Bulan Mei adalah antara bulan paling bermakna dan istimewa bagi kita rakyat Malaysia. Bulan Mei boleh dikatakan bulan sejarah, bulan keraian.
Banyak peristiwa dalam bulan Mei dan sebahagian besarnya sangat rapat dengan rakyat dan rapat juga dengan kerajaan.
Antara peristiwa yang berlangsung dalam bulan ini ialah Hari Pekerja,Hari Belia,Hari Guru, Hari Wanita.
Lebih daripada itu dalam bulan Mei juga UMNO lahir yang menyaksikan
perubahan besar lanskap politik negara.
Dalam bulan Mei peristiwa rusuhan besar berlaku pada 13 Mei yang kemudiannya meninggalkan parut dalam sejarah negara.
Saya menjangkakan selepas PRU 12 , UMNO akan berubah. UMNO saya fikir akan menjadi lebih proaktif merapati rakyat melalui peristiwa besar yang signifikan dan bererti.
Jangkaan saya meleset. Tiada apa apa yang dilakukan UMNO dalam bulan ini. Yang ada ialah sambutan ala kadar oleh pihak kerajaan.
Tiada majlis meriah anjuran UMNO sempena hari lahirnya. yang ada hanya sambutan ringkas yang hampir tidak disedari rakyat.
UMNO tidak langsung secara 'berpusat 'meraikan pekerja, guru atau kaum ibu. Tiada program kepartian menggambarkan kasih UMNO kepada golongan ini.
Sewaktu berkunjung ke Pendang, Kedah baru baru ini saya dapati banyak banner bergantungan di sekitar Pekan Pendang. Ucap selamat PAS kepada guru. Mereka menunjukkan keperihatinan. Ini kejayaan mereka.
UMNO beku. UMNO ghairah menganjurkan pelbagai program termasuk ceramah yang menyeronokkan diri sendiri.
Saya kemudiannya menjadi bimbang. UMNO semakin menjarakkan diri daripada rakyat. Saya sebenarnya keliru, adakah UMNO berasa bahawa ia akan terus dikasihi sedangkan hakikatnya rakyat mula terasa betapa UMNO semakin sepi.
3 comments:
setahu saya semua sambutan yg dikatakan tidak dirai kan oleh kerajaan telah disambut secara meriah.. jabatan saya sndiri telah hadir ke sambutan hari pekerja.. mungkin saudara terlepas pandang atau mungkin tidak diwar2kan seghairah pembangkang yg sebok bangga dgn kain rentang yg tah hape-hape...
Kalau benar ada, alhamdulillah. Aku macam dankuala juga. Bimbang UMNO seakan tidak lagi menjadi fenomena seperti masa aku kecil dulu.
Masa itu mak bapak aku punya bangga jadi pemimpin UMNO walaupun di peringkat cawangan.
Harap harap UMNO terus subur demi anak cucu kita.
ZAMAN TENGKU ABDUL RAHMAN - zaman melayu insaf,genggam tangan penuh bermakna sehingga merdeka terlaksana. ZAMAN TUN RAZAK - zaman membangsakan melayu sebagai bangsa berilmu dan bertaraf. ZAMAN TUN HUSIN ONN - sekadar memelayukan lagi bangsa lanjutan usaha TUN RAZAK dan YM TENGKU.ZAMAN TUN MAHATHIR - munculnya melayu bangga diri, ujub, sombong dan lalai. ZAMAN PAK LAH - tuhan turunkan bala kepada org2 yang sombong dan ujub dengan memberikan majoriti kecil sekadar boleh memerintah, DAN ZAMAN NAJIB - dia dijadikan perawat UMNO dan melayu. jika gagal dirawat dan umur masih panjang maka jadilah melayu itu bagaikan hidup tak hidup, mati tak mati! Ya Allah, jgn kau jadikn bangsaku merempat di negaranya sendiri -- aminnn (
(firasat ini tidak menyentuh soal pebangunan tetapi sekadar melihat pergerakan roh melayu itu secara umum)
Post a Comment