Followers

Friday, March 18, 2011

KARPAL CUBA TOLONG PAS !!!


" TAK PERNAH BERBALAH"

Semalam Karpal Singh telah memberikan amaran keras kepada PAS. Katanya DAP akan menentang mana mana parti komponen Pakatan yang melanggar undang undang dan tidak menghormati kaum lain.

Saya melihat ini adalah sebahagian daripada usaha Karpal untuk membantu PAS yang kelihatan semakin kehilangan sokongan pengundi Melayu Islam.

1. Karpal cuba membuktikan bahawa tindakan PAS menghalang perjudian
adalah melanggar undang undang. Ini bermakna PAS tiada pilihan kerana
undang undang yang diputuskan kerajaan pusat membenarkan perjudian.

2. Karpal ingin membuktikan bahawa PAS benar benar mahu laksanakan Islam
tetapi terdapat halangan daripada Kerajaan Pusat.

3. Perundingan mengenai perkara ini melibatkan hanya Ketua Pemuda DAP.
Ini jadi isu besar kepada PAS dan penyokong mereka. Mereka melihat
DAP memandang rendah PAS Kelantan. Dengan demikian, Karpal terpaksa
campurtangan bagi menukar persepsi tersebut.

4. Kontroversi ini membuka ruang untuk pimpinan PAS bernyawa. Blogger
mereka yang tidak faham melihat ini benar benar ' pertelagahan'. Blogger
yang hilang keyakinan terhadap PAS kembali segar dan yakin.

Hakikatnya ini adalah mainan politik murahan Pakatan. Umum tahu, umat Melayu Islam selamanya tidak boleh dan akan ditangkap jika berjudi, memasuki dan berada dalam premis judi.

Umum tahu kerajaan UMNO/BN sudah melaksanakan undang undang mengharamkan perjudian terhadap orang Melayu Islam dalam apa bentuk sekalipun.

Kerajaan palsu PAS Kelantan sebenarnya mengulang undang undang sedia ada. Yang baru ialah TIADA PREMIS JUDI. Aktiviti judi gelap berlaku dan Kerajaan PAS Kelantan tahu perkara ini.

PAS juga terperangkap kerana telah mengeluarkan 44 lesen arak . Kita tunggu penjelasan mengapa PAS menukar hukum arak ini kepada HALAL jika alasan yang sama diletakkan kepada judi.

Maksudnya TIDAK SAMA SEKALI KEPADA JUDI TETAPI YA KEPADA ARAK.
Sedangkan Islam meletakkan arak dan judi dalam kategori yang sama,bahkan ARAK DIANGGAP IBU MAKSIAT.

Tak mengapalah. Karpal telah membantu PAS dan balasannya, PAS kini sujud di kaki Komunis DAP..

1 comment:

aku said...

DAP kafir harbi....daripada awal lagi tidak 'pernah' mengeluarkan apa2 statement menyokong perlembagaan....

1) agama ISLAM sebagai agama rasmi dipertikai...daripada semua sudut yang nyata....peruntukan pembinaan masjid....sehingga kan kalimah Allah hanya milik agama Islam yang BENAR.....turut dipersoalkan....
2) hak peribumi....bumiputera beragama ISLAM dan Bumiputera bukan beragama ISLAM....menjadi isu paling hangat untuk mereka...menjadikan manifesto sama rata mereka itu mengatasi perlembagaan.....
3) sejarah yang telah pun tercatat...yang antara nya mengenai TANAH MELAYU.....KOMUNIS sebagai PENGKHIANAT....dan seangkatan dengan nya....ditukar fakta itu sehingga menjadi cerita dongeng mengikut citarasa mereka....
4) dan banyak lagi....

dan sekarang memperlihatkan perlembagaan itu sebagai sesuatu yang tidak boleh 'diubah'....'disangkal'....'dipertikai'....?

giler biollll!