Followers

Tuesday, December 21, 2010

BERKAT SOKONG TOK GURU

" MENDAPAT MAKLUMAT SALAH TAN SRI, MUNGKIN MENGUNDANG PADAH ".


SENANG NAIK PANGKAT

Inilah isu yang sedang hangat diperkatakan oleh kalangan warga pendidik di Perak. Saya pernah menulis sebelum ini betapa salah satu strategi Pakatan Pembangkang ialah menguasai Jabatan Jabatan Kerajaan yang penting.

Salah satu Jabatan yang amat rapat dengan rakyat ialah Jabatan Pelajaran. Jika sebelum ini ada ' persepsi ' yang meluas mengatakan bahawa JPN,PPD dikuasai pembangkang, kini persepsi ini semakin menular berikutan kenaikan pangkat warga guru baru baru ini.

Ada suara yang menimbulkan bahawa ' GURU YANG BERJAWATAN GURU KANAN DG 32 TIBA TIBA MELOMPAT KE JAWATAN GURU BESAR DG 34. SEDANGKAN RAMAI PENOLONG KANAN SENIOR MASIH KEKAL DI TEMPAT LAMA.

GURU INI PULA DIKETAHUI UMUM SEBAGAI PENGGERAK AKTIF PAKATAN KHASNYA SEWAKTU PILIHANRAYA.

MANAKALA GURU YANG MENYOKONG KUAT KERAJAAN TIDAK BERGERAK WALAUPUN TELAH BELASAN TAHUN MENJADI PENOLONG KANAN DI SEKOLAH ' A '.

Inilah perbualannya. Inilah persepsinya. Maka usahlah kita hairan jika ada ramai guru, RAMAI GURU menyokong pembangkang.
Menyokong pembangkang secara jelas memungkinkan peluang lebih baik untuk kenaikan pangkat.

Saya percaya perkara ini adalah barah. Orang tidak akan protes secara terbuka kerana risikonya banyak. Nampaknya lebih sukar menjadi penyokong kerajaan berbanding menyokong pembangkang.

Benarkah perkara ini berlaku ? Turunlah bertemu rakyat. Amalkan pendekatan DS Najib sewaktu menjadi Menteri Pendidikan. Dekati guru dan fahami penyokong kita.

Kita ada sedikit masa lagi, namun saya ingin mengingatkan bahawa ada cakap cakap di bawah bahawa KALAU NAK CEPAT NAIK PANGKAT, SOKONGLAH TOK GURU..BERKAT..



Monday, December 20, 2010

UMNO JAYAKAN KONVENSYEN PAKATAN 2

" SESEORANG MESTI DILANTIK UNTUK FOKUS KEPADA
JENTERA PILIHANRAYA "


GHAIRAH YANG MELEKAKAN

Saya pada awalnya seperti kebanyakan sahabat lain percaya Konvensyen Pakatan 2 telah gagal mencapai matlamatnya. Kepercayaan ini bersandar kepada fakta bahawa komponen Pakatan mempunyai dasar yang amat jauh berbeza di samping sejarah masalalu yang menggambarkan keretakan mereka.

Anggapan saya agak berubah hari ini apabila melihat reaksi pimpinan dan ahli UMNO, pimpinan NGO dan yang lainnya. Saya mendapati ada kecenderungan di pihak UMNO/BN untuk beranggapan bahawa rakyat akan terpengaruh dengan apa yang disiarkan oleh media arus perdana.

Saya pula mempunyai pandangan berbeza.

1. Ahli dan penyokong pembangkang akan mengabaikan apa jua yang dilaporkan oleh media arus perdana dan menganggap apa jua yang terpapar adalah palsu.

2. Ahli dan penyokong kerajaan pula akan menerima paparan media arus perdana secara bulat dan mengukuhkan kepercayaan mereka terhadap bahaya Pakatan

Kerisauan saya ialah :-

1. Jentera UMNO akan berhenti bekerja atau tidak akan mulakan kerja kerana yakin pengundi membuat keputusan berdasarkan media semata mata.

2. Pimpinan UMNO/BN merasakan telah cukup maklumat yang didedahkan oleh media dan mengambil keputusan untuk tidak merangka program komprehensif bagi menawan pengundi.

3. Pimpinan dan jentera Pakatan pula secara senyap mendaftarkan pengundi baru dan terus memindahkan pengundi lama dengan tujuan memenangi lebih banyak kerusi.

4. Muslimat PAS terus terusan menjalankan ziarah dari rumah ke rumah bagi menawan hati pengundi dan menjalin hubungan baik dengan mereka.

Cadangan :

Sebarang berita yang didedahkan oleh media adalah aksesori dan kemungkinan memberi sedikit kelebihan kepada UMNO/BN. Tetapi saya jangkakan keputusan PRU 13 banyak bergantung kepada

1. Pengundi yang mengundi kali pertama dan memilih parti yang mendaftarkan mereka jika parti ini berjaya menjalin hubungan berterusan sehinggalah PRU 13.

2. Pengundi yang paling kerap didatangi oleh jentera parti yang bertanding dan dilibatkan dalam program program kepartian.

Kesimpulannya ialah sekali lagi kita perlu menerima kenyataan bahawa jentera pilihanraya mesti bermula sekarang dan jangan berhenti sehingga PRU 13.

Jika kita tidak sanggup bersusah payah sekali ini saya jangka kita akan berdepan keputusan yang mungkin mengecewakan kita.



Sunday, December 19, 2010

JELAJAH 1 MALAYSIA

" JELAJAH 1 MALAYSIA, BERTAMBAHKAH UNDI KITA ?'


APA YANG INGIN DICAPAI ?

" Saya tidak berharap kepada sesiapa selain daripada PEMUDA. Janganlah tuan tuan berbincang atas sesuatu masalah dengan panas, tetapi apabila balik menjadi sejuk dan lupa. Tuan tuan ingat bahawa daripada mulut tuan tuan pemudalah yang telah mengeluarkan cogankata " MERDEKA " . Saya percaya dengan tenaga pemudalah kita akan mencapai kemerdekaan ".

Petikan ucapan YTM Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj dalam persidangan Agung Pemuda UMNO 3 April 1953.

Demikianlah tingginya pengharapan pimpinan utama parti kepada Pemuda ketika itu. Sejarah kemudiannya membuktikan komitmen Pemuda UMNO yang begitu hebat memperjuangkan kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan di peringkat awal.

Saya bagaimanapun berasa Pemuda telah ' tersilap fokus ' sejak akhir akhir ini. Pemilihan kepimpinan Pemuda kelihatan lebih diberi keutamaan berbanding pilihanraya.

Selepas Persidangan Agung yang lalu, di mana diumumkan ada lebih 4 juta rakyat yang layak mengundi tetapi belum berdaftar, saya tidak dapat melihat ada gerakan bersungguh sungguh yang dilakukan oleh Pemuda untuk mendaftarkan mereka .

Jelajah 1 Malaysia ialah program yang sangat baik tetapi adakah program ini menambahkan pengundi kita adalah satu isu yang lain pula.

Saya bimbang Jalajah 1 Malaysia akhirnya menjadi program ' SORAK SORAI ' semata mata sedangkan hasilnya tiada. Dalam masa yang sama saya tidak nampak bahawa dalam keadaan sekarang inilah program terbaik yang mampu Pemuda jalankan.

Makna politik kepartian ialah memenangi pilihanraya, manakala pilihanraya hanya akan dimenangi oleh parti yang mendapat undi terbanyak.

Inilah keutamaan kita sebenarnya, sudahkan Pemuda bermula ?


KEPADA NAJIB SEGALANYA RAKYAT

" KEPADA NAJIB SUKAN ADALAH ALAT MEMBANGUNKAN MANUSIA"


PEMBANGUNAN RAKYAT KEUTAMAAN NAJIB

Saya pernah menulis betapa pembangunan manusia merupakan fokus yang diberikan perhatian khusus oleh DS Najib. Di mana mana pun Najib berpeluang, beliau akan memberi penekanan kepada perkara ini.

Inilah yang membezakan Najib dengan kebanyakan politikus yang lain khasnya dari kelompok pembangkang. Terbaru ialah apabila Najib ditemui wartawan selepas bersama rakyat menyaksikan perlawanan bola sepak di Bukit Bintang.

Kata Najib " Bermain sebagai satu pasukan, disiplin yang tinggi dan patuh kepada arahan jurulatih adalah faktor kemenangan
kita ".

Jika kita amati, inilah juga nilai yang perlu ada dalam menjayakan matlamat mana mana organisasi. Inilah juga resepi UMNO bertahan sekian lama.

Inilah juga rahsia jika kita mahu UMNO terus kekal utuh dan kukuh. UMNO akan runtuh jika pimpinan dan ahlinya meninggalkan semangat ' sepasukan '. UMNO akan runtuh jika ada ahlinya meletakkan kepentingan diri melebihi kepentingan yang lain.

UMNO juga akan lemah jika ahlinya tidak mematuhi hasrat dan harapan pimpinan tertinggi. UMNO pasti akan kalah jika ahlinya gagal mendisiplinkan diri mematuhi nilai parti yang selamanya dipertahankan.

Itulah Najib. Setiap katanya ada makna untuk kita renungi.


KONVENSYEN PAKATAN 2

" HADI SEDAR DIRINYA DIPERALATKAN "


PESERTA PAS PULANG HAMPA

Seorang rakan yang saya hubungi dalam perjalanan balik daripada Konvensyen Pakatan di Kepala Batas. Aktivis tegar PAS ini membawa bersamanya 3 orang baru yang mula berjinak jinak dengan PAS.

Kecewa benar rakan saya bilamana menyatakan persoalan Negara Islam dan Hudud bukan sahaja tidak menjadi agenda tetapi tidak disebut sama sekali.

" Kami rasa seperti orang bodoh. Malu ana dengan rakan rakan yang baru ini ,"kata rakan saya ini.

Menurut beliau lagi langsung tidak ' terampil ' mana mana pimpinan PAS." Yang paling menonjol ialah Lim Guan Eng. Tiada perancangan masa hadapan sama sekali bagi kami daripada PAS".

" Ana tidak setuju jika dikatakan kami kuda tunggangan DAP tetapi ana langsung tak faham apa sebenarnya peranan kami". Keluh beliau lagi.

Menurut beliau, ahli PAS menjangkakan bahawa pengumuman tentang hala tuju Pakatan akan dibuat. Setelah Anwar digantung di Parlimen, PAS mengharapkan agar Hj Hadi akan diamanahkan 'memainkan peranan itu secara tidak rasmi'.

Apa yang berlaku ialah sebaliknya. Hj Hadi diperangkap oleh Pakatan untuk mengumumkan Anwar kekal sebagai Ketua Pembangkang.

" Sebenarnya Konvensyen ini memang tiada apa apa faedahpun kepada perjuangan kami. Ucapan ucapan hanya mengulang apa yang kami dengar masa ceramah. Langsung tiada apa pun yang baru."

Ulasan dankuala - Saya telah mendengar retak retak dalam Pakatan apabila PAS dikatakan dilayan seperti pekerja apabila arahan arahan dikeluarkan terus oleh Pegawai Lim Guan Eng.

Saya mempunyai keyakinan, Konvensyen ini akan menyaksikan keretakan ini akan bertukar menjadi ' belah ' yang tak dapat diselamatkan lagi.


Saturday, December 18, 2010

BERSILA DI BUKIT BINTANG

" LAMBANG KETINGGIAN AKAL BUDI "


ZAMAN POLITIK ELIT SUDAH BERLALU

Malam tadi DS Najib bersama rakyat menonton perlawanan bola sepak di Bukit Bintang. Tiada kawalan keselamatan, tiada protokol.

Penonton yang lain, kebanyakannya anak muda mulanya tergamam.Perdana Menteri berada bersama mereka meraikan kejayaan Malaysia membenam Vietnam 2-0.

Inilah yang rakyat nantikan. Najib bahkan mengumumkan bahawa ' tiada tembok pemisah antara pemimpin dan rakyat '. Najib tidak berlakon. Najib bersorak bersama penonton yang lain. Najib ceria sepanjang perlawanan.

Di Perak, Dr Zambry juga amat humble dan merendah diri. Zambry tidak ghairah menjamu selera di meja khas sebaliknya Zambry menceduk sendiri makanan secara buffet. Zambry juga tidak dihimpit oleh pengawal peribadi.

Zambry boleh ditemui oleh rakyat tanpa syarat. Kerendahan hati Zambry sebenarnya senjata yang menggagalkan pembangkang. Hasutan mereka supaya rakyat bangkit sewaktu peralihan kuasa tidak bersambut.

Sebahagiannya kerana Zambry. Personaliti yang amat rakyat senangi.

Malangnya Najib dan Zambry tidak boleh bertemu semua rakyat. Tidak mungkin. Di sinilah peranan Ahli Parlimen, ADUN dan pimpinan UMNO/BN sepenuhnya.

AP dan ADUN perlu turun ke bawah. Bertemu rakyat. Memahami mereka. Tiada protokol kerana protokollah yang menyebabkan kita hilang lima negeri ( salah satu faktor ).

Kempen pembangunan tidak lagi relevan. Rakyat telah mendapat segala yang mereka inginkan. Yang mereka perlukan sekarang ialah pemimpin yang mahu mendengar dan memahami.


ANWAR DI HUJUNG NYAWA

" SEBENARNYA ANWAR TAHU AKAN SAMPAI MASA DAP MENCAMPAKNYA
KE DALAM LUBANG YANG HINA "


KIT SIANG BAKAL MENGAMBIL ALIH

Para penyokong pakatan dari semasa ke semasa didedahkan dengan ' kematian demokrasi' di Malaysia. Itulah intipati sebenar Konvensyen Pakatan yang berlangsung di Pulau Pinang. Para pesert akan dipaksa menyangka bahawa masanya telah tiba untuk Pakatan merampas Putrajaya.

Para penyokong Pakatan akan tidur malam dengan niat untuk bekerja keras memenangkan Pakatan. Mereka bangun pagi dengan rasa seorang pejuang yang menyubur kebenaran dan menghapuskan kezaliman.

Yang paling ghairah di antara mereka ialah penyokong PAS kerana mereka yang paling lemah berbanding DAP dan PKR. Bilangan kerusi yang mereka miliki dan kedudukan kewangan mereka paling rendah berbanding yang lain.

Benarkah ada ada kebangkitan Pakatan selepas ini ? Sebenarnya tidak kerana yang akan bangkit adalah DAP. PAS dan PKR adalah pihak yang berusaha melonjakkan mereka. Hakikatnya DAP telah bermula dengan cukup licin dan lancar

1. Pendedahan WIKILEAKS adalah atas inisiatif DAP yang mendapat pertolongan Singapura. Telah timbul ' pemikiran baru' dalam kalangan rakyat bahawa Anwar tidak layak kerana KETAGIHANNYA. Pimpinan UMNO/BN pula diukur sebagai tidak cekap dan tidak berwibawa.

2. Melalui tipu muslihat Karpal Singh, Anwar telah digantung selama 6 bulan daripada Parlimen. Walaupun Karpal digantung sama namun ia tetap tidak mengapa kerana yang ingin mereka tonjolkan ialah Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng.

3. Perbicaraan Anwar meliwat Saiful akan disambung selepas ini.Selaku peguam utama Karpal akan sedaya upaya menjadikan sisa perbicaraan ini sebagai medan ' membuktikan kerajaan jahat'. Kebencian terhadap UMNO/BN akan cuba ditingkatkan.

4. Anwar tidak akan dibela. Anwar akhirnya akan didapati bersalah. Berjayalah Karpal melaksanakan tugasannya menghancurkan Anwar setelah rakyat berpecah belah.

PKR akan bercempera. PAS sebenarnya tidak pernah berada dalam ' peta Pakatan '. PAS adalah malukut yang akan dibuang.

Siapakah yang tinggal ? DAP. Mereka akan menjadi parti tunggal yang ' kelihatan' mampu dan layak memerintah negara.

Penyokong PKR tidak mungkin berpatah balik. Penyokong PAS pula akan kembali ' mengharapkan syurga ' yang dijanjikan kepada mereka.

UMNO/BN lah yang bertanggungjawab mempertahankan apa yang kita ada sekarang. Islam, Institusi Raja, Hak Istimewa Orang Melayu dan sebagainya.

Malangnya UMNO/BN tidak boleh menunggu. UMNO/BN kena bergerak sekarang. Sekali lagi, UMNO/BN tiada pilihan selain menambahkan pengundi dan mempertahankan pengundi sedia ada. Persoalannya adakah UMNO bergerak ?