Followers

Tuesday, January 11, 2011

700 JUTA ATAU 7 RINGGIT MAKNANYA TETAP SAMA


KALAULAH UMI HAFILDA BERTANGGUH SEDIKIT..

HARI INI HEBOH NEGARA KITA DENGAN BERITA KEMUNGKINAN UMI HAFILDA MENYAMAN ANWAR, WAN AZIZAH DAN KARPAL SINGH SEJUMLAH 700 JUTA RINGGIT.

SAYA PERCAYA UMI MEMPUNYAI ASAS YANG KUKUH UNTUK BERBUAT DEMIKIAN. BARANGKALI MEMANG DARAH YANG MENGALIR DALAM TUBUH UMI ADALAH DARAH PERJUANGAN.

BARANGKALI UMI BENAR BENAR INGIN MEMBANTU MENYELAMATKAN NEGARA DARIPADA PETUALANG SEPERTI ANWAR.

UMI TIDAK BERSENDIRIAN. JUTAAN RAKYAT SEBENARNYA TELAH CUKUP TERGANGGU DENGAN KARENAH ANWAR DAN KONCO KONCONYA.

MALANGNYA SAYA TIDAK MAHIR UNDANG UNDANG. SAYA MENJADI BIMBANG JIKA SAMAN INI NANTI AKAN MEMBOLEHKAN ANWAR MENANGGUHKAN LAGI PERBICARAAN LIWATNYA TERHADAP SAIFUL.

KERISAUAN SAYA IALAH PERBICARAAN TERPAKSA DITANGGUH BAGI MEMBOLEHKAN ANWAR MENJAWAB SAMAN UMI. SELEPAS ANWAR KARPAL, SELEPAS KARPAL WAN AZIZAH PULA YANG JUGA BAKAL DIBELA OLEH KARPAL DAN KUMPULANNYA.

SIAPAKAH YANG DAPAT MENGUBAT DERITA SAIFUL. BAGAIMANA PULA AYAH DAN IBU SAIFUL ? BILAKAH KEADILAN AKAN MEREKA PEROLEHI?

BENAR..DUNIA SEDANG SINIS DENGAN SISTEM KEHAKIMAN KITA.SAYA BIMBANG SISTEM KITA DIPERLEKEH DAN DIHINA.
SAYA BIMBANG SISTEM KEHAKIMAN KITA DIKATAKAN
' LAWAK DAN PELIK.'

MARI KITA BERSAMA BERI TUMPUAN TERHADAP PERBICARAAN ANWAR MELIWAT SAIFUL. KEBETULAN RIBUAN AHLI PAS TELAH BERSOLAT HAJAT. MARI KITA BERDOA AGAR ALLAH TUNJUKKAN KEBENARAN DAN KEADILAN.

SEHINGGA ITU, KALAU BOLEH SAYA MERAYU KEPADA UMI, TANGGUHLAH NIAT ITU SEHINGGA SAIFUL MENDAPAT KEADILAN.




MENGGALAS CABARAN..

" DIKATAKAN PEMIMPIN MUDA YANG KARISMATIK "


MAMPUKAH KHAIRUL AZWAN MENYAHUT SERUAN ?

PERTAMANYA TAHNIAH KEPADA KHAIRUL AZWAN HARUN KERANA DILANTIK MENGEPALAI PERGERAKAN PEMUDA UMNO PERAK. TENTUNYA TIDAK BIJAK JIKA KITA BERUSAHA MENYELIDIK DAN MENGKAJI MENGAPA PERUBAHAN DIBUAT PADA KETIKA INI KERANA KITA SUDAH SEDIA MAKLUM BAHAWA INI ADALAH STRATEGI UNTUK MEMENANGI PRU 13.

PERAK ADALAH SALAH SEBUAH NEGERI YANG TUMBANG KESAN TSUNAMI PRU 12. KITA TELAH MERASA PANASNYA BERADA DI BAWAH PEMERINTAHAN DAP.

KITA TELAH TERLUKA MELIHAT ANAK KECIL DI TADIKA KEMAS TERPAKSA BELAJAR DI LAMAN DEWAN. KITA DUKACITA MELIHAT SURAU DAN MASJID DIKUNCI.

PENDEK KATA APA YANG DIRASAI OLEH ORANG MELAYU DI PULAU PINANG SEKARANG SEBAHAGIANNYA PERNAH KITA RASAI DAHULU.

INILAH CABARAN YANG MENANTI SAUDARA AZWAN. BARANGKALI AGAK WAJAR UNTUK DIBERI INGATAN BETAPA MEMENANGI PRU 13 DENGAN KEMENANGAN BESAR ADALAH TUGASAN HAKIKI SAUDARA AZWAN DAN RAKAN RAKAN PEMUDA.

CUMA JIKA SAYA BOLEH MEMBERI PANDANGAN, SALAH SATU SEBAB MENGAPA PENGUNDI MUDA TIDAK MENYUKAI UMNO IALAH KERANA PEMUDA UMNO DIKATAKAN MEMBINA ' KUBU ELITIS ' MELINGKUNGI MEREKA SEHINGGA MENJADIKAN MEREKA SUKAR DIDEKATI. ROBOHKANLAH KUBU ITU.

POLITIK ADALAH SENI UNDI YANG UNIK. KITA TIDAK MENANG KERANA KITA HEBAT. KITA BELUM TENTU MENANG KERANA KITA CUKUP BERWIBAWA. TAPI KITA PASTI MENANG JIKA KITA BERJAYA MENAWAN HATI PENGUNDI. CONTOHILAH PENGERUSI PERHUBUNGAN YANG SENTIASA MERENDAH DAN MERUNDUK DI HADAPAN RAKYAT.

SEWAKTU KHAIRY JAMALUDDIN TIDAK DILANTIK MENJADI MENTERI, SAYA PERCAYA DS NAJIB MENGHARAPKANNYA MEMBERI TUMPUAN KE ARAH MENDAFTAR DAN MENJAGA BERJUTA PENGUNDI MUDA. USAHLAH KITA MENGHUKUM BERJAYA ATAU GAGAL KHAIRY.

SAYA MENJADI BIMBANG APABILA MENDENGAR AZWAN JUGA ADALAH PENGURUS PASUKAN BOLASEPAK PERAK. INI BAHAYA BESAR SEBENARNYA KERANA AKAN SAMPAI MASA KETIKANYA SAUDARA AKAN MENJADI TERLALU SIBUK.

SEBAGAI CEO YAYASAN BINA UPAYA JUGA, SAYA PERCAYA AZWAN TELAH SEDAYA UPAYA MEMBERI MAKNA KEPADA MATLAMAT IA DITUBUHKAN. MEMENANGI PILIHANRAYA. SESEKALI SEMAKLAH SAMADA IA BERKESAN ATAUPUN TIDAK.

AKHIRNYA SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT BERTUGAS. SEMOGA PERLANTIKAN INI AKAN MENJULANG UMNO PERAK KE MERCU JAYA.