Followers

Sunday, February 20, 2011

KEYAKINAN NAJIB BERASAS

" ANALISISNYA MEYAKINKAN UMNO/BN "


MESIR DAN MALAYSIA AMAT BERBEZA

Sewaktu pimpinan pembangkang sedang ghairah meraikan kebangkitan rakyat di Mesir, Tunisia , Libya dan Bahrain dan mengharapkan kebangkitan yang sama berlaku di Malaysia DS Najib mempunyai keyakinan yang tinggi betapa kebangkitan yang sama tidak akan berlaku di Malaysia.

Sebagai perbandingan mari kita melihat faktor kebangkitan di Mesir berasaskan sudut pandangan Dr Syed Azman Syed Ahmad, salah seorang pimpinan PAS.

1. Hak serta kebebasan bersuara rakyat telah dinafikan selama lebih 30 tahun.
2. Pilihanraya hanya menjadi' rubber stamp' dan dijalankan setiap lima tahun secara penipuan dengan manipulasi undi serta menyekat hak demokrasi.

3. Kadar rasuah dan penyalahguaan kuasa amat ketara terutama di kalangan kerabat dan ahli keluarga Mubarak dan sekumpulan kecil elit kecil yang menyokong Mubarak

4. Kekayaan negara berputar di sekeliling Mubarak dan kaum keluarga dan parti NDP serta kumpulan kecil yang menyokong mereka.

5. Kadar kemiskinan kebanyakan rakyat mencecah 70 % dan pendapatan purata ialah di bawah 4 ringgit sehari.

6. Kos kehidupan amat tinggi. Rakyat dibebani dengan harga barangan harian seperti gandum, gula dan beras yang melambung.

7. Kadar pengangguran mencapai 60% dan kebanyakan anak muda tidak mempunyai pekerjaan.

Tujuh faktor yang dinyatakan adalah hasil analisis tokoh PAS yang tentunya tidak mempunyai unsur berat sebelah kepada UMNO/BN.

Jika kita mengambil kira 7 aspek berkenaan dan melakukan perbandingan dengan keadaan di Malaysia maka tentulah kita amat bersyukur.

Tentu rakyat dapat merasakan betapa bertuahnya kita di Malaysia.
Tanpa sebarang keinginan untuk berasa selesa, kita tentunya yakin bahawa DS Najib mempunyai sebab yang kukuh untuk meyakini bahawa tidak mungkin rakyat akan bangkit memberontak dalam keadaan rakyat bahagia dan hidup sejahtera.




5 comments:

Anonymous said...

Jangan yakin sangat, nanti buruk padahnya. Rakyat yang buat penilaian bukan syed Azman

JoN said...

anon February 20, 2011 3:21 AM,
rakyat mana yg buat penilaian tu??
rakyat pakatan rakyat ke..
ai selama ni x cukup lg ke demo sana sini, siap leh terbit tabloid2 sendiri.. tak cukup bebas lg ke.. ms election siap ceramah merata tmpat pun masih x cukup lg ke..
apa lg yg x cukup ni, nk sampai umat islam di malaysia ni hancur itu ke yg enkorang nak.. bersyukur la dgn apa ALLAH S.W.T berikan untuk kita di malaysia ni..

Anonymous said...

Jon, lu adalah tentera upahan umno.
lu tak payah cakap pasal perjuangan.lu makanlah najis yang umno tinggal nanti

JoN said...

kehkeh..dh agak dh mesti tuduh aku ni ejen umno la tentera umno la mcm2 la lu orang..
xpa lah ko kata apa pun aku bkn amik pedulik pun.. apa2 pun aku brsyukur atas nikmat yg diberikan oleh ALLAH S.W.T selama aku hdup.. aku harap ramai lg pnyokong2 PR yg bragama islam buka mata dan hati supaya menerima seadanya rezeki yg di kurniakan oleh ALLAH S.W.T..
kita ni bersaudara apa salahnya kita berbaik-baik sesama..

hafiz said...

penjelasan yang ikhlas hendaknya