Followers

Tuesday, March 15, 2011

PAS DIRESAPI YAHUDI ISRAEL....





TERPEDAYA???



SAMADA DISEDARI ATAU TIDAK, INILAH HAKIKATNYA....


PAS nampaknya terus mengancam untuk mengadakan pemberontakan besar-besaran dengan alasan kerajaan UMNO/BN telah gagal melaksanakan pilihanraya yang telus dan bersih.

Terbaru, ialah amaran Mat Syabu yang tersiar dalam beberapa blog penyokong Pakatan pembangkang.

Malangnya, pilihanraya yang telus dan bersih mengikut ukuran PAS ialah apabila mereka memenangi kerusi tersebut. Di mana merekalah, mereka akan menganggap berlaku penyelewengan, penipuan dan pembohongan.

Berdasarkan perkembangan mutakhir, saya menjangkakan rakyat telah sedar dan kembali menyokong UMNO/BN. Ini menyebabkan PAS dan rakan-rakannya terus-terusan mengalami kekalahan.

Maknanya, mahu tak mahu PAS mesti menghasut rakyat supaya memberontak juga.

Saya meneliti kesan pemberontakan di Mesir, Libya, Tunisia dan Bahrain.

Barangkali benar pemberontakan ini adalah berpunca dari pemerintahan kuku besi yang sama sekali tidak memahami penderitaan rakyat.

Namun begitu sehingga kini tiada tanda kejatuhan rejim zalim itu telah menyelesaikan sebarang masalah. Pemberontakan sebenarnya masih berlaku. Di Mesir, setelah Hosni Mubaraq gugur, pemberontakan bertukar menjadi krisis antara penganut Islam dan Kristian.

Sehingga kini, yang sedang "menikmati" hasil pemberontakan itu ialah Israel. Mereka membedil dan membunuh orang awam di Semenanjung Gaza. mereka bebas membina petempatan baru.

Israel selesa melakukan apa saja yang sebelum ini tidak dapat mereka lakukan. OIC sedang bergelut dengan mesyuarat membincangkan kehancuran negara Islam dan kemerosotan hasil minyak.

Amerika Syarikat pula sedang mengawasi dan menyertai usaha menjatuhkan musuh tradisi mereka, Muammar Gadaffi.

Saya mula terfikir, adakah kebangkitan dan kejatuhan ini sebenarnya mainan Yahudi Israel?

Jika ini benar, saya ingin mengingatkan PAS. Berhati-hatilah. Mungkin PAS tidak sedar mereka sedang diresapi.

Mungkin Israel ingin melumpuhkan Malaysia, negara Islam yang disegani dan PAS menjadi ALATnya...







1 comment:

dankuala.com said...

Anonymous said...
krisis di Mesir... Tunisia.... Amerika dan sekutunya....hanya berbincang' dan 'memberi nasihat'...sedangkan di Libya.... Amerika dan negara Eropah merancang itu dan ini... termasuk....sekatan ekonomi.... bantuan ketenteraan.... dan pelbagai lagi...

bukan lah bermakna... pentadbiran di Libya itu baik...tetapi ini bermakna.... Amerika dan sekutunya mahu 'mengambil alih' negara itu secara total....

dalam hal ni....PAS hanya mengambil kesempatan....untuk kuasa... PAS memberi 'pengiktirafan' terhadap 'proses demokrasi'...tapi mempertahankan 'demonstrasi'....hingga ke revolusi.... tapi yang peliknya.... kenapa tidak 'berdemonstrasi' tentang kalimah Allah yang hanya milik agama ISLAM yang BENAR.... sedangkan di sana sini 'bertakbir'.... namun tidak pula rasa terkesan? demo tentang bible? dan kenapa juga tidak diusulkan tentang 'hudud' di parlimen...? jika itu yang menjadi perjuangan???

PAS hanya 'jaguh' di negara yang mempunyai perlembagaan yang mendaulatkan agama ISLAM sebagai agama rasmi...dan ditadbirurus oleh sebuah parti yang ditunjangi oleh parti Melayu ISLAM....sedangkan bila berada di negara lain....hilang segala 'jihad'....'revolusi'....untuk berjuang bersama dengan saudara
ISLAM yang lain...(tengok saja lah masa kat Mesir....macamana lah nak berjuang atas nama jihad? nak join 'bantuan kemanusiaan' ke Palestin pun tak terjoin....)

wallahu'alam....

March 14, 2011 1:38 AM


Anonymous said...
Ini adalah tulisan yang berteraskan nafsu. dankuala dan anon yang menyokongnya adalah tentera upahan umno yang dibayar dengan harga yang murah. lebih murah dari pelacur kelas tiga.

March 14, 2011 2:51 AM