Followers

Monday, May 23, 2011

JIKA KERAJAAN MAHU UMNO MENANG

BERTINDAK SEKARANG ATAU BERSEDIA UNTUK TUMBANG !

Sejak PRU 12, pembangkang telah berjaya mewujudkan persepsi bahawa

1. Sekiranya kerajaan melakukan sesuatu yang baik, misalnya membantu pelajar Mesir balik ke Malaysia baru baru ini., maka pembangkang dan penyokong mereka percaya bahawa ini adalah tanggungjawab asasi kerajaan.

2. Sekiranya kerajaan melakukan sesuatu yang tidak menggembirakan,
maka ia dikatakan sebagai kegagalan UMNO/BN misalnya apabila
kerajaan menyusun semula subsidi minyak

Malangnya dalam masa yang sama , saya dapat melihat apabila ada pemimpin kerajaan yang sewaktu bercakap dan bertindak seakan akan
termakan dengan pemisahan fungsi yang diilhamkan oleh pembangkang ini.

DS Hishamuddin, Ismail Sabri Yaakob boleh dijadikan contoh yang baik bagi menggambarkan keadaan ini. Menteri atau Timbalan Menteri seakan lupa bahawa setiap tindakan mereka akan beri kesan yang besar terhadap parti kita.

Justeru saya ingin menyarankan agar Menteri Menteri kita tidak hanya berfikir, bercakap dan bertindak semata mata atas asas pengurusan dan pentadbiran .

Mereka WAJIB sentiasa sedar bahawa mereka adalah pemimpin parti yang di atas bahu mereka terletak tanggungjawab mempastikan survival UMNO/BN.

Banyak perkara yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan dewasa ini, sebenarnya umpama meletakkan batu besar di atas kepala 'aktivis UMNO' di peringkat akar umbi.

Sebagai contoh , kenaikan harga barang, tiada sebarang khabar baik sempena Hari Pekerja, Janji kosong sempena Hari Guru dan sebagainya.

Implikasi daripada keadaan ini ialah, aktivis bawahan parti didapati gagal , tidak mampu dan tidak berupayamenjawab pertanyaan rakyat.

Saya dapati kegagalan kerajaan menjaga kebajikan rakyat bermakna kerajaan menjadi faktor keruntuhan UMNO. Atau mungkin memang ada pemimpin kerajaan yang mahu itu berlaku ?



No comments: