Followers

Tuesday, January 4, 2011

TULISAN SUBKY LATIF MENGINSAFKAN

MEMBUKTIKAN KITA KECIL DI SISI ALLAH

Saya membaca tulisan Subky Latif sejak masih di bangku sekolah rendah. Ketika itu beliau menulis di Akhbar Watan. Saya pada ketika itu suka membaca tulisannya.

Apabila mula bersekolah menengah saya mula mengesan kebijaksanaan dalam tulisannya kerana ia berbeza dengan kebanyakan penulis berbeza.

Saya kemudiannya mengabaikan Subky apabila beliau menjadi salah seorang pimpinan PAS yang aktif kerana saya tidak lagi percaya bahawa beliau akan menulis dengan jujur.

Bagaimanapun semalam saya membaca artikel tulisan Subky dalam Harakahdaily yang bertajuk Anwar bertambah hebat bila digantung.

Saya begitu terperanjat membaca tulisan Subky yang sebenarnya tiada pemikiran, tiada fokus dan amat mengelirukan. Saya sehingga ke akhir artikel tidak dapat mengesan apa yang mahu disampaikan.

Inilah petanda kuasa ALLAH dalam mengaturkan sesutu. Subky amat menghina, betah memutar belit kenyataan, menggunakan keupayaan menulis untuk menghasut.

ALLAH tarik kebolehannya sehingga kelihatan tulisannya seperti tulisan pelajar sekolah rendah.

Bandingkan pemikiran Subky dengan Tun Mahathir yang jauh berbeza. Tun walaupun lebih berumur, namun pemikiran dan cara bagaimana pemikirannya dilahirkan tetap jelas, segar dan sentiasa membina.

Demikianlah ALLAH membuktikan KUASANYA. Subky menjadi pengajaran kepada kita. " JIKA KITA BERSYUKUR ALLAH TAMBAH NIKMAT BAGI KITA, JIKA KITA KUFUR TUNGGULAH AZAB ALLAH YANG PEDIH. ". Subky barangkali menerima azab ' dangkal dan lemah pemikiran"

Marilah kita mengambil pengajaran.



2 comments:

Anonymous said...

Kalau dulu parti 'isle' lebih tertumpu pada isu haramjadahkan 'kafri' Melayu tetapi lar nih dihalalankan pertaulanan dengan kafri itu dan ini semata-mata kerana kafri tulen dilihat mampu memberikan sumbangan dan keuntungan politik jangka pendek.

Makanya jangan hairan kalau dulu skandal itu dan ini ditentang habis-habisan kalau mana-mana pihak memungkari agama tetapi sekarang parti agama berpusing 180 darjah semata-mata kerana tidak mahu rakan dan taulan yang terbabit dengan skandal seumpama itu disakiti hatinya?

Ini menunjukkan munafikatan adalah sifat azaliah politikubah waima membabitkan mereka yang menyarung jukbah labuh agama itu juga tidak bebas dari amalan seumpama itu.

Kefahaman tentang perlakuan sebegini menjadi lebih mudah masuk kalaulah aspek kepekaan terhadap kesucian nama tuhe diamat-amati dan dijadikan renungan. Kalaulah nama tuhe sanggup TIDAK dipertahankan maka janganlah terlalu berharap apabila muncul keadaan menguntungkan dari segi jasmani, politikucing akan pertahankan prinsip dan idealisme yang hanya menguntungkan rohani tetapi tidak dari sudut jasmaninya.

ALPASIKU

Anonymous said...

kome ni org kuale ke?? patut le lain mcm je tulisannya..kome nie duk baca artikel dlm harakahdaily tu buat apa?? nk cari bahan nk ngutuk dlm blog kome?? ntah ler, setahu teman, ramai jer org bc pasal Subky tue..ni teman ada tugasan nk buat pasal Subky, 'cikgu' teman kat universiti cadangkan..tp xde pulak 'cikgu' teman kat universiti tue sebut nama kome..teman rasa, budak tadika pun x kenal kome..wallahualam