Followers

Sunday, March 20, 2011

DAKWA DS NAJIB KE MAHKAMAH..


" SENGAJA KERUSI RODA KARPAL DITINGGIKAN BAGI
TUNJUKKAN KERENDAHAN HADI DAN NIK AZIZ "


KARPAL SEBENARNYA MAHU BERPERANG..

Selepas PRU 12, apabila Pakatan Pembangkang berjaya merampas 5 Negeri, suasana sosio politik negara dengan jelas telah berubah.
Orang orang Melayu khasnya yang bersama UMNO nyata terkejut dan kelihatan kehilangan harga diri.

Keadaan ini dipergunakan sepenuhnya oleh cauvinis DAP untuk terus menekan, memperlekeh dan menghina orang Melayu termasuk segala institusi yang hampir dengannya seperti Jabatan Agama, Institusi Raja, Felda, Felcra dan sebagainya.

Cauvinis Cina memperolok Al Quran, menghina masjid dan mengocak isu Ketuanan Melayu sehingga akhirnya orang Melayu sendiri hilang keberanian mempertahankannya.

Cina DAP mendapat kekuatan kerana mereka disokong kuat oleh
oportunis Melayu sendiri yang berada di dalam PAS. Umum menyedari PAS dihimpit masalah kewangan sehingga sanggup memperhambakan diri kepada Cina DAP yang tidak lokek berbelanja.

Manakala PKR pula bergelut dengan masalah moral dan wibawa kepimpinan yang sangat rendah dan tidak bermaruah.

Selepas DS Najib mengambil langkah langkah mengangkat maruah dan harga diri umat Melayu Islam khasnya melalui beberapa Persidangan UMNO di samping keberanian Najib mengangkat Felda, Umat Melayu Islam nampaknya semakin pulih.

Saya menjangkakan Cina DAP menganggap pemulihan ini sangat bahaya kepada usaha mereka MENGUBAH PERLEMBAGAAN, maka
mereka telah menghalakan ' serangan 'mereka tepat kepada
DS Najib yang mereka khuatiri akan memimpin kebangkitan Umat Melayu Islam.

Hari ini Karpal Singh telah cuba membawa Najib ke Mahkamah atas tuduhan menghina mahkamah kerana bercakap tentang isu liwat Anwar Ibrahim. Ironinya, Anwar sentiasa bercakap perkara yang sama di mana sahaja dia berada.

Saya sedang menunggu. Melihat reaksi Umat Melayu. Karpal telah
memalu gendang perang, pemimpin utama kita sedang dihina.

Apakah kita masih lagi mahu bertahan. Kita selesa kerana dianggap bangsa budiman....


1 comment:

Penditakainsingkat said...

Salam,

Pas adalah khawarij dalam agama Islam. Mengikut sejarah, Puak ini menghalalkan darah pemimpin Islam yang tidak mahu tunduk kepada kehendak mereka.

Sebab itu China DAP sangat suka bekerjasama dengan Pas yang boleh dijadikan anjing politik peliharaan mereka memusnahkan perpaduan umat Islam.

DAP telah berjaya dalam missionnya apabila umat Islam memperolok2 dan menghina agamanya sendiri, menghina bangsa sendiri dan menderhaka Raja sendiri.

Umat Islam memberontak dan berdemonstrasi menentang Sultan dan China DAP melontarkan botol air mineral supaya meneruskan penderhakaan.

Kita berharap ahli2 dan penyokong Parti Melayu Pas, yg terdiri dari adik beradik, saudara mara dan sahabat handai kita akan bertaubat dan kembali kejalan yang benar. Keluarkan dari cengkaman fahaman puak Khawarij yang sesat lagi menyesatkan itu.