Followers

Thursday, May 27, 2010

INI MASA BUAT KEPUTUSAN

Maka sekali lagi UMNO disabitkan bersalah oleh Parti Komponen. Kali ini MIC melalui anak Presidennya, Vell Parri. Difahamkan Vell Parri baru sahaja dilantik menganggotai WCW , barangkali dengan peranan untuk mempertahankan bapanya.

Tuduhan Vell Parri kemudiannya disokong kuat oleh T Mohan Ketua Pemuda MIC Pusat diiringi ugutan untuk mempertimbangkan kedudukan dalam BN.


MIC sebenarnya adalah parti yang bemasalah. Sejak dahulu lagi MIC tidak pernah berjaya menyelesaikan masalahnya. Implikasinya, didapati undi pengundi India telah banyak pergi kepada pembangkang.


Saya beranggapan ini adalah masa dan ketika yang amat baik bagi pucuk pimpinan BN khasnya UMNO untuk menilai semula kedudukan MIC dalam BN. Apa yang berlaku bkan sekadar ' kebiadapan dan keceluparan terancang' tetapi lebih daripada itu ia menggambarkan kerapuhan semangat setiakawan yang jelas dan ketara.


Selepas PRU 12 dan diikuti banyak Pilhanraya Kecil selepas itu sebenarnya tidak sukar bagi kita untuk menelah makna persahabatan. MIC adalah liabiliti kepada BN. BN kehilangan pengundi kerana MIC. Manakala MIC dengan mudah menuding jari epada UMNO.


Apalagi yang ingin kita buktikan. Hakikat bahawa pengundi Melayu beralih arah akibat ' kelembutan pimpinan kita' tidak dapat ditolak.


Saya percaya bahawa inilah masa ketikanya kita tunjukkan ketegasan. Yakinlah pada diri. Percayalah bahawa kita adalah umat trbaik dalam kalangan umat manusia. Asalkan kita menjaga diri kita. Asalkan kita mengajak yang makruf mencegah yang mungkar, insyaallah Tuhan tetap bersama kita.