Followers

Friday, April 23, 2010

Ada Sinar di Hulu Selangor

Kongres India Muslim Malaysia turut membantu secara sukarela
Gerombolan Pakatan terdesak: Hanya menurap beberapa meter jalanraya terpaksa memberitahu pengundi. BN bina jalan berselirat seluruh negara tak umum pun.

Saya berpeluang menyertai ribuan pencinta keamanan untuk sama sama memeriahkan PRK Hulu Selangor. Hari ini adalah hari terakhir kempen sebelum pengundi melaksanakan amanah Allah kepada mereka esok.

Alhamdulillah, berdasarkan pemerhatian dan perbualan dengan penduduk setempat saya jangka BN akan menang besar esok. Jentera PKR benar benar telah lumpuh di Hulu Selangor. Kebanyak jentera mereka yang berkampung di sini telah balik ke tempat masing masing.

Menurut sumber, DAP dan PAS terpaksa mengarahkan jentera mereka berpakaian dan berkelakuan seperti PKR supaya apa yang sebenarnya berlaku dapat ditutup daripada pandangan umum.Seolah olah jentera PKR berjalan seperti biasa.

Menurut sumber juga, wang adalah faktor utama masalah ini. Ada pemimpin PKR memanipulasi peruntukan yang diberikan sesuka hati. Sebagai contoh, jika peruntukan untuk sesuatu peti undi itu 100 ribu, yang sampai kepada jentera hanya 5 ribu.Manakala yang lain tidak dapat dikesan.

Dalam masa yang sama dikatakan berlaku pergaduhan antara jentera PAS dengan PKR di beberapa kawasab kerana ada jentera PAS yang merungut tentang calon. Dikatakan juga jentera PAS dari Kelantan tidak langsung menghormati jentera yang datang dari negeri negeri lain.

Walau bagaimanapun, jentera BN nampaknya berjalan lancar apabila sehingga ke hari ini petugas BN masih lagi fokus kepada pengundi secara individu. Saya difahamkan ada pengundi telah dapat ditemui sebanyak 2 kali.Banyak kubu pembangkang telah berjaya dirobohkan.

Saya difahamkan juga, jentera BN akan bekerja keras sehinggalah semua pengundi keluar mengundi dan mempastikan juga mereka mengundi BN. Antara kelebihan BN ialah apabila jentera dari seluruh negara boleh bergabung seakan satu keluarga.

Kajian yang dibuat mendedahkan bahawa pengundi muda nampaknya telah menampakkan kecenderungan untuk mengundi BN khasnya seleapas kehadiran DS Najib yang memang dapat menawan hati pengundi muda.

Kepada pengundi saya ingin berseru , malam ini tidurlah dengan niat untuk esok bangun melaksanakan amanah Allah , demi agama , bangsa dan negara yang kita kasihi.