Followers

Saturday, April 30, 2011

WAHHH!!! BESARNYA!!!

KELAM KABUT DIBUATNYA...

Ringkas dan jelas. DS Najib jemput PAS bersama BN untuk perjuangkan Islam. Perjuangkan negara dan bangsa.

Inilah DS Najib. Pemimpin berjiwa besar dan tulus. Jemputan ini dibuat dalam keadaan PAS tersangat lemah.

Akuilah. PAS kalah berturut turut dalam banyak PRK termasuk di kerusi yang disandangnya.

PAS kalah semua kerusi yang ditandingi di Sarawak walaupun PAS terlebih yakin akan menang.

PAS sedang dilanda krisis kepimpinan yang serius. Haji Hadi diragui dan dipertikai wibawanya. Haji Nik Aziz kehilangan kata.

PAS sedang dilanda demam Mat Sabu yang pernah dicalar imej akhlaknya.

Umum menyedari, PAS hanya tukang sembahyang hajat sekarang. Itu pun dengan matlamat yang ditentukan Anwar Ibrahim.

Saya yakin PAS sedang melompat sekarang. Jiwa besar DS Najib sedang menghukum mereka.


Friday, April 29, 2011

MCA PERANGKAP DS NAJIB

" MCA ASYIK BEROPERA "



TOLAK JAWATAN KABINET, NEGERI

MCA hari ini membuat keputusan sebulat suara tidak akan menerima sebarang jawatan peringkat Pusat dan Negeri jika parti itu gagal meraih sokongan masyarakat Cina pada pilihanraya umum akan datang.

Sekali pandang ia seakan akan amaran kepada masyarakat Cina bahawa ia akan kehilangan wakil dalam kerajaan jika tidak menyokong BN.

Namun realitinya masyarakat Cina tidak memerlukan wakil dalam kerajaan kerana mereka boleh mendapat apa yang mereka kehendaki walaupun mereka berada dalam DAP.

Saya melihat kenyataan ini sebagai ' amaran dan desakan' kepada DS Najib supaya terus memberikan kerusi untuk ditandingi oleh MCA dalam PRU akan datang.

Hakikatnya selepas PRU 12, MCA tidak melakukan apa apa untuk menarik sokongan masyarakat Cina kepada BN. Saya tidak nampak sebarang usaha dibuat misalnya untuk menabah pengundi baru.

Saya agak bimbang jika MCA diberikan kerusi seperti dahulu, ia seakan akan menghadiahkan kerusi itu untuk dimenangi oleh pembangkang khasnya Cina DAP. Atau memang MCA berniat begitu?

Bagaimanapun sebagai anak Melayu saya mengharapkan agar DS Najib kekal dengan pendirian bahawa calon yang akan diletakkan ialah calon boleh menang, tanpa mengira partinya.

Kelihatan agak jelas, MCA atau GERAKAN nampaknya tidak mampu menang di mana mana...



KALAU DEKAT, AKU PELUK DAH NAJIB NI..

" CERIA JER.."


( UNTUK CATATAN SENDIRI )

INILAH YANG AKU KAGUM DS NAJIB NI. HANGPA BALUNLAH DIA KIRI KANAN PUN, DIA TETAP TENANG.

SELALUNYA BILA DIA BERCAKAP, SEGALA KUSUT TERLERAI, TERBURAI.

DS NAJIB KATA SUMPAH LAKNAT DATUK ESKAY NI IALAH SOAL PERIBADI DIA. TAK DE KAITAN DENGAN UMNO ATAU KERAJAAN.

SESIAPAPUN NAK BERSUMPAH, BERSUMPAHLAH..TAK ADA SESIAPA LARANG, TIADA SESIAPA YANG SURUH..

ORANG UMNO KENA DENGAR LAH KENYATAAN DS NAJIB NI. 2/3 HARI DAH TAK BUAT KERJA PARTI, TAK JUMPA RAKYAT. ESOK SAMBUNG BALIK KERJA .

PART NUAR NI BIAR ORANG LAIN YANG URUSKAN. UMNO KENA URUSKAN RAKYAT, RAKYAT SEDANG TUNGGU...


SUMPAH ESKAY TIDAK LENGKAP !!

" MEREKA TIDAK MEWAKILI UMNO! "


PALITAN TERHADAP UMNO TIDAK TERPADAM !

Saya difahamkan bahawa Datuk Eskay telah melafazkan sumpah laknat pada jam 4. 15 petang tadi. Sumpah ini mengandungi
pengakuan bahawa Anwar Ibrahim dan dirinya adalah individu yang berada dalam paparan video seks tersebut.

Saya tidak tahu apakah pandangan orang lain. Saya tidak menganggap sumpah ini penting kerana rakyat telah tahu Anwar adalah pemimpin tidak berakhlak sejak 1998 lagi.

Hari ini rakyat sedang berasa resah gelisah. Umat Melayu tidak gembira dengan apa yang berlaku. Ini hakikatnya.

Turunlah ke bawah. Dengar suara kesal rakyat bawahan. Ada ibu bapa tidak dapat menonton Buletin Utama kerana bimbang anak anak akan mendengar berita memalukan ini.

Keadaan di masjid Sentul hiruk pikuk pada masa umat Islam berasa aman dan selamat. Dunia melihat kepada kita sekarang.

Saya menyalahkan Anwar kerana kerosakan ini. Dalam masa yang sama Datuk Eskay telah mencemarkan UMNO secara tidak bertanggungjawab atas sebab sebab peribadi beliau.

Saya menyeru Datuk Eskay, jika benar mahu selamatkan negara daripada orang sebahaya Anwar, bersumpahlah bahawa UMNO tidak terlibat dalam kemelut memalukan ini.

Jangan kerana dendam Datuk Eskay, UMNO menerima balanya..


Wednesday, April 27, 2011

VIDEO SEKS ANWAR IBRAHIM, MELAYU USAH LEKA..

" ANWAR..."


IA MUNGKIN MEMBERI KESAN MINIMA.

Saya mempunyai kepercayaan bahawa Anwar Ibrahim adalah 'nama' yang sangat kotor dalam sejarah Umat Melayu. Ia adalah titik hitam yang mencemarkan maruah bangsa dan agama.

Saya juga percaya Anwar seperti 'sepah yang dibuang setelah madunya kering disedut '. Anwar adalah ' tokoh ciptaan DAP setelah terbuang daripada UMNO kerana tidak bermoral '.

Hakikatnya Anwar berjaya melaksanakan tugasnya memecahkan orang Melayu seperti yang dikehendaki oleh DAP. Anwar sudah hampir tiada apa apa untuk dipersembahkan.

Atas asas ini saya tidak fikir video sek terkini Anwar akan memberi kesan besar kepada lanskap politik negara. Sebaliknya ia hanya menjadi alat untuk melekakan Umat Melayu daripada bahaya sebenar iaitu kemaraan DAP komunis yang seakan tak dapat disekat.

Orang UMNO malangnya menyangka pendedahan akhlak sonsang Anwar akan memberi faedah kepada parti sedangkan hakikatnya tidak begitu. Sebaliknya DAP lebih laju mendaftar pengundi baru dan memindahkan pengundi lama ke mana mana kawasan yang mereka kehendaki.

PAS pula mengambil peluang ini untuk menunjukkan betapa jahatnya UMNO sedangkan hakikatnya video seks ini tiada kaitan dengan UMNO.

Saya mempunyai kecenderungan untuk meminta agar ahli dan pimpinan UMNO supaya mengabaikan video ini sebaliknya menggiatkan usaha menemui pengundi dan melipatgandakan usaha membantu rakyat.

Mari kita menganggap Anwar sama juga seperti Mat Sabu yang sebenarnya tidak berwajah dan tidak bermaruah. PAS akan kekal dengan jumud dan bekunya, DAP kekal rasis dan manipulatif.

Yang akan berpencak di gelanggang membantu rakyat ialah kita Umat Melayu yang percaya hanya kita dapat menjaga negara bangsa ini.



Tuesday, April 26, 2011

MELAYU USAH LUPA !!

" TIDAK BANGGA MENJADI MELAYU "


DARAH DATUK NENEK MENJADI BAJA DI BUMI KITA !!

Beberapa hari saja lagi kita akan sekali lagi akan memasuki BULAN KERAMAT MEI KERANA PADA BULAN INILAH TRAGEDI 13 MEI 69 TELAH MENJADI SALAH SATU SEJARAH TERPENTING NEGARA BANGSA.

Saya percaya sepatutnya bulan ini tidak hanya diraikan sebagai BULAN PEKERJA, BULAN BURUH ATAU BULAN WANITA. BULAN INI WAJIB DIRAIKAN KERANA :-

1. PADA BULAN INILAH SEKUMPULAN PENDATANG YANG MENCIPTA KEKAYAAN DI TANAH AIR INI DAN KEMUDIANNYA MAHU MENYAPU KESEMUA ANAK WATAN YAKNI ORANG MELAYU MASUK KE SUNGAI.

2. PADA BULAN INILAH ALLAH BERIKAN PETUNJUK KEPADA UMAT MELAYU ISLAM BAHAWA SAUDARA KITA YANG SEBENARNYA IALAH UMAT MELAYU ISLAM SENDIRI ( SEDIKIT PERUBAHAN BERLAKU SEKARANG KERANA ADA ORANG MALU DAN TIDAK BANGGA MENJADI MELAYU-MEREKA SEDANG MENJADI KUDA KOMUNISME SEKARANG )

3. PADA BULAN INILAH TAMPIL SEORANG TOKOH MELAYU YANG NAMPAK DAN BERANI MERUBAH CARA BERFIKIR SEHINGGA TERCETUS DASAR EKONOMI BARU YANG MERUBAH PULAK LANSKAP POLITIK NEGARA. ANAKNYA SEDANG BERTUNGKUS LUMUS MEMIMPIN SEBUAH NEGARA BANGSA YANG CUBA DIHANCURKAN OLEH KOMUNISME. MARI KITA DUKUNG ANAK BANGSA INI SUPAYA IA BERJAYA DENGAN CEMERLANG

4. PADA BULAN INILAH UMAT MELAYU SEDAR BAHAWA BUAT BAIK BERPADA PADA KERANA ORANG YANG BAIK KEPADA KITA BUKAN SEMESTINYA BAIK SELAMA LAMANYA.

5. PADA BULAN INILAH UMAT MELAYU SEDAR BAHAWA TANPA TENTERA DAN POLIS, UMAT MELAYU BELUM TENTU DAPAT BERTAHAN. JANGAN KHIANATI MEREKA.

UMAT MELAYU WAJIB MULAI SEKARANG, MEMANGGIL ANAK ANAK UNTUK BERKUMPUL MENDENGAR PERISTIWA 13 MEI DICERITAKAN SEMULA OLEH PARA DATUK ATAU PARA BAPA, AGAR MUDAH MUDAHAN ANAK ANAK INI AKAN SEDAR BAHAWA ' MEMPUNYAI KUASA DAN MARUAH PERLUKAN BANYAK PENGORBANAN '



MENGULANGI 13 MEI 1969...

BERSEDIAKAH UMAT MELAYU ?

Mungkin kita ingin mengelak namun haikatnya ia tidak mustahil berulang. Apabila penyusunan semula masyarakat tidak disertai dengan pengorbanan dan keikhlasan maka hasilnya sekadar secukup rasa sahaja.

Perkembangan mutaakhir menunjukkan bahawa ' struktur masyarakat' kita masih jauh daripada impian sebenar. Bahkan amat memalukan apabila matlamat 30 % penguasaan ekonomi Bumiputera tidak pernah tercapai sedangkan sepatutnya kita menguasai 70%.

Provokasi dan pembersihan etnik Melayu yang dilakukan di Pulau Pinang oleh DAP serta pencabulan terhadap Islam juga dilakukan oleh DAP di Selangor nampaknya mula menyalakan api marah dalam kalangan orang Melayu.

Namun reaksi Umat Melayu kelihatan berpecah dan berpetak petak. Ada orang Melayu yang marah, ada yang menyokong dan ada yang tidak peduli
Serangan Cina DAP dan Cina MCA terhadap Utusan Malaysia, lambang orang Melayu sebenarnya 'tidak begitu dirasai' oleh sebahagian besar umat Melayu dan kesannya Cina DAP tidak rasa apa apa sama sekali.

Penghinaan terhadap Raja Raja Melayu, Masjid,Ketuanan Melayu dan sebagainya telah dilakukan secara berulang ulang dan hakikatnya Umat Melayu seaan takut untuk memberi reaksi.

Saya jangka ' SIKAP KERAS KERAJAAN TERHADAP PERJUANGAN MELAYU' sebahagiannya menjadi punca mengapa orang Melayu hilang keberanian.

Dalam masa yang sama saya dapati ' USAHA MENYUBURKAN JIWA MELAYU' langsung tidak berlaku sebagai satu proses berterusan. Jika pada tahun 70an, GPMS misalnya sentiasa menyemarak roh Melayu dalam jiwa anak muda, kini GPMS tinggal nama.

Gelanggang silat telah mati sama sekali. Apa jua yang hampir dengan perjuangan orang Melayu telah tiada sama sekali.

Orang Melayu seakan selesa menjadi orang Malaysia semata mata. Jika begitu keadaannya, mari kita bertanya, JIKA BERLAKU LAGI 13 MEI, ADAKAH KITA BERSEDIA ?