Followers

Saturday, May 28, 2011

KEPALA ANWAR DALAM KAIN MAT SABU !




SURVIVAL ANWAR DI TANGAN MUSUH..

Sekiranya politik Anwar Ibrahim dan Mohd Sabu adalah politik yang jujur. Sekiranya mereka berdua meletakkan Islam sebagai panduan, sudah pasti kedua duanya tidak akan dapat bertentang mata dan tersenyum.

Ironinya mereka berdua diyakini dan dipercayai masing masing tidak pernah takut kepada dosa. Sejarah masa lalu masing masing adalah bukti nyata kepada perkiraan ini.

Tuhan selalu memberikan petunjuk bagi orang yang mahu berfikir. ALLAH telah satukan mereka dalam gelanggang kesesatan yang tak nampak tanda jalan pulang.

Mohd Sabu menjadi sangat hina bilamana diwajibkan membantu Anwar meneruskan cita cita menjadi Perdana Menteri walau dengan apa cara sekalipun.
Mohd Sabu tiada pilihan kerana kebanyakan perwakilan PAS dalam Muktamar akan datang adalah muka baru dalam PAS.

Kebanyakan mereka menyertai PAS selepas 1998 dan menjadi dominan kerana kemampuan ekonomi mereka. Mereka adalah kuasa baru dalam PAS.

Mahu tidak mahu Mohd Sabu terpaksa menampakkan sokongan kepada orang yang pernah digelarnya Al Juburi.

Dalam masa yang sama Anwar juga mahu Mohd Sabu menang sebagai Timbalan Presiden PAS. Jawatan ini akan membolehkan Mohd Sabu menyusun dan merencana ' Perhimpunan Bersih ' yang akan jadi garis mula pemberontakan rakyat.

Walaupun tidak semua rakyat gembira dengan pemberontakan, namun Mohd Sabu dan Anwar akan jadikannya semacam suara rakyat terbanyak. Harapan mereka biarlah kerajaan akan lemah dan runtuh.

Anwar dan Mohd Sabu sedar bahawa Anwar tidak mungkin jadi Perdana Menteri melalui kaedah biasa. Anwar telah terlajak jauh dan tiada tanda akan berpeluang kembali.

Mari kita melihat kepada tajuk. Jika Mohd Sabu mahu Anwar mati, Anwar akan mati dalam kainnya. Tetapi dalam masa yang sama Anwar juga berpeluang melukakan Mohd Sabu.



Friday, May 27, 2011

HANCURNYA PARTI PENGKHIANAT !

" PETUALANG YANG GUGUR ! "




PAS AKAN KEKAL DALAM SEJARAH SEBAGAI PETUALANG BANGSA...

Nampaknya PAS benar benar sedang berada di persimpangan. Mereka tidak banyak pilihan selain menentukan halatuju.

1. PAS boleh memilih untuk meneruskan penipuan mereka selama ini. Mereka boleh terus mendakwa bahawa mereka adalah pejuang Islam dan perjuangan mereka adalah menegakkan Daulah Islamiyyah.

Jika pendekatan ini diambil , mereka akan kehilangan naungan dan pertolongan DAP yang diketahui umum mempunyai biaya yang cukup besar dan barangkali mudah mengalahkan UMNO/BN.

Mereka juga akan kehilangan tokoh besar seperti Mohd Sabu dan Husam Musa yang nampaknya lebih berani melakukan apa sahaja dosa demi mendapatkan kuasa. Mereka juga terpaksa berpolitik cara miskin dan ini mengakibatkan mereka terpaksa meneruskan kaedah menyusahkan pengikut.

2. Mereka boleh menukar pendekatan dengan cara gaya baru dengan meletakkan Islam di bawah segala yang lain dan pemimpin mereka tidak lagi bercakap tentang negara Islam sebaliknya menerima hakikat Malaysia memang negara Islam.

Melalui kaedah ini, PAS perlu lebih fokus kepada pendekatan menyemai kebencian terhadap UMNO/BN dan dalam masa yang sama perlu menghakis pengaruh ulamak dalam PAS.

Jika ini berlaku, maka akan ada perubahan besar dalam PAS. Hanya Hj Hadi sahaja yang tinggal dan akan ' diletakkan ' benar benar sebagai patung yang tidak berdaya.

Pendekatan ini juga akan memperkukuhkan cengkaman DAP ke atas PAS. Jika ini berjaya dilaksanakan maka kita akan menyaksikan 'kuasa Melayu Islam' akan merosot dan terimalah kenyataan bahawa impian Lee Kuan Yew untuk membuktikan Melayu bangsa yang hina akan tercapai.

Walau apa pun yang berlaku dalam Muktamar PAS akan datang, saya yakin ia adalah merupakan titik mula keruntuhan sebuah parti yang banyak mendatangkan kerosakan kepada negara.

NIK AZIZ PENGAMAL ASSABIYYAH !

TAK DAPAT SEMBUNYI WAJAH KELANTANNYA.

Memang benar. Salah satu keajaiban takdir ALLAH ialah ianya hanya boleh diramal tetapi tidak mampu kita tentukan.

Satu ketika Nik Aziz pernah memimpin usaha menyubur kebencian terhadap UMNO kerana kononnya UMNO berjuang atas landasan assabiyyah dan dikatakan tidak ada dalam Islam perjuangan ini.

Kerana pendirian ini jugalah DAP mengambil sikap mendampingi PAS kerana mereka tahu PAS amat berguna untuk memecahkan ' kuasa Melayu Islam ' yang begitu dominan.

Usaha kuat PAS dan Nik Aziz hakikatnya telah menghakis kuasa Melayu yang kesannya dapat dilihat selepas PRU 12. Kerajaan hampir tiada kekuatan untuk berjuang ' melebihkan ' orang Melayu bahkan dalam masa yang sama banyak bertolak ansur.

Beberapa hari kebelakangan, menjelang Muktamar PAS, setelah Nasharuddin Mat Isa berani mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PAS, Nik Aziz akhirnya telah membuka jubah dan baju.

Hari ini Nik Aziz tidak dapat menahan nafsunya dan mengaku bahawa beliau mahu calon Kelantan menang kerusi tertinggi PAS.

Nik Aziz boleh mendatangkan alasan. Nik Aziz mampu dan tergamak memberikan nas jika perlu. Namun hakikatnya hari ini Nik Aziz telah menampilkan betapa dirinya ialah PEJUANG ASSABIYYAH TULEN !


Monday, May 23, 2011

JIKA KERAJAAN MAHU UMNO MENANG

BERTINDAK SEKARANG ATAU BERSEDIA UNTUK TUMBANG !

Sejak PRU 12, pembangkang telah berjaya mewujudkan persepsi bahawa

1. Sekiranya kerajaan melakukan sesuatu yang baik, misalnya membantu pelajar Mesir balik ke Malaysia baru baru ini., maka pembangkang dan penyokong mereka percaya bahawa ini adalah tanggungjawab asasi kerajaan.

2. Sekiranya kerajaan melakukan sesuatu yang tidak menggembirakan,
maka ia dikatakan sebagai kegagalan UMNO/BN misalnya apabila
kerajaan menyusun semula subsidi minyak

Malangnya dalam masa yang sama , saya dapat melihat apabila ada pemimpin kerajaan yang sewaktu bercakap dan bertindak seakan akan
termakan dengan pemisahan fungsi yang diilhamkan oleh pembangkang ini.

DS Hishamuddin, Ismail Sabri Yaakob boleh dijadikan contoh yang baik bagi menggambarkan keadaan ini. Menteri atau Timbalan Menteri seakan lupa bahawa setiap tindakan mereka akan beri kesan yang besar terhadap parti kita.

Justeru saya ingin menyarankan agar Menteri Menteri kita tidak hanya berfikir, bercakap dan bertindak semata mata atas asas pengurusan dan pentadbiran .

Mereka WAJIB sentiasa sedar bahawa mereka adalah pemimpin parti yang di atas bahu mereka terletak tanggungjawab mempastikan survival UMNO/BN.

Banyak perkara yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan dewasa ini, sebenarnya umpama meletakkan batu besar di atas kepala 'aktivis UMNO' di peringkat akar umbi.

Sebagai contoh , kenaikan harga barang, tiada sebarang khabar baik sempena Hari Pekerja, Janji kosong sempena Hari Guru dan sebagainya.

Implikasi daripada keadaan ini ialah, aktivis bawahan parti didapati gagal , tidak mampu dan tidak berupayamenjawab pertanyaan rakyat.

Saya dapati kegagalan kerajaan menjaga kebajikan rakyat bermakna kerajaan menjadi faktor keruntuhan UMNO. Atau mungkin memang ada pemimpin kerajaan yang mahu itu berlaku ?



Wednesday, May 18, 2011

UMNO TIDAK INSAF RUPANYA

MEI TERLEPAS TANPA MAKNA

Bulan Mei adalah antara bulan paling bermakna dan istimewa bagi kita rakyat Malaysia. Bulan Mei boleh dikatakan bulan sejarah, bulan keraian.

Banyak peristiwa dalam bulan Mei dan sebahagian besarnya sangat rapat dengan rakyat dan rapat juga dengan kerajaan.

Antara peristiwa yang berlangsung dalam bulan ini ialah Hari Pekerja,Hari Belia,Hari Guru, Hari Wanita.

Lebih daripada itu dalam bulan Mei juga UMNO lahir yang menyaksikan
perubahan besar lanskap politik negara.

Dalam bulan Mei peristiwa rusuhan besar berlaku pada 13 Mei yang kemudiannya meninggalkan parut dalam sejarah negara.

Saya menjangkakan selepas PRU 12 , UMNO akan berubah. UMNO saya fikir akan menjadi lebih proaktif merapati rakyat melalui peristiwa besar yang signifikan dan bererti.

Jangkaan saya meleset. Tiada apa apa yang dilakukan UMNO dalam bulan ini. Yang ada ialah sambutan ala kadar oleh pihak kerajaan.

Tiada majlis meriah anjuran UMNO sempena hari lahirnya. yang ada hanya sambutan ringkas yang hampir tidak disedari rakyat.

UMNO tidak langsung secara 'berpusat 'meraikan pekerja, guru atau kaum ibu. Tiada program kepartian menggambarkan kasih UMNO kepada golongan ini.

Sewaktu berkunjung ke Pendang, Kedah baru baru ini saya dapati banyak banner bergantungan di sekitar Pekan Pendang. Ucap selamat PAS kepada guru. Mereka menunjukkan keperihatinan. Ini kejayaan mereka.

UMNO beku. UMNO ghairah menganjurkan pelbagai program termasuk ceramah yang menyeronokkan diri sendiri.

Saya kemudiannya menjadi bimbang. UMNO semakin menjarakkan diri daripada rakyat. Saya sebenarnya keliru, adakah UMNO berasa bahawa ia akan terus dikasihi sedangkan hakikatnya rakyat mula terasa betapa UMNO semakin sepi.


Tuesday, May 10, 2011

TERBINA ATAS CINTA KASIH...

" LAMBANG KITA YANG GAGAH DIPANDANG MULIA DAN INDAH "


KEKAL UTUH WALAU DIREMPUH.

Satu satunya parti yang terbina atas asas kasih sayang. Cinta yang mendalam terhadap agama, bangsa dan tanah air.

Demikianlah UMNO menyonsong zaman. 65 tahun menjadikan UMNO antara parti paling lama berkuasa di dunia.

PAS ditubuhkan apabila Haji Ahmad Fuad gagal dalam saingan merebut jawatan Yang Di Pertua UMNO.

PKR tertubuh atas asas dendam dan amarah Anwar Ibrahim.

UMNO kekal berbeza . Perjuangan wajib diteruskan demi kelangsungan kasih sayang ini. Selamat hari lahir.


Monday, May 9, 2011

SEJARAH HARAKAH ISLAMIYYAH TERCIPTA !

" UNTUK MAT SABU, NIK AZIZ TUTUP MATA "



PAS PENCETUS SEJARAH...

Setakat ini Mat Sabu sedang mendahului Nasharudin Mat Isa dengan selesa sebagai calon Timbalan Presiden PAS dalam Muktamar yang akan berlangsung Jun nanti.

Sokongan kuat para blogger, pencalonan daripada Kubang Kerian iaitu kawasan yang dipimpin Husam Musa sebenarnya memberi kelebihan kepada Mat Sabu.

Penangguhan ' pelancaran ' Kelab Penyokong Mat Sabu ( yang alasannya tak nak ganggu pemilihan ) dilihat sebagai kempen tersirat
betapa murninya Mat Sabu.

Menarik untuk dibincangkan ialah jika Mat Sabu terpilih maknanya
PAS telah membuktikan bahawa bukan isu moral atau agama yang mereka perjuangkan.

Mereka mahukan kerusi kuasa dan dengan kuasa yang ada mereka akan
membina ' hidup' lebih baik bagi diri mereka. Jika agama yang mereka perjuangkan maka Mat Sabu amat jauh daripada layak.

1. Mat Sabu dianggap pemimpin PAS paling celupar dan selesa berbahasa kasar dan kesat di mana jua beliau berceramah. Orangnya kasar dan secara fizikal tidak nampak ' tanjak waraqnya '.

2. Mat Sabu pernah ditangkap berkhalwat dengan Norma , isteri seorang aktivis PAS tetapi telah diselamatkan oleh ' faktor teknikal'dalam perbicaraan.

3. Mat Sabu antara orang paling awal mengesan Anwar seorang homoseksual. Beliau orang pertama melebel Anwar sebagai 'Aljuburi'.
Sekarang Mat Sabu bermatian mempertahankan Anwar.

Sekiranya Mat Sabu terpilih, maka saya menjangkakan betapa PAS akan lebih mudah ditakluk DAP. Mereka akan kekal menjadi kuda tunggangan sampai PAS itu hancur jadi sejarah.

Dalam masa yang sama jika layak PAS dimasukkan dalam kelompok
'Harakah Islamiyyah ' maa PAS adalah yang terburuk dalam sejarah Islam sedunia.