Followers

Monday, May 2, 2011

PAS BUKAK PINTU, HINDRAF KENCING !

" MANGSA SERANGAN KOMUNIS "


SERANGAN TERHADAP INSTITUSI AGAMA BERTERUSAN.

Saya tidak terkejut apabila ada pembaca mengatakan Mufti bodoh, penyamun atau meletakkan sebarang label yang lain. Saya juga tidak terkejut jika pasti penuduh itu adalah pengikut atau pendukung Hindraf.

Dari sudut kerajaan saya dapati adalah sesuatu yang luarbiasa apabila pertubuhan haram seperti Hindraf dapat bergerak secara bebas. Mereka mengeluarkan pelbagai kenyataan yang sangat sensitif dan boleh mencetuskan huru hara dan menjejaskan keselamatan negara.

Saya dan barangkali ada orang lain juga berpandangan bahawa sebenarnya kerajaan hanya berani bertindak terhadap segolongan masyarakat dan amat takut kepada segolongan yang lain. Ini menyebabkan ada persepsi bahawa kerajaan mengamalkan penguatkuasaan terpilih.

Dari sudut yang lain, saya dapati kenyataan Hindraf menghina Mufti adalah sesuatu yang halal kerana ia dimulakan oleh PAS.
Serangan PAS terhadap Harussani sebenarnya sudah melepasi tahap yang sepatutnya.

PAS barangkali tidak sedar betapa sikap terhadap sebilangan ahli agama yang berbeza aliran dengan mereka telah membolehkan 'serangan terhadap institusi agama Islam' berlaku secara berleluasa.

Serangan terhadap Institusi Islam, Institusi Raja dan beberapa institusi lain yang rapat dengan orang Melayu sebenarnya adalah serangan khusus terhadap Perlembagaan Negara.

Mereka berjaya kerana sokongan PAS. Sekiranya serangan ini berterusan, maka bersedialah dengan kemungkinan kita akan menjadi generasi merubah Perlembagaan dan meletakkan Islam, Umat Melayu di bawah tapak kaki kafir harbi yang gigih berusaha.



1 comment:

Anonymous said...

..PAS tidak perlukan hormat perlembagaan Malaysia kerana mereka anggap ianya perlembagaan kafir..jadi puak tu pun ambil kesempatan sama menghina Islam dan Melayu yg telah dijamin oleh perlembagaan Malaysia..kalau PAS tidak berani kencing perlembagaan negara sendiri masakan puak kafir tu berani....

Mak Andeh