Followers

Sunday, December 19, 2010

KONVENSYEN PAKATAN 2

" HADI SEDAR DIRINYA DIPERALATKAN "


PESERTA PAS PULANG HAMPA

Seorang rakan yang saya hubungi dalam perjalanan balik daripada Konvensyen Pakatan di Kepala Batas. Aktivis tegar PAS ini membawa bersamanya 3 orang baru yang mula berjinak jinak dengan PAS.

Kecewa benar rakan saya bilamana menyatakan persoalan Negara Islam dan Hudud bukan sahaja tidak menjadi agenda tetapi tidak disebut sama sekali.

" Kami rasa seperti orang bodoh. Malu ana dengan rakan rakan yang baru ini ,"kata rakan saya ini.

Menurut beliau lagi langsung tidak ' terampil ' mana mana pimpinan PAS." Yang paling menonjol ialah Lim Guan Eng. Tiada perancangan masa hadapan sama sekali bagi kami daripada PAS".

" Ana tidak setuju jika dikatakan kami kuda tunggangan DAP tetapi ana langsung tak faham apa sebenarnya peranan kami". Keluh beliau lagi.

Menurut beliau, ahli PAS menjangkakan bahawa pengumuman tentang hala tuju Pakatan akan dibuat. Setelah Anwar digantung di Parlimen, PAS mengharapkan agar Hj Hadi akan diamanahkan 'memainkan peranan itu secara tidak rasmi'.

Apa yang berlaku ialah sebaliknya. Hj Hadi diperangkap oleh Pakatan untuk mengumumkan Anwar kekal sebagai Ketua Pembangkang.

" Sebenarnya Konvensyen ini memang tiada apa apa faedahpun kepada perjuangan kami. Ucapan ucapan hanya mengulang apa yang kami dengar masa ceramah. Langsung tiada apa pun yang baru."

Ulasan dankuala - Saya telah mendengar retak retak dalam Pakatan apabila PAS dikatakan dilayan seperti pekerja apabila arahan arahan dikeluarkan terus oleh Pegawai Lim Guan Eng.

Saya mempunyai keyakinan, Konvensyen ini akan menyaksikan keretakan ini akan bertukar menjadi ' belah ' yang tak dapat diselamatkan lagi.


3 comments:

melayu jati said...

PAS harus kembali kepangkal jalan...kembali keperjuangan yang asal.Sesuai dengan firman Allah,"Berpegang teguhlah pada tali Allah dan jangan berpecah belah."

mail lambong said...

PAS harus kembali ke pangkal jalan begitu juga UMNO. islam bukan hanya untuk PAS, UMNO kena pikul sama. jika tidak apa gunanya jadi orang islam

semoga islam berpadu..insyaallah

klik sini:Hijrah Permata

Laksamana Bentan said...

Selagi Pas tidak sedar hakikat partinya dijadikan alat semata-mata oleh DAP, selagi itulah DAP dan Nuar Berahim akan memperkudakan mereka.

Selagi Pas merelakan dirinya dikawal oleh DAP, maka selagi itulah pengikut2 Pas akan teraniaya, dibohongi dan dijadikan keldai yang hanya memikul beban untuk menjayakan matlamat China DAP.