Followers

Wednesday, December 1, 2010

PERSENDA AYAT SUCI AL QURAN

" NIZAR AKHIRNYA MENJADI BAHAN LAWAK JENAKA"



NIZAR DAN RAKAN RAKAN MENJADI GILA

Saya tidak ingin mengulas apa yang berlaku di dalam DUN Perak semalam. Saudara akan dapat mengikutinya di dalam pelbagai media yang lain.

Saya ingin mengulas mengapa ' begitu ' jadinya Nizar Jamaluddin dan rakan rakannya. Ganas, bingung, garang dan gila?

Al Quran adalah mukjizat. Al Quran adalah wahyu. Seluruh dunia, segala zaman, segala peristiwa terkandung di dalam Al Quran. Tidak ada manusia dari awal alam ini hingga ke akhir zaman mampu mencipta kitab sesuci, semurni Al Quran. Tiada.

Inilah kesilapan paling besar Nizar. Beliau mempersenda dan menolak Al Quran secara total.

Apabila menjadi kerajaan, Nizar memulakan Persidangan Dewan dengan membacakan ayat Al Quran, dari Surah Ali Imran ayat 26

Firman ALLAH,

" Katakanlah Wahai Tuhan Yang Mempunyai Kerajaan, Engkau ( ALLAH) Berikan Kerajaan Kepada Sesiapa Yang Engkau Kehendaki Dan Engkau Akan Cabutkan Kerajaan Daripada Tangan Sesiapa Yang Engkau Kehendaki.."

Inilah ayat yang kemudian Nizar bacakan di mana mana beliau berceramah. Kerana mereka zalim, kerana mereka takbur dan riyak maka ALLAH cabutkan kerajaan yang ALLAH berikan kepada mereka.

Malangnya Nizar lupa ayat yang beliau selalu bacakan. Nizar nafikan peringatan yang ALLAH telah berikan. Nizar tolak ayat yang selama ini menjadi pegangannya.

Maka sekarang Nizar sedang menerima hukuman. Nizar dan rakan rakannya sedang dihukum. Nizar hilang kewarasan. Nizar hilang kematangan.

Saya percaya ini adalah permulaan. Sekiranya Nizar tidak berubah, kita akan dapat saksikan betapa Nizar dan rakan rakannya akan hilang segalanya dan hidup dalam derita.