Followers

Friday, January 7, 2011

PAKATAN BERDEPAN KRISIS BESAR!!!

" INILAH HAKIKAT HUBUNGAN MEREKA "


SIDANG PARLIMEN TERAKHIR MEREKA BERPAKAT

Sidang Parlimen yang baru lalu, yang menyaksikan Anwar Ibrahim dan rakan rakannya digantung adalah sidang Parlimen terakhir Pakatan Pembangkang berpakat.

Pada sidang Parlimen akan datang yang dijangka bermula pada 7 Mac kita akan dapat menyaksikan pergeseran antara mereka yang akhirnya akan menamatkan 'perhubungan' mereka selama ini.

Kekosongan kerusi Ketua Pembangkang terpaksa diisi oleh pemangku dari kalangan pimpinan utama mereka. Telah kedengaran bisik bisik dalam parti DAP dan PAS bahawa PAS akan menolak jika Lim Kit Siang dilantik manakala DAP akan menolak jika Haji Hadi diketengahkan.

Mungkin umum tidak mengetahui betapa Hadi dan Kit Siang sebenarnya saling tidak ' menghormati ' antara satu sama lain. Bahkan hakikatnya mereka tidak pernah mencapai kata sepakat.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, kemelut yang akan melanda ini akan membawa kepada pembubaran Pakatan kerana mereka memang sentiasa berada dalam keadaan saling tidak percaya.

Dipercayai juga DAP didapati telah melakukan sabotaj kepada PAS di Galas dan sehingga kini masih tidak menunjukkan sebarang sikap ' membantu ' di Tenang.

Sikap Lim Guan Eng terhadap Wakil Rakyat PAS di Pulau Pinang juga dikatakan menjadi faktor menyemarakkan rasa tidak puas hati Hadi terhadap DAP. Dikatakan perkara ini pernah cuba ditimbulkan dalam perbincangan mereka tetapi tidak mendapat reaksi DAP.

Apapun kita tunggulah perkembangan lanjut. Saya percaya sesuatu yang terbina atas asas benci dan dengki pastinya akan runtuh jua satu masa.


1 comment:

Anselmo said...

Mana ada muka DAP kasi kat PAS beb, selangor jadi pak turut je, Penang, jadi melukut tepi gantang je, Kedah Ustaz Azizan tak beri peluang, DAP keluar gerombolan. Ni apa nak kata kat gerombolan ni, untung kat DAP je, PAS jadi anjing, untung je PAS sikit, DAP kuar gerombolan. Malanglah PAS, kalu lah Ibrahim Libya hidup memang diparangnya Nik Aziz dan Haji Hadi.