANDANGAN, SALAH SATU SEBAB MENGAPA PENGUNDI MUDA TIDAK MENYUKAI UMNO IALAH KERANA PEMUDA UMNO DIKATAKAN MEMBINA ' KUBU ELITIS ' MELINGKUNGI MEREKA SEHINGGA MENJADIKAN MEREKA SUKAR DIDEKATI. ROBOHKANLAH KUBU ITU.
POLITIK ADALAH SENI UNDI YANG UNIK. KITA TIDAK MENANG KERANA KITA HEBAT. KITA BELUM TENTU MENANG KERANA KITA CUKUP BERWIBAWA. TAPI KITA PASTI MENANG JIKA KITA BERJAYA MENAWAN HATI PENGUNDI. CONTOHILAH PENGERUSI PERHUBUNGAN YANG SENTIASA MERENDAH DAN MERUNDUK DI HADAPAN RAKYAT.
SEWAKTU KHAIRY JAMALUDDIN TIDAK DILANTIK MENJADI MENTERI, SAYA PERCAYA DS NAJIB MENGHARAPKANNYA MEMBERI TUMPUAN KE ARAH MENDAFTAR DAN MENJAGA BERJUTA PENGUNDI MUDA. USAHLAH KITA MENGHUKUM BERJAYA ATAU GAGAL KHAIRY.
SAYA MENJADI BIMBANG APABILA MENDENGAR AZWAN JUGA ADALAH PENGURUS PASUKAN BOLASEPAK PERAK. INI BAHAYA BESAR SEBENARNYA KERANA AKAN SAMPAI MASA KETIKANYA SAUDARA AKAN MENJADI TERLALU SIBUK.
SEBAGAI CEO YAYASAN BINA UPAYA JUGA, SAYA PERCAYA AZWAN TELAH SEDAYA UPAYA MEMBERI MAKNA KEPADA MATLAMAT IA DITUBUHKAN. MEMENANGI PILIHANRAYA. SESEKALI SEMAKLAH SAMADA IA BERKESAN ATAUPUN TIDAK.
AKHIRNYA SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT BERTUGAS. SEMOGA PERLANTIKAN INI AKAN MENJULANG UMNO PERAK KE MERCU JAYA.
No comments:
Post a Comment