Followers

Saturday, May 28, 2011

PAS SETARA MAT REMPIT

BERANI BERCAMPUR BODOH !

Presiden PAS yang sengaja dibiarkan menang tanpa bertanding, dengan bangga mengisytiharkan betapa beraninya PAS menjalankan pemilihan sedangkan mereka percaya PRU 13 sudah semakin hampir.

Asas kesombongan Haji Hadi ialah kerana tiada parti lain yang mengadakan pemilihan. Manakala PKR tidak boleh dikatakan melakukan pemilihan kerana mereka hanya melaksanakan kehendak Anwar Ibrahim.

Saya berpandangan bahawa Haji Hadi agak dangkal apabila menjangkakan hanya 'perpecahan' semata mata yang mereka khuatiri kesan pemilihan parti.

Haji Hadi dan mungkin juga pemimpin PAS yang lain terlepas pandang akan kemungkinan lain yang telah pun berlaku dan kesannya jauh lebih buruk lagi.

Rakyat sedang menilai betapa PAS sebenarnya tiada arah tuju yang jelas. Jika selama ini mereka mengatakan kekuatan mereka ialah kepimpinan Ulama, sekarang rakyat sedang melihat kepimpinan ulama sedang terhakis.

PAS juga jelas ketiadaan pelapis berwibawa dan diyakini. Bayangkan begitu ramai dicalonkan untuk jawatan tertinggi parti sehingga kelihatan ' TIADA SEORANGPUN ' yang ditunjuk secara konsensus.

Dewan Ulama yang jadi teras PAS jelas tidak dihormati kerana setedewan ini menyatakan sokongan bulat kepada Nasharuddin Mat Isa, ada lagi calon lain yang mahu mencabar.

Lebih besar daripada itu, ada suara dari dalam PAS sendiri yang mendakwa ada tangan ghaib sedang mencatur pemilihan PAS.
Pemuda PAS jelas menyatakan kebimbangan dengan perkembangan ini.

Kepada saya, di atas apa yang berlaku, keberanian yang Haji Hadi maksudkan samalah dengan keberanian Mat Rempit. Berani dan nekad, akhirnya tumbang menyembah bumi...





No comments: