Followers

Thursday, June 2, 2011

CADANGAN SIDANG BICARA ANWAR IBRAHIM !

LAMBANG KETELUSAN SISTEM KEHAKIMAN.

Oleh kerana Anwar telah merayu agar Hakim Zabidin Mohd Diah digugurkan daripada menghakimi perbicaraan air mani Anwar berada dalam dubur Saiful, maka saya ingin mencadangkan beberapa perkara bagi mempastikan imej kehakiman negara terpelihara.

1. Lantik Ambiga ketua pemberontak ' bersih' jadi hakim. Dia terkenal
sebagai seorang yang sangat bersih semasa memimpin Majlis Peguam
sehingga membolehkan Majlis Peguam menjadi ranting DAP.

2. Kekalkan Karpal Singh sebagai peguambela utama dan perbicaraan
mestilah dijalan pembelaan semata mata. Pendakwaan telah
diketahui umum.

3. Setelah Anwar puas membela dirinya, gugurkan segala tuduhan.
Sebaliknya dakwa Saiful kerana membenarkan Anwar meletakkan
mani di dalam duburnya.

4. Pada ketika ini panggil Najib, Rosmah dan anak anak mereka terma-
Tun M dan Tun Siti Hasmah untuk dikaitkan sebagai pihak yang
mengupah Saiful membiarkan Anwar meletakkan maninya
di dalam dubur Saiful.

5. Panggil Nik Aziz untuk memulakan perbicaraan dengan doa di sam-
ping bersedia dengan nas nas jika perlu.

6. Panggil pemimpin dunia pada hari terakhir sewaktu hakim nak
mengumumkan bahawa Anwar telah berjaya membuktikan yang
bersalah ialah Saiful bersama Najib, Rosmah, Tun M dan Siti Hasmah.


Saya yakin pada masa itu ekonomi negara akan melonjak. Pelabur akan masuk berduyun duyun. Harga minyak dunia akan turun bersama turunnya tarif air dan elektrik.

Pada masa ini juga pedagang pedagang Cina DAP akan menurunkan harga barang dan rakyat hidup dalam keadaan sangat bahagia.