Followers

Monday, August 30, 2010

MERDEKALAH UMNO..MERDEKALAH.

Artikel ini saya tulis beberapa jam sebelum sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke 53. Mari kita ahli UMNO bersama sama bersyukur kerana perjuangan kitalah perjuangan dapat dicapai. Kerana pengorbanan ahli dan para pemimpin UMNO.

Hakikatnya bukan sedikit pengorbanan datuk nenek kita. Keringat, air mata dan darah pernah tumpah di bumi pertiwi tercinta ini. Datuk Maharaja Lela, Datuk Sagor, Si Kitul adalah sebahagian daripada petanda perjuangan orang Melayu.

Bukan sedikit pula datuk nenek kita disiksa dan hidup merana kerana kekejaman Inggeris, Jepun dan Cina Komunis yang anak cucu mereka sedang berusaha menjajah kita sekali lagi.
aan
Mari kita bersyukur dan berbesar hati kerana sejarah Melayu moden menyaksikan kita mewarisi sebuah pertubuhan mulia yang bernama UMNO. Mari kita bersyukur kerana berada dalam sebuah pertubuhan yang meletakkan agama , bangsa dan negara sebagai matlamat perjuangan.

Dalam masa yang sama mari kita menyedari bahawa sejarah kejayaan masalalu tidak menjamin kejayaan di masa hadapan. Marilah kita mengambil peluang dan kesempatan ini untuk menilai diri kita. Saya dapati kalau dahulu UMNO menjadi alat menyatukan orang Melayu kini orang Melayu dalam UMNO sendiri berpecah belah.

PRU 12 nampaknya tidak menginsafkan kita. Tiada gerakan dibuat untuk merampas kembali negeri negeri yang tergadai. Bahkan di negeri negeri berkenaan UMNO lebih teruk berpecah. Aspirasi, cita cita dan iltizam Presiden Parti tidak dapat dihayati dan tidak upaya diteladani.

Gerakan di peringkat negeri, bahagian dan cawangan hampir tiada. Rakyat dan ahli UMNO sendiri hampir tidak lagi merasai ' aura ' UMNO. UMNO seakan lumpuh di tengah gerakan agresif pembangkang pimpinan DAP. UMNO seakan terpaku dan hilang upaya.

Keadaan berbeza apabila UMNO menghadapi pemilihan dalam parti. Ketika itu UMNO bergelora dan hidup. Seluruh jiwa raga dicurahkan kepada usaha memenuhi cita cita peribadi atau kumpulan. Pelbagai kaedah dan strategi digunakan untuk menang, malangnya dalam parti sendiri.

Kepada pemimpin dan ahli UMNO , jika sesuatu tidak dilakukan serta merta percayalah. UMNO akan jadi sejarah luka. Anak cucu akan menangis dan menyesal kerana kita ( datuk nenek mereka) bukan pejuang tulen dan mereka menjadi mangsanya..merempat di bumi sendiri.