Followers

Thursday, November 18, 2010

AKHIRNYA PAS DAN PKR MENGIKUT JEJAK DAP

BANGGA PERJUANGANNYA MULA DIWARISI


MENGGUNAKAN KAEDAH KOMUNIS MENCARI PENGARUH

PAS mengadakan sambutan 25 tahun Peristiwa Memali mulai hari ini sehingga Ahad. Pelbagai program dan aktiviti diadakan bagi mengenang kematian Ibrahim Libya dan pengikutnya 25 tahun yang lalu.

Saya sejak dahulu tidak bersetuju dengan sebarang bentuk kekerasan walau apapun matlamat dan tujuannya. Saya bersimpati dengan apa yang berlaku.

Mengapa program ini dibuat secara besar besaran dan mendapat sokongan penuh DAP ?

1. Ia bertujuan untuk mencetuskan rasa benci rakyat kepada kerajaan. Pengisian program saya yakin akan secara ekstrem menggambarkan betapa zalimnya kerajaan UMNO/BN ini.

2. Ia diharapkan akan mewujudkan lagi kumpulan ekstrem seperti Ibrahim Libya dan pengikutnya yang dilihat mampu menggugat keamanan negara.

3. Ia juga bertujuan bagi menyuburkan jiwa ganas dalam kalangan masyarakat kerana ' individu atau kumpulan berjiwa ganas ini akan digunakan pada masa yang diperlukan '.

4. Mempastikan peristiwa Memali ini sentiasa dikenang agar rasa sedih, pilu dalam keluarga mangsa sentiasa subur dan segar.

5. Program ini juga adalah satu kaedah bagi mengurangkan sokongan kepada UMNO/BN yang dilihat semakin diterima rakyat.

Saya tidak berhasrat mengeluarkan hukum. Tetapi saya ingin bertanya kepada PAS. Jika benar Ibrahim Libya dan pengikutnya syahid mengapa Haji Hadi dan pengikutnya tidak menggunakan kaedah yang sama.

Tidakkah Haji Hadi menolak peluang jihad seperti yang dilaung laungkannya? Tidakkah orang Islam yang menolak daripada berjihad ini boleh dianggap bacul ?

Atau Hadi dan rakan rakan tahu, bahawa pemberontakan bukan cara yang betul untuk menumbangkan kerajaan. Dalam masa yang sama Hadi juga menyedari tidak ada apa yang mampu PAS tawarkan kepada rakyat selain retorik.

Saya pasti DAP gembira. Dia akan menyaksikan bagaimana racun yang selama ini ditabur mula menampakkan kesannya.

2 comments:

santauangin said...

Dah dasar melayu PAS bodoh maka itu senang china laknat mempermainkan mereka. Ini semua gara gara gila kan kuasa. Tidak semestinya mereka yg berserban 7 tingkat atau yg bergelar ustad tak mahu apabila di taburkan dgn janji untuk mereka memerintah negara oleh china pariah ini.Reality ini apabila dah jadi kenyataan jgn kan harap haramjadah china ini nak bagi hangpa PAS memerintah negra ini. Setakat jadi Menteri Agama adalah. Tak paercaya hangpa tengok lah.

Jgn biarkan nasi menjadi bubur wahai ahli ahli PAS semua nya.Sedar lah dari sekarang. Pentingkan perpaduan UMMAH dar berlainan pemahaman politik.

Unknown said...

skathteman amat bersetuju dengan pandangan mike, yang herannya orang yang berketayap dan berbendera hijo tu tak guna akai rasional ke