Followers

Wednesday, June 29, 2011

MALANGNYA SAYA TIDAK MERAKAM !

ANAK ANAK JUGA DIHASUT !!

Pada 17 Jun yang baru lalu saya telah membawa keluarga untuk bercuti di Negeri Kedah. Saya memilih Pendang Lake Resort untuk menginap bersama keluarga.

Sewaktu sampai di Resort berkenaan, saya telah meninjau kawasan berkenaan dan lalu berhampiran sebuah dewan yang kemudiannya sangat menarik perhatian saya.

Dari luar saya mendengar ceramah yang amat hebat dan bersemangat. Antara lain penceramah mengajak audiennya untuk bangkit berjuang meruntuhkan Kerajaan UMNO yang kejam dan zalim.

Penceramah juga menyeru audien untuk bangkit berjihad melalui Perhimpunan Bersih 2 yang bakal diadakan. Laungan takbir berkumandang .

Saya jangkakan pasti itu adalah program anjuran Pemuda PAS berasaskan kandungan ceramah yang sempat saya dengar. Terdetik juga di hati saya, betapa gigihnya PAS bekerja untuk mencapai matlamat peribadi mereka.

Namun saya agak terperanjat apabila mendapati kemudiannya bahawa peserta bagi ceramah itu adalah pelajar berumur sekitar 15 tahun yang bersekolah di sebuah madrasah di Arau Perlis.

Malangnya saya tidak dapat membuat sebarang rakaman kerana tidak bersedia. Saya juga tidak berhajat untuk membuktikan apa apa.

Cuma saya dapat bayangkan, betapa jika kerajaan gagal menghalang perhimpunan ini daripada berlaku, kita akan saksikan anak anak kecil
menjadi benteng dan kubu sedangkan mereka tidak mengerti apa apa !

Berasaskan ceramah yang saya dengar, saya juga yakin bahawa di akar umbi Bersih adalah jihad meruntuhkan kezaliman sedangkan jihad ini dipimpin oleh orang yang amat membenci Islam...


3 comments:

Bahtera Merdeka said...

Takziah kpd sdra dan ahli keluarga di atas kembalinya ayahanda tersayang kerahmatulLah. Kami warga blogger mendoakan semoga roh almarhum ditempatkan bersama dengan roh2 yg dirahmati Allah.

Teruskan perjuangan walau apa pun rintangannya.

dankuala.com said...

Bahtera Merdeka,

Terima kasih. Sepi dan sunyi tidak akan memadam api yang telah dinyalakan sekian lama, insyaallah.

Sang Guna said...

JIHAD DGN MENYERTAI BERSIH?,
Sewaktu tentera usmaniah menyerang konstantinople, paderi2 juga menyeru tentera kristian supaya berjihad kononnya, sedangkan org islam mati berjihad dijalan Allah mendapat ganjaran syahid, yg kafir mati mendapat apa?.
Tapi kita org Islam tahu jihad kita hanya utk Allah, mati kita dijalan Allah syahid ganjarannya.
Klu mati ikut demo bersih kira syahid jugak ke?
jauh dah pegi puak2 ni.