Followers

Thursday, January 6, 2011

ROCKY'S BRU NAK APA SEBENARNYA?

" YANG KITA PERTAHANKAN BUKAN RAIS TETAPI KEBENARAN "


TAK HABIS LAGI MENYERANG RAIS YATIM

Saya tidak mengenali Rais Yatim atau Rocky's Bru secara peribadi.Hakikatnya saya tidak mempunyai keperluan untuk mengenali mereka berdua.

Tetapi situasi semasa yang berlaku di antara dua tokoh berbeda wadah ini merimaskan saya yang sedang melihat momentum sokongan kepada UMNO khasnya sedang meningkat naik.

Rais telah difitnah merogol ( selagi tiada sesiapa mendakwanya di mahkamah). Rocky telah turut ' meminta ' Rais memberikan penjelasan.

Rais telahpun berbuat demikian. Rais telah menjawab cabaran Rocky. Sepatutnya segalanya telah selesai.

Rais bukan sekadar seorang pemimpin UMNO tetapi beliau juga seorang Menteri. Mengajak Rais ' berpolemik' seakan mengajak Najib ikut serta berpencak di gelanggang yang ' membazirkan masa'.

Rocky perlu mengelak daripada berfikir seperti pimpinan PAS. Mereka menyerang peribadi untuk meruntuhkan UMNO. Runtuh UMNO , runtuhlah kerajaan.

Ini kerja PAS yang diarahkan oleh DAP. Kerja orang berjiwa kecil yang setakat ini tidak pernah membuktikan apa apa.

Saya tidak pula berasa diri saya terlalu kecil untuk menegur sesiapa saja termasuk Perdana Menteri, para Menteri .Tetapi tentunya saya akan dianggap dangkal jika memanjangkan sesuatu yang saya sendiri tidak pasti ' benar palsunya '.

Yang benar sekarang ialah PAS,PKR sedang bekerja untuk DAP bagi menghidupkan semula komunisme. Yang benar ialah UMNO perlu dimenangkan demi agama, bangsa dan tanahair.

Mari kita tumpukan perjuangan kita bagi memenangkan kebenaran ini. Kita tentunya tidak akan berdiam diri jika kita dapati UMNO juga telah tergelincir dari landasan.

Sehingga itu berlaku, kita dapati DS Najib sedang berusaha sedaya upaya memakmurkan negara, mari kita cuba kalaupun tidak menyokong dan menolong, janganlah pula kita yang menjadi faktor penghalang usaha tersebut dibuat.





4 comments:

Anonymous said...

Rocky Bru agen Singapork.

Anonymous said...

Gua lagi la kenal rais atau rock bru ni tapi reputasi dia sikit2 ada la. Dengarnya Rocky Bru ada yg sponsor utk mencungkil keburukan Rais.Koreklah mcm2. Dengar berita gak, Rocky Bru, hangin dgn Rais sebab kedai goreng pisang ke tempe ke, Rais tak nak beli pisang goreng dgn tempe rocky bru ni. Tambah lg ada lah satu org lagi, orang besar beb,imune kata org putih pun sakit hati kat Rais, sebab rais nak teliti cadangan buat titian buluh depan rumah kawan aku. Dia pakat2lah dgn rock bru.

PO'YA Leader said...

daripada UMNO biarlah KOMUNIS sebab kita dah tahu KOMUNIS memang jahat,tapi UMNO iblis!

Anonymous said...

44 org je follow blog ni..sedih2..kalu aku nk follow dpt baper sen nih?...duit xde ni..